Article written

  • on 23.09.2006
  • at 03:27 AM
  • by ikoko

Apakah Happen to me? 0

Sep23

Disebabkan masa aku sangat suntuk dan disebabkan betapa sayangnye aku ngan database lama ni, aku sampai pening kepala dan demam-demam. Blog tak sihat, ngan aku-aku tak sihat.. ngeee.. alhamdulillah.. inilah jalan yang paling senang dan selamat untuk tontonan umum. Sila la baca semula kalau hingin~ okeh?

Oh yer.. macam-mana korang nampak blog ni, macam tu ler yang berlaku pada aku.. :) kalau ada sesiapa yang faham apa yang aku maksudkan ni.. dia memang faham aku :)

Lambat Upgrade
September 19th, 2006 | Category: Sayang Blog

Adoi la.. harini aku ada berita menarik sangat. Sangat-sangat menarik. Malam tadi sikit punyer lama membelek blog aku. Pastu, pagi ni terus je spoilt.

Then, terpaksa install wordpress baru. Secara tak langsung, aku install the latest wordpress, sebab sekarang dah sampai version 2.0.4 . Aku lambat sangat upgrade, nah.. ambik ko.. ni ler jadiknyer. ahhahaha bangga.. bangga.. meh meh.. tengok ni hidung bangga ni..

Sedih la sebenarnya, menyesal pun ada, sebab abeskan masa banyak sangat on blogging. Azam tinggal azam je.

Wargh~!

15 Comments so far

1.
Lisa September 19th, 2006 11:56 am Edit This

adeh, cane bleh camtu.. sayang la post yg lepas2 kan…
2.
acai September 19th, 2006 2:15 pm Edit This

sabar wak ye…dulu sy guna wordpress,tapi sbb tak brape stabil terus guna yg biasa je..heheh…moga awk sihat je wak..tapi mmg sy suka design diaorg nih..
3.
neeziee September 19th, 2006 2:44 pm Edit This

err..aku tak pernah upgrade wordpress aku.cane nak upgrade ntah.aku tak paham pun tutorial dia kasik.huhu.
4.
shiemz September 19th, 2006 4:14 pm Edit This

Siannyer ina… Takpe, ina org pro..sabar ye dik.. :D
5.
arifsanchez September 19th, 2006 5:51 pm Edit This

” Gambatte Kudasai Sensei Azlina “
6.
emptyspace September 19th, 2006 10:02 pm Edit This

azam tinggal azam? azam xmindfreakx ke? hehe

post2 lame cemane? ilang gitu je?
7.
mindfreak September 20th, 2006 10:06 am Edit This

ha tu la pasal incik arep a.k.a emptyspace…aku pon ingat azam aku tuh..ceh..hoho..
post lama2 tu ilang la yerk..xper..start a new one..a new brand IKOKO…er..tol ker camtu :)
8.
inazabha September 20th, 2006 4:23 pm Edit This

brand new ikoko ..
atau new brand ikoko ek?

aku lupa ar~!

apa pun.. terima kasih sebab bagi aku semangat, tengah takde semangat lagi sebenarnya.. sekarang ni, aku tengah buat-buat happy…

dalam masa yang sama.. blog wordpress aku jadi kucar kacir, skali ngan gallery kesayangan aku.. huwaa.. best tak best la kan.. rasa cam~ ntah la.. dah ler aku cinta blog..

pastu kan.. dalam masa yang sama, aku ada masalah peribadi, konflik dalam diri, cinta yang tak kesampaian.. wow~! best nye!! aku suka~! aku suka~!

sekian saje.. wassalam.
9.
nashrex September 20th, 2006 6:16 pm Edit This

yg pasti..
aku ske design kalini.. jgn tuka2..
10.
hepan September 20th, 2006 6:59 pm Edit This

stuff happen for a reasons.. :)
11.
inazabha September 20th, 2006 7:07 pm Edit This

thanks hepan.. memang.. Allah nak bagi aku rehat minda dan hati, mungkin.. takpe la.. buat masa ni, aku set diri aku FREE.. 24jam..

