Celcom Postpaid vs Celcom Prepaid 18

Aku akan pilih Celcom Prepaid..
sebab ada 8pax, bleh pilih 8 nombor yang kita suka, iaitu, termasuk 013,019, and TM Fixed Line (Tepon rumah tu~).
Adik aku dah guna Celcom Postpaid, Abang K (Kandung) aku dah guna Celcom Postpaid jugak.. Mungkin diorang pilih 200Minutes Plans, .. 13sen per minutes , 8sen per sms, flatrate, nationwide, Celcom to Celcom and other operators. RM80 tetiap bulan.
Mak aku guna maxis, tapi dia lebih suka guna tepon rumah, sebab handphone dia selalu dia terlupa nak bawak kalau dia keluar rumah.
Takpela.. lagipun mak memang selalu ada kat rumah.. Jadi, call je la rumah kalau nak cakap ngan mak..
Oh yer.. Adik aku cakap, Celcom Postpaid lebih jimat.. sebab call mana-mana operator pun, rate dia tetap sama.
Jadi takde la soal pilih kasih (tepon kengkawan/sedare mara yang sama centre je Cth: Celcom to celcom je, maxis to maxis je, digi to digi je). Bleh call semua orang dengan kadar rata (flatrate)..
Tapi aku tetap pilih Celcom Prepaid.. sebabnya.. time aku cuti-cuti, dan sesak-sesak.. aku akan pilih untuk “TAK BELI TOPUP” dan membiarkan handphone ku mendiam seribu bahasa. Kalau ada hal penting yang teramat je, baru aku topup. Ini untuk kepentingan masa cuti dan kepentingan pada waktu aku sangat sengkek tahap kingkong.
Adoila~ Kesimpulannya. Pilihlah Celcom Prepaid, kalau anda rasa anda sangat RAJIN BERBUAL, RAJIN SMS.. sebab PREPAID lebih memihak kepada kipas-susahsenang-mati sms. Dan CELCOM PREPAID adalah pilihan terbaik untuk student yang AREA NYE MEMIHAK DAN TERTULIS BANYAK “INI WILAYAH CELCOM”.
:p bukan kehendak aku untuk berlaku curang pada Hotlink(Maxis) kecintaanku. Tetapi, aku PERLU INGAT bahawa, family aku, mak aku, adik aku, abang-abang aku, akak-akak aku, lebih penting daripada yang lain.
Hilang mereka, tetap tiada ganti. Nobody can replace my mom, my dad.. okeh~ NOBODY!
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Tags: Technology




hokey saya paham
tapi saya tetap pakai DiGi, pasal selalu dapat prepaid free.. wahahahha
bagsunye entry ini ek..saya pun pakai postpaid celcom..dulu pakai prepaid..namun atas sebab malas nak pi kedai untuk topup..saya pun pilih untuk upgrade number saya tuh..huhuhh hidup celcom…huuhu lagipun kita kena support keluaran dan servis bumiputra..\:d/
Celcom prepaid dah membisu sejak my sony-ericson T60 dipinjam dan masih belum dipulangkan 4 bulan yang lalu… :((:((:((
sokong lah celcom!\:d/
to fahmishah
sila buat sepanduk di blog masing-masing. ;)
mari-mari.. kita sokong.
to rasso
kadang-kadang, kita kena jadi lokek dan banyak berpesan-pesan, serta ugut supaya “milik kita” tak di sewang-wenangnya di “jadikan anak angkat kesayangan” oleh orang lain..
biar sesuatu rosak atau apa pun atas tangan kita, kita takkan nak marah diri kita, kan? kalau rosak / hilang / dibawa lari-lari anak oleh orang lain, mesti kita rasa benci, bengang, sakit hati, otak letak kat belakang lutut ke apa~ orang ituh~!
sabar je la rasso.. tu tandanya, awak kena la beli sesuatu yang mungkin lebih baik dari yang lepas tu.
to nian
tiap-tiap bulan ada je wang masuk..
kitorang yang student ni, mengharapkan PTPTN, atau biasiswa, atau PAMA. Takut tiap-tiap bulan menjangkau RM400 plak~ takkan nak suruh mak saya bayar kot. ke awak yang nak bayarkan? atau nak mintak Vice Censelor bayarkan bil saya kot? :p
takpelah.. awak dah bekerja..
to hepan
selamat guna digi. kat sini, dalam kawasan kampus dapat DIGI. tapi dalam kolej kediaman, semput pancit serta~ . eh.. malas la nak cakap. Digi kan the widest coverage, kan kan kan?
ala celcom kan ade plan dia..pakai lah plan dia boleh blok..tkde la sebulan sampai RM400..saya pun keje gaji RM300 aja boleh hidup.
tapi kalau postpaid lebih bagus untuk org yang banyak bercakap dari sms..kalau nak banyak sms guna je la prepaid tu
malas..
mmg nak pakai prepaid je
sama ya.. sah celcom prepaid juga!
jimat & terus jimat :p
aik.. pakai prepaid gaks ke..
aa.. meh la.. kita jimat dan terus jimat :p
tapi macam sakettt gaks la kan, kalau terpaksa call maxis guna celcom.. ohohoho ;)) duit cepat sangat jatuh.. sangat bosan..
yeah…hidup celcom…sekarang da ada celcom blue…lagi syok…teman 20 yang aku rasa paling best…;-)
aku baru register 013. kami suami isteri guna plan RM50. calls 80 minit. sms 4000. Kongsi dua orang. ok la kan. tambah minutes calls boleh tak, wahai che celcom?
At this recession time, if celcom can combine the hotlink 365 package plus Digit no frill prepaid and U mobile’s talk to every users without any restriction at less than RM 30 per month, you would be assured of an overwhelming responses from the frustrated users in Malaysia.
saya suka celcom sebab lbh murah pgglan dan sms berbanding dgn digi………. heheheheheheheh……….. jgn marah ye……
sape ade company yg berdaftar ngan ssm better pakai maxis sme package 10sen per minute jek..
saya guna celcom prepaid gak,saya buat tempoh 2 tahun tu..boleh la jimat sikit, tak payah fikir tamat tempoh…yang bestnye celcom ni bila hari lahir,dapat free call dan sms selama 7 hari..mana ada rangkaian lain bagi sampai 7 hari…
saya pakai 2 line celcom prepaid..tapi klu top-up guna cimb cliks selalu tak masuk.. pastu bila report… org cimb kata depa dah report kat celcom.. tapi mcm hampeh.. mmg tak dapat balik punya la… ingat tak nak pakai celcom lagi..
nk tanya klu pakai celcom postpaid CE50 cara utk nk tamatkn number saya ni mcm mana erk? dan number ni org celcom yg bagi dia ckp percuma lps tu dia ckp sebulan kena bayar 15 ringgit berbaloi ke? pastu klu saya tak usik sim card yg dia bagi tuh ada tak kena caj bayar?
salam shafiq…
aik.. sebulan orang tu cakap kena bayar RM15 ke? macam dia tersilap je.. saya baru je baca pasal CE50 ni, comitment fee, RM50 monthly, maknanya awak kena bayar RM50 monthly.. aiyoyo…
kalau awak nak tutup akaun nii, better pi pejabat celcom, k..
ni pasal CE50 http://www.celcom.com.my/exec/plans/ce50_why.php