May17
Huhu. Tapi itulah yang akan aku buat esok. Tema hari guru. “Back to School”. Sepatutnya kami sambut Hari Guru pada hari ini, 16Mei2012. Tapi kami bersepakat sambut majlis tersebut pada 17Mei201. Kenapa? Takleh bagitau. Rahsia. Huuu.
Esok ada beberapa sesi. Sesi 1, pagi, Majlis Rasmi. Pakaian, batik berwarna oren. Sesi 2, selepas murid rehat, guru-guru digalakkan pakai baju sekolah rendah atau menengah. Aku mestilah pilih baju Sekolah Menengah. Ah. Esok je lah aku letak gambar-gambar Hari Guru tu nanti, ok?
Kasut, hmm.. Aku takde pula beli kasut sekolah, ingat nak pakai je kasut bertutup hitam. Tapi best kalau ada kasut sekolah. Rasa macam nak pakai kasut warna hijau. Ahhh… Warna hitam je lah.
Lepas ni, aku taktau nak dermakan siapa baju tu. Simpan je lah kot. Mana tau ada kegunaannya nanti.
Pening pulak nak fikir sekarang. Hhahaha. 1.38am sudah!
Oh ye. Ni gambar anak aku yang terkini. Nenek dia yang ambil gambar ni.
Nenek dia kalau ambil gambar dia, asyik dapat yang pose lawa-lawa je. Haih. Kalau dengan mommy dia, atau daddy dia, harapan lahhh nak dapat gambar pegun macam ni, semua bergerak. (Kan dah keluar bahasa fizik)

ikoko: Damia, pss pss.. rindu mommy tak?
Tags:
Emotion
May16
Terima kasih tak terhingga buat semua guru yang pernah mengajarku, tidak kisah jika dia bukan mengajarku di sekolah sekalipun. Terima kasih kerana telah mendidikku dan mengajarku sampai aku faham dan tahu membaca, mengira, dan sebagainya.
Buat kawan-kawan juga, Selamat Hari Guru, terima kasih sebab mengajar erti kehidupan.
Buat suamiku, Selamat Hari Guru, terima kasih kerana mendidikku agar menjadi orang yang tabah dan sabar.
Kepada Mak, arwah abah, dan Mama (ibu mertua), abah (bapa mertua)…mengajar banyak perkara…
ikoko: Untuk anakku, Mia… jadi anak yang baik ye sayang.
Tags:
Emotion
Apr21
Huuu… Lama jugalah dah tak update blog. Update pun selalunya pendek-pendek je. Gambar, lepas tu satu patah dua kata. Kadang-kadang rasa macam dah abaikan minat diri sendiri. Tidak berfokus kepada apa-apa dalam hidup. Aku telah melalui saat begitu.
Aku harap aku boleh perbaiki diri lagi selepas ni. Tahu apa yang aku minat, pentingkan tanggungjawab, dan buat bersungguh-sungguh semua amanah yang diberikan.
Aku taktau nak mulakan dari mana. Huuu.. Cukuplah berfalsafah untuk entri kali ni. Sebenarnya nak beritahu pembaca blog ni (masih ada kah yang setia membaca blog ni?) Banyak perkara yang dah berlaku sejak aku tak update blog.
Aku dahulukan perkara yang paling manis. Akak aku, Linda, baru sahaja mendirikan rumahtangganya pada 7April2012 yang lepas. Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar, dan yang paling best, aku dapat rasa Macarons yang digembar-gemburkan oleh para blogger lain betapa sedapnya Macarons tu. Huhu. Nak jumpa di Batu Pahat atau Melaka, memang bercintalah. Kena buat tempahan. Akak aku (Lily) yang order Macarons tu. Memang sedap. Boleh order di http://cutebites.blogspot.com/.
Haiya. Ni aku nak cerita pasal Macarons ke pasal Wedding akak aku ni wei? Huhuhu. Ok ok. Ni aku upload gambar akak.

Gambar Macarons?

Ok ler. Aku nak tidur. Sekarang pukul 3.13am. Pukul 5.30am dah nak mandi dan bersiap pergi mengajar. Deng! Aku tidur berapa jam je ni wei. K k. Log out dulu lah yek.
ikoko : Awal bulan lepas, Damia dimasukkan ke hospital selama seminggu. Influenza B. Alhamdulillah dapat selamatkan awal. Terima kasih Allah. Terima kasih Daddy sebab bertungkus-lumus selesaikan semua. Terima kasih Mama & Abah sebab hampir setiap hari melawat Mia. Terima kasih Mak, walau sakit-sakit, masih datang jenguk Damia. Terima kasih kepada semua kakitangan Hospital Pantai, Batu Pahat yang buat kerja dengan bestnya. Layanan daripada anda memang Superb!
Tags:
Emotion
Feb6
Aku baru je tiba di Melaka. Sebelum bertolak tadi,singgah di Petronas. Suami belikan air kegemaran kami. Lipton Green Tea.
Dia hulurkan padaku. Aku renung mata dia. Rasa macam nak nangis pula. Padahal setiap hujung minggu jumpa. Dia tenangkan aku. Empat hari lagi kita jumpa lagi.
Aku harap sangat suami cepat-cepat dapat kerja di Melaka. Amiiin.
p/s: Aku lupa nak cium pipi anak ler tadi… Ok. Sekarang aku bertambah rasa nak nangis.
Posted from WordPress for Android
Tags:
Dr. Hati
Feb3

Damia Sofia
Sampai je rumah mak, aku terus terkam Damia. Aummm. Geram. Rindu sangat.
Posted from WordPress for Android
Tags:
Damia Sofia MKS
Feb2
Malam, 1 / 2 / 2012, daddy Damia cerita yang Damia dah mula pandai berjalan. Dapat melangkah 3 tapak tanpa bantuan. Alhamdulillah.
Hujung minggu ni, cuti panjang sikit. Lebih sehari. Rancangnya esok nak berjalan ke tempat berair. Uhuk. Macam lama dah tak pi holiday. Kalini ada Damia. First time bawa Damia jalan-jalan sejak dia dah besar sikit ni.

Damia 10bulan
Ni gambar dia. Damia dah 10 bulan.
Posted from WordPress for Android
Tags:
Damia Sofia MKS
Sep19

Umur dia baru 5 bulan lebih. Dah pandai ke depan, ke tepi, pusing, angkat punggung, angkat badan. Dah start susah nak tidur. Huhu. Pandai dah nak capai-capai barang.
// tak sabar nak jumpa Damia lagi hujung minggu ni…
Tags:
Emotion
Sep5
Nak cium Mia…
Lupa sangat nak cium dia Ahad haritu…
Sibuk ambil gambar Mia, sampai lupa nak cium…
Uwaaaaaaaaaaaa… Tapi hari-hari tengok gambar tu.
//Adakah tu alasan untuk balik lagi weekend ni? Atau nak Daddy Cool turun Melaka je bawa Sayang Mia?
//Saya sangat teringin nak sambung belajar… tapi nantilah dulu.
//Mata saya sangat ngantuk saat ni.
Tags:
Emotion