:) alhamdulillah.. takde la SEHSAK sangat kepala otak ni.. alhamdulillah…

thanks nash.. tapi, yg mana satu wei.. tak kisah la k.. aku suka yang ada tulisan colour ijau, sebab aku memang suka ijau..
12.
rosli September 20th, 2006 8:28 pm Edit This

previous database kat hosting lama still ader lagi or dah delete? kalau ader lagi rosli rasa old blog boleh diselamatkan lagi…
13.
inazabha September 20th, 2006 9:33 pm Edit This

tak payah la selamatkan..
blog ni pun macam dah faham.. aku tak perlu ingat kenangan-kenangan lepas yang bongok dan berpura-pura tu..

let it go.
let it be.

wassalam.
14.
rosli September 21st, 2006 10:52 pm Edit This

all the best ina…
15.
inazabha September 21st, 2006 11:59 pm Edit This

thanks rosli

______________________________________________________
______________________________________________________

Puasa, Raya, Final Exam
September 20th, 2006 | Category: Suara Hati

:) sempena menghormati ketiga-tiga jenis agenda untuk hari-hari yang mendatang ni, meh la jemput sila-sila kalau rasa diri tu rajin, meh baca tazkirah best-best kat http://azlina.wordpress.com

Currently Topic : Love Guide
Edit
No comments yet. Be the first.

______________________________________________________
______________________________________________________

Gallery Corrupt, old database WP Corrupt
September 20th, 2006 | Category: Suara Hati

..

memang patut kot..

:)

alhamdulillah..
semua ni dugaan kan..
mesti ada hikmah semua ni..

esok, mesti aku pi kelas dengan muka yang sangat sembap..
mata yang sepet & merah lagi..
tapi tak perlu kot.. sebab dah banyak hari asyik nangis macam apa~ …

alalaa~ jom.. nangis ngan aku jom..
jom..

:(

ikoko: i got the answer. thanks. alhamdulillah. akhirnya Allah dah beri aku jawapan. alhamdulillah. semoga ada yang lebih baik lepas ni.. terima kasih ya Allah.
Edit
2 Comments so far

1.
Nian September 20th, 2006 6:51 pm Edit This

macam mana boleh berlaku mcm tu? alahai kesiannya..tak kan tak leh dapat balik sumer tulisan?
walau apa pun nian menyokong awak..teruskan usaha..nama ikoko bukan asing dalam dunia blog orang melayu..kebanyakan blog yang saya singgah mesti ada nama awak..jangan putus asa.
2.
inazabha September 20th, 2006 7:04 pm Edit This

…bukan popular yang saya cari..

cuma saya suka blogging..

suka meluah..

walau takde siapa pun nak dengar, sekurang-kurangnya saya menulis untuk meluah perasaan yang terbuku..

______________________________________________________
______________________________________________________

Tidak Perlu Penjelasan
September 20th, 2006 | Category: Suara Hati

Tiada penjelasan yang perlu dihuraikan.
Cukup sekadar tisu dan hati.
Biar ia berlalu, mengikut rentak dan masa.

Jodoh itu Allah yang tentukan.
Bukan kau, bukan dia, bukan aku.
Tiada siapa yang menafikan segala usaha yang kita buat.

Hanya nak atau taknak.
Hanya malas atau rajin.
Hanya ikhlas atau tak.

ikoko: Whatever~!
Edit
No comments yet. Be the first.

______________________________________________________
______________________________________________________

Hanya Allah yang Maha Berkuasa!
September 20th, 2006 | Category: Suara Hati

Dan Dia lah yang Berkuasa atas sekalian hambaNya (dangan tadbir dan takdir); dan Dia lah Yang Maha Bijaksana serta Amat Mendalam PengetahuanNya.

(Surah Al-An’aam, Ayat 18)

Edit
No comments yet. Be the first.

