Article written

  • on 23.09.2006
  • at 05:45 AM
  • by ikoko

Buah Naga banyak Khasiat 0

Sep23

Peti sejuk dibuka. Aku “hampir” kenal apa jenis buah itu. Suatu bentuk yang biasa, tapi mempunyai kulit yang sangat unik. Bila tengok pada kulit, aku boleh bayangkan Jantung Pisang. Heh.. Lebih kurang ek, warna