3 rasa 0
Rasa 1
Alhamdulillah. Aku rasa happy, dengan berlalunya hari semalam. Bila aku dapat menilai.
Bila mak sangat menyukai. Bila hati berbunga kembali, walau aku tau tiada jawapan lagi. Namun aku yakin dan pasti. Masa depan didahulukan, study di jalan yang satu, perkara lain diketepikan. Aku hanya nak rasa happy.
Berkata dua orang kawan, ingat Allah banyak-banyak. Jangan sampai perkara ini akan membuatkan aku tak alert dengan perkara-perkara yang Allah tak suka.
Alhamdulillah.. aku masih waras. Terima kasih ye kawan, atas nasihat-nasihatmu itu. Maaf jika banyak lagi nasihat kawan-kawan lain yang aku tak dapat terima. Sememangnya aku ni liat menerima nasihat dengan mata tertutup. Hati aku agak terkunci untuk terima nasihat.
Namun, aku tahu.. aku sedang gembira sekarang.. gembira dan bersyukur.
Tak perlu rasanya cerita, apa yang digembirakan sangat tu..
Biar aku sorang je rasa. hehs~
Rasa 2
Bangga. Ahahaha. Alhamdulillah. Adalah sorang minah tu. Dapat turunkan berat badan. Tapi dengan cara tak sihat. Memang dia layan netball setiap hujung minggu. Tapi pemakanannya agak tak munasabah. Meggie Ayam + Chili Padi Potong. Apakah? Then, kalau tak makan dua ni.. dia akan makan sandwich. Ni budget punyer pasal sebenarnya. Budget lari giler katanya. Heh~..
Rasa 3
Rasa sangat sibuk dan malas untuk upgrade WordPress aku ni. Walau tengah cuti. Aku lebih suka melayan perasaan, dan bila rasa cam bosan online (suatu perkataan yang jarang-jarang aku letak pada arena Online), aku akan tutup je laptop adik aku ni. Dan tengok movie kat astro. Cuti ni amat sibuk bagiku.
Jumaat 1/9, aku sampai rumah, tu pun dah pukul 1.30pagi. Kemudian, sabtunya, dalam pukul 3.00petang, aku ngan ela & yati, pi rumah mied. Ayahnya meninggal dunia pada 21Ogos (hari cik siti berseronok-seronok). Sangat menyayat hati actually, sebab pada tarikh yang sama, adalah tarikh abang dia bersanding di rumah mereka.
Masa datang rumah mied (Haimidah bt Marhaban), kitorang tak banyak tanya pasal peristiwa abahnya. Kitorang banyak cerita pasal lain. Pastu, kami kumpulkan nama-nama dan nombor pelajar Sek. Tun Aminah, BatuPahat, yang kitorang ada. Reunion akan menyusul nanti. Tapi aku taktau bila. Rancangnya bulan Disember ni. Tapi macam tak munasabah, sebab Loan PTPTN pasti belum masuk. Mungkin aku akan sarankan pada mereka buat discussion, bincang dulu. Buat meeting bulan Disember ni. Pastu baru plan baik punyer. Harap ada transport macam bas pi situ. Nak je aku pegi Genting. :p Ye ler.. saya sangat kempunan pi Genting. Tak pernah-pernah. Dari pergi dengan orang yang baru aku kenal (kengkawan baru kat UPSI), better aku pegi ngan kengkawan lama aku.
Nak ajak shakirah + nurzalinda. Harap diorang nak pegi sama.
Ahadnya 2/9, aku dah pegi merayau kat The Summit, BP tu.. tengok wayang ngan Syazana. Citer GONG.
Walau sekejap jumpa, tapi sangat happening. Dapat ler bear seketul. :p Dia pula dapat bunny ke .. bear.. tengah pegang tempat letak handphone. Pada aku ia sangat comel. Kombinasi colour pink dan putih.
Syazana memang suka colour pink pun.. heh~~ aku tak pasti dia suka ke tak. Sebab kecik sangat.. Adoi la~ Harap-harap dia suka..