______________________________________________________
______________________________________________________

Saksi antaraku dan kamu
September 20th, 2006 | Category: Suara Hati

Bertanyalah (wahai Muhammad): “Apakah sesuatu yang lebih besar persaksiannya?” (Bagi menjawabnya) katakanlah: “Allah menjadi Saksi antaraku dengan kamu, dan diwahyukan kepadaku Al-Quran ini, supaya aku memberi amaran dengannya kepada kamu dan juga (kepada) sesiapa yang telah sampai kepadanya seruan Al-Quran itu. Adakah kamu sungguh-sungguh mengakui bahawa ada beberapa tuhan yang lain bersama-sama Allah?” Katakanlah: “Aku tidak mengakuinya”. Katakanlah lagi: “Hanyasanya Dia lah sahaja Tuhan Yang Maha Esa, dan sesungguhnya aku adalah berlepas diri apa yang kamu sekutukan (dengan Allah Azza Wa
Jalla)”.

(Surah Al-An’aam, Ayat 19)

Edit
No comments yet. Be the first.

______________________________________________________
______________________________________________________

Bahaya Bencana a.k.a Dugaan
September 20th, 2006 | Category: Suara Hati

Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri; dan jika Ia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka Ia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

(Surah Al-An’aam, Ayat 17)

Edit
No comments yet. Be the first.

______________________________________________________
______________________________________________________

Duka & Airmata
September 20th, 2006 | Category: Suara Hati

Bila kau letih & hilang semangat,
Allah tahu betapa dirimu telah mencuba sedaya upaya.
Bila tangisanmu berpanjangan & hatimu kedukaan,
Allah telah mengira titisan air matamu.
Bila kau rasa ketinggalan & masa meninggalkanmu,
Allah setia di sisimu.
Bila kau telah mencuba segalanya tapi tak tahu tujuan,
Allah ada jalan penyelesaian.
Bila tiada bererti buatmu, keliru & kecewa,
Allah adalah jawapannya.

Kata Pujangga kat atas ni, kalau ada sesiapa yang perasan, aku letak kat splash page kat Azlina.net. Cikgu Latifah yang bagi. Terima kasih buatnya. Aku tak jemu belek ayat ni, walaupun ayat ni sudah menjangkau usia 5 bulan, mungkin.

Tema blog ni juga, iaitu … Biarlah hari-hari berlalu. Lapangkan jiwamu, terima keputusan Qadha’ ILLAHI. Jangan bosan bersabar., yang korang nampak kat header blog ni, juga ayat dari Cikgu Latifah. Banyak benar ayat pujangga yang diberinya padaku. Taktau aku nak balas macammana.

Aku tengah down sangat-sangat saat ni. Tapi aku bersyukur sebab mak sihat. Adik beradik lain juga sihat. Aku je kena kuatkan semangat. Jangan terburu-buru membuat keputusan, malah wajar untuk bersabar dalam meneliti semua perkara, dalam membuat apa jua perkara.

Kata-kata yang keluar dari bibir ini juga perlu ditimbang-timbang, sebelum diluahkan apa yang terbuku di hati. Aku macam cakap lepas je sekarang. Macam takde simpan dalam hati pun. Mungkin hati malas untuk dilukai lagi. Ni kalau bleh tembus hati ni, dah hancur rasanya ni. Mungkin esok atau lusa baru ia pulih.

Banyak assignment aku terbengkalai. Alhamdulillah, kawanku semua memahami. Mungkin mereka sudah masuk alam yang matang. Jiwa yang matang dalam menilai seseorang. Aku jua perlu begitu. Berjalan bersama mereka. Matang bersama mereka, dan usah diikutkan sangat hati yang lara.

Tabir hati mungkin akan ditutup buat seketika. Perlu dipulihkan. Mungkin rakan sekelilinglah yang akan membantuku saat ini. Beri semangat jitu padaku, walau mereka tidak tahu apa sebenarnya yang aku lalui.

Aku jua ingin jalan seiring dengan mereka. Gapai satu cita.

ikoko: Allah bersama dengan orang-orang yang sabar. Terima kasih atas segala anugerahmu ya Allah. Aku yakin KAU mendengar segala suara hati ini.
Edit
No comments yet. Be the first.

______________________________________________________
______________________________________________________

Sabar, Study, Shhtido
September 20th, 2006 | Category: Suara Hati

Sabar sabar sabar study study study shhtido shhtido shhtido sabar sabar study study study study study stado sabar sabar sabar studo stidur semua skali la sabar sabar sabar sabar.

sekian, wassalam.
Edit
9 Comments so far

1.
neesa September 21st, 2006 3:11 am Edit This

i feel exactly the same as u. if x worse :) misery loves company i guess
2.
acai September 21st, 2006 8:47 am Edit This

sabar sabar..good luck ek…hihhi
3.
mohdismail September 21st, 2006 10:45 am Edit This

hihik…stadi molek2 deh..jgn banyak tido..*waa..sudah tuka layout..clap2..mentarek hati..
4.
inazabha September 21st, 2006 1:34 pm Edit This

terima kasih ye semua.. sebab bagi dorongan..

hoho~ ye la.. aku tengah kurangkan tido ar skrg ni.. tengah test untuk tahan diri dari tidur siang.. tapi takleh gaks, sebab saya ni memang macam burung hantu sket.. suka bekerja di waktu malam..

alaa~ bila larut malam.. taraa kucak.. taraa kucak cak..~
5.
nashrex September 21st, 2006 7:57 pm Edit This

jgn tido siang..
malam tu hal malam…
agak2 tido 4 jam ckup aaaa
6.
inazabha September 21st, 2006 8:17 pm Edit This

huwaa.. plis.
kalau aku tension, aku akan tidur.
aku taknak bual ngan sape-sape, nanti aku hangin-hangin.

taknak plis..
better aku tidur dari aku jumpa kengkawan, nanti tak pasal-pasal kena maki hamun..

sekian saje.. saya mmg suka tidur, sebab tidur bleh tenangkan fikiran.

wassalam.
7.
neesa September 21st, 2006 10:27 pm Edit This

wah.sebijik cam saye.suke tido sbb tuh. tp smalam terbace artikel sal tido..huhuhu byk tido melalaikan dan memalaskan.no wonder.demmm
8.
xmindfreakx September 22nd, 2006 9:55 am Edit This

yerp…cuma nak pinjam petikan dari seseorang yang saya kenal.”tido itu menyeronokkan”
9.
inazabha September 22nd, 2006 1:29 pm Edit This

aler neesa.. bukannye selalu sangat kita tidur.. mungkin waktu malam kita terganggu.. sebab saya memang suka study waktu malam.. tenang dan takde gangguan..

tido memang best.. yang TAK MUNGKIN berlaku pun, akan berlaku dalam mimpi.. macam kita di alam lain.. macam alam fantasi pun yer.. tido aar best, kan kan kan..

lagipun, bukannye 24jam, 12 bulan, bukannye setiap hari kita rasa stress.. cuma IKUT MUSIM je stress ni..

:) jadi takde masalah ler~ tak mungkin akan melalaikan sangat.. janji kita sentiasa beringat.. mungkin ia agak melalaikan, tapi kalau lepas tu kita tersedar.. takde apa-apa la kan? insya-Allah..

mind.. sape yg dikenali tu? bakal isteri ke? ahahaha :) )

______________________________________________________
______________________________________________________


Train Our Love
September 21st, 2006 | Category: Puisi

Train our love..
that it may grow slowly…
deeply.. steadily;
till our hearts will overflow unrestrained
and readily. Discipline it, too dear God;
strength of steel throughout the whole.
Teach us patience, thoughtfulness, and self-control.
Deepen it throughout the years,
age and mellow it until, time that
finds us old withou,
within will find us lovers still
(Ruth Bell Graham)

Dah nak dekat dua minggu ayat pembina semangat ni ada dalam simpananku. Aku tak tahu nak beri siapa. Mungkin sesuai untuk diri sendiri, mungkin juga tidak.. CCY kat depan kampus ni memang lengkap dengan pelbagai benda. Dan memang dari dulu, kalau aku jumpa card yang ada kata-kata best, aku akan beli.. dan aku pasti taktahu, siapa penerimanya, siapa yang bakal menerimanya. Semuanya aku tak tahu..