Isnin 3/9, aku pi ICU pagi tu. Kol 5.50pagi dah mandi. Tak larat sangat sakit perut. Doktor cakap, ini kesan jangkamasa panjang bila tiada hempedu. Aiyo. Mungkin aku makan merepek sangat kot. Sampai ke tahap ni dia nye sakit. Nak jalan pun takleh wei~ Tidur pun terjaga-jaga. Aiyo. Ni bukan gastric. Bukan juga senggugut. Memang sakit giler~. Tapi sekarang dah ok ler.. Heh.
Alhamdulillah tadek sakit-sakit lain yang timbul. Syukur sangat.
Selasa 4/9, aku turun JB.
Azlin berikan aku Persediaan Mengajar yang masih dalam simpanannya. Daripada dia buang, better dia bagi kat aku. Heh. Bau buku tu sama je macam kad raya yang dia pernah bagi aku dulu.. :p Bau yang serupa dan bau yang sangat aku rindu.
5 tahun kami tak jumpa.. Macam nak nangis je masa jumpa haritu, sebab sangat terharu. Aku banyak larikan mataku. Mata orang lain aku bleh tenung dan cakap dengan okeh-orait. Tapi mata dia, aku takleh. Banyak yang kami masing-masing lalaui. Perit. Suka. Duka. Support. Aku tak pasti perasaan itu. Aku harap dia tabah lalui semuanya. Aku tau dia kuat. Aku juga bawa semangat dan ketabahan dia bersama-sama dalam hidupku. Kalau tak, mungkin aku tak sampai ke tahap ini.
Rabu 5/9, harini. Plan nak jumpa cousin aku. Tapi tak pasti lagi. Takut dia penat. Walau perjalanan dari UiTM Segamat ke Ayer Hitam amat singkat, namun.. Sakit-sakit badan sure ada punyer ar.. kan..? Semua terpulang pada dia. Aku memang ambil peluang untuk sibukkan diri. Taknak fikir macam-macam kat rumah. Adik aku, Azizan, tak cuti macam aku. Dia tengah exam midterm. Aiyo. Lupa nak wish pagi tadi. Semoga dia dapat jawab ngan excellent. Tau dia sangat genius. Adik merupakan seorang yang tabah, dan tak pedulikan apa yang orang lain cakap. Kami berbintang yang sama. Ramai cakap dia itu ini itu ini. Tapi bila result keluar, semua orang terdiam. Heh.. Jangan cabar adik aku ok. Dan aku paling tak suka orang kutuk adik aku. Memang aku nak sembur je bebel. Marah-marah ngan orang itu. Walau dia kawan baik adik aku. Tak suka tau. Sayang giler kat adik. Aku berani cakap, kalau mak aku takde nanti. Aku nak jaga adik aku. Walau aku ditakdirkan takkan berkahwin seumur hidup aku, aku nak jaga adik aku ok. So that, sape yang bikin kacau ngan adik aku, meh jumpa aku meh~~! (cam ganas sangat je.. :p no ler.. aku guna kaedah psychology je. hins hins).
ikoko: Hari-hari makin banyak corak.
Mungkin ini hikmahnya.
Related posts:
- Sedap Macam Mana? Lagu jenis macam mana yang korang suka? Ada orang ikut...
- Dam Dam Dum Bunyi Mercun Bising Dulu aku suka lagi melayan mercun semua. Tapi sekarang, dengar...
- Sipi-sipi Kena High Blood Pressure serta Membeli-belah Diari 2010 Haish. Tiba-tiba je mati idea. Macam kosong tetiba je otak...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.






hehe..
now u sound better ;)
jijan!!
bace ni..
gudluck ye! \:d/
wish u all the best….:)>-
terima kasih ok
huwarghhhh tahniah kat ko kerana dapat pull yurself back together..tepuk2!=d>
Semoga menjalani hidup dengan nafas yg lega~
nape plak ko ni
ko salah faham ni
..
bukan la ok bukan bukan.. aku tak kembali pada ex-boyfriend aku..
tu abang angkat aku.. relationship kami dah 10 tahun.. kami dah tak jumpa 5 tahun..
…
jangan salah faham ok.. aku still single..
turun jb tak bagitau.. ekekekeke:-”:o
sukati saya la ok