Mungkin jua ALLAH nak beri suprise padaku. Siapa tau kan? Allah je yang tahu semuanya.
Kadang-kadang, kita sayang giler kat seseorang tu, walau dia bukan jodoh kita, dia tetap bukan jodoh kita.
Walau dah bernikah 2 tahun, kemudian bercerai, dan bernikah dengan orang lain pula, bukankah itu namanya, jodoh mereka tak panjang?

.. aku harap, aku sabar dan tabah lalui kehidupan ni. Aku taknak perkara ni mengganggu kehidupanku buat masa ini. Aku hanya inginkan semangat. Aku dah tak peduli orang nak cakap apa, yang penting, aku nak dorongan dari kawan-kawan. Yang masih menganggap aku kawan mereka, susah dan senang.

ikoko: .. mungkin sampai meninggal dunia pun, aku takkan jumpa kawan yang setia kawan. aku tak tahu. Hanya pada Allah, bila aku cerita, semuanya ALLAH akan dengar. Tiada sepotong ayat pun yang ALLAH akan ignore atau buat taktahu. Allah MAHA MENGETAHUI JALAN PENYELESAIAN YANG TERBAIK. aku mungkin perlu usaha lebih, kemudian tawakkal. tapi bila dah tawakkal, dan setiap perkara itu tidak memihak kepadaku, aku hanya mampu berdoa. Agar ALLAH kuatkan diriku. Tabah lalui semuanya. Alah bisa tegal biasa. Ini baru hidup dalam masyarakat yang kecil, belum bercampur dengan dunia luar lagi. Dunia cikgu dan anak murid. Dunia cikgu dan ibu bapa murid. Dunia cikgu dan staff pejabat sekolah. Heh. Aku tak patut fikir semuanya ni buat masa ni. Rezeki, Jodoh dan Kematian, adalah urusanNYA. Jadi aku tak perlu masam muka dan sakit otak untuk fikir tentang sesuatu yang diluar dari bidang kuasaku… ampunkan aku ya Allah..
Edit
9 Comments so far

1.
aman September 21st, 2006 7:01 pm Edit This

ingat salah masuk blog tadi…rupa2nya, dah tukar theme… :P
2.
nashrex September 21st, 2006 7:57 pm Edit This

jgn aa ko trlalu berpikir..
knape sjak akhir2 ni ko emo je manjang?
3.
inazabha September 21st, 2006 8:16 pm Edit This

maafla nashrex.
aku takde mood la. jelesz tengok orang lain bahagia.
sebab aku tak rasa apa-apa pun..
aku tak rasa bahagia langsung, konflik aku berlapis-lapis. kau tak alaminya, jadi kau tak rasa apa yang aku rasa..

maaf la nashrex, tak terniat nak sakitkan hati sape-sape.. cuma jiwa aku sangat-sangat kacau.. seperti genderang mau perang~ :p ahaha

erm..
aman.. ok la ek theme ni? :P
4.
nashrex September 21st, 2006 10:19 pm Edit This

ko da berbaik ke?
pasni emo2 lg x?
:p
5.
inazabha September 21st, 2006 10:28 pm Edit This

mungkin aku akan emo lagi.
sebab aku dah tawar hati dengan dia..

:)
6.
neesa September 21st, 2006 10:30 pm Edit This

take ur time.nk sedih, sedih la dulu.kalau rase tak bes meluap2, cite kat org. it helpd me. (kalau bace blog saye jun-july-august sket, i was exactly this way…) sgt memahami
7.
inazabha September 21st, 2006 10:33 pm Edit This

aku rasa, blog je memahami.. sebab visitor adalah kawan-kawan aku, walau visitor bukan/belum jadi kawan dalam alam realiti, sekurang-kurangnya, visitor baca isi hati aku..

aku nak bersendirian sekarang ni. tenangkan fikiran. takmau orang ganggu dan banyak tanya, serta terasa hati.

sebab aku tak pandai memujuk.
8.
xmindfreakx September 22nd, 2006 9:53 am Edit This

Setiap kesabaran ada hikmah dari Nya..JUst be patient gurl..
Meluahkan isi hati kepada mereka yang kita tak kenal kekadang lebih baik dari yang kita kenal..Membaca luahan isi hati dalam blog kadang2 hampir sama dengan membaca novel..cuma banyak chapter sahaja..yer arr baca novel kan kekadang bila watak itu suka,kita baca pon turut tersenyum…bila watak sedih..kita pon rasa sedey…
Strong Gurl..its not the end of the world
9.
inazabha September 22nd, 2006 1:25 pm Edit This

Terima kasih ye mind.. :)

______________________________________________________
______________________________________________________

Makbul
September 21st, 2006 | Category: Kata-kata Hikmah

JIKA DOAMU DIMAKBULKAN, TANDANYA ALLAH MENYAYANGI DIRIMU,
JIKA LAMBAT DIMAKBULKAN, TANDANYA ALLAH INGIN MENGUJIMU,
DAN JIKA DOAMU TAK DIMAKBULKAN ALLAH MERANCANG YANG TERBAIK UNTUKMU..
Edit
No comments yet. Be the first.

______________________________________________________
______________________________________________________

Ya Allah..
September 21st, 2006 | Category: Suara Hati

Beri aku kekuatan..
Aku hampir-hampir ingin berhenti dari belajar..

Ya ALLAH..
Berilah aku kekuatan…

Aku taktau kenapa aku boleh goyah..
Cepat sangat goyah sebegini..

YA ALLAH..
Hanya padamu..
Tempatku mengadu..

Aku benar-benar..
Tak Tahu.. Untuk..
Mengadu pada siapa sekarang ni..

Hanya padamu..
Ya AKU SHARE, aku ceritakan semuanya..
SEBAB kau YANG MAHA MENDENGAR, bukan kawan-kawanku, tapi HANYA KAU YA ALLAH, YANG MAHA MENDENGAR..
Edit
2 Comments so far

1.
neesa September 22nd, 2006 6:30 am Edit This

Beri aku kekuatan..
Aku hampir-hampir ingin berhenti dari belajar—>my exact words. masyAllah.

saya doa, it’ll get better soon.
2.
inazabha September 22nd, 2006 1:23 pm Edit This

terima kasih ye neesa..

tengah nak belajar pengalaman baru..

:) jadi banyak rasa pahitnya..

takpe la.. rasa pahit dahulu, rasa manis kemudian..

yakin, ada hikmah atas semua ni..

______________________________________________________
______________________________________________________

Sahabat & Kawan
September 21st, 2006 | Category: Suara Hati

Nak dapat kawan, senang.
Nak dapat sahabat, susah.
Yang sama-sama susah,
Sama-sama senang,
E in, Shark, korang memang best. Walau kita kenal kat Pusat Tiusyen Gemilang, walau kita tak pernah satu sekolah, korang TIGS, aku STA, korang tetap best. Korang tak pilih bulu. Korang memang best.
Umairah(tiada dalam gambar).. Lama giler kan kita tak jumpa.. Umairah ni banyak bagi sokongan yang padu pada aku masa aku dilanda konflik di Tingkatan Dua di Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor (SMAKJ).
Ela, terima kasih sebab sudi terima ina ngan mak datang rumah ela. Suka la rambutan yang ada kat tepi rumah ela tu. :)
Aku rindu sangat pada diorang ni.

Kak Linda, Kak Tie, Ina Kecik, Su Comel, Linda (dulu roomate, sekarang housemate), aku rindu suasana rumah macam dulu. Sweet memories between us. Tak lupa juga untuk Kak Ina, harap dia nikah cepat-cepat. Tak sabar nak makan nasi minyak dia. Untuk Adik Zira (she is 20th this year), semoga adik tabah lalui hari-hari mendatang. Laluinya dengan tabah. Hidup ni tak lama. Jangan takut pada manusia. Takutlah pada Allah. (Aku tahu, ALLAH mesti dengar rintihan aku ni untuknya).

Sekarang.. aku ingin bersendirian. Untuk seketika. Mungkin hingga akhir semester ini. Sangat sedih dan pilu. Sangat tertekan dan stress. Sangat stress. Rasa macam ada duri dalam hati.
Edit
10 Comments so far

1.
nashrex September 21st, 2006 11:21 pm Edit This

shark tu garang seh..
2.
inazabha September 21st, 2006 11:24 pm Edit This

tapi dia best giler.

tu la ko.. suka menilai ngan mata kasar.

dia sangat baik hati..

:)

alhamdulillah.. dia sangat happy go lucky.. aku dah jadi macam dia sekarang ni.. happy go lucky..
3.
nashrex September 22nd, 2006 12:29 am Edit This

dia pnah maki aku dulu..
4.
inazabha September 22nd, 2006 12:38 am Edit This

relax la ok..

jangan ambil hati..

hati dia sangat baik.. :) ok?

sabarlah. kalau kita nak kenal seseorang, hati budi dia macammana.. kenalah kenal luar dalam..

kalau tak ngam, aku takleh buat apa.. sebab dia memang kawan aku yang paling baik, yang pernah aku jumpa.. :)
5.
nashrex September 22nd, 2006 2:17 pm Edit This

huhu
aku pun x amek kisah sgt..
bukan knal dia sgt pun..
ekeke..
kimsalam dia yer..

pss psss.. dia da abis blaja kat sabah lom?
6.
Fahmishah September 22nd, 2006 4:07 pm Edit This

memang susah dapat sahabat yg betol2 sejati..yg btol2 leh bantu kita dalam kesusahan..kawan makan kawan je yg melambak
7.
aman September 22nd, 2006 5:04 pm Edit This

Pusat Tusyen Gemilang…? Kat tmpt aku ade satu gak, tusyen gemilang, tapi kat rawang, bukan kat johor…

p/s;
kak, taknak letak shoutbox ke..?
8.
nashrex September 22nd, 2006 5:21 pm Edit This

shoutbox leh riuh2 sket…
9.
inazabha September 22nd, 2006 7:10 pm Edit This

tengah jiwa kacau la aman & nashrex. malas nak layan crap.. :p maaf ye..

fahmishah, tu le pasal. aler biasa la fahmi.. lumrah alam.. :) aku nak kawan-kawan aku happy, tu je..

nashrex, dia dah abes belajar kat sabah. sekarang tengah cari keje. :)
10.
CypherHackz September 22nd, 2006 7:18 pm Edit This

bukan senang nak carik sahabat kan? ada sahabat yang kite leh berkongsi cerita dan ada yang tidak. btw ikoko dah download belum lagu my heart tu?

______________________________________________________
______________________________________________________

mySQL Database Lama
September 22nd, 2006 | Category: Sayang Blog

Bleh diselamatkan.. ngee.. sebenarnya tak rosak pun..
Sekarang ni, aku tengah usaha untuk pindahkan segala entry kat sini ke dalam database lama tu..

Sebab, banyak benar entry-entry best kat database lama.. macam kejam je kalau aku lupakan terus database lama tu..

ye tak?

Tapi mungkin aku akan teruskan membaikpulih blog aku ni masa cuti raya nanti.. :) Insya-Allah..
Edit
1 Comment so far

1.
lila September 23rd, 2006 1:25 am Edit This

huhu..
same here..
perlu repair mine here n there..
but of course not now, the critical final weeks..
selamat berpuasa!!

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: ,

subscribe to comments RSS

There are no comments for this post

Please, feel free to post your own comment

* these are required fields

Bless is powered by WordPress and FREEmium Theme.
developed by Dariusz Siedlecki and brought to you by FreebiesDock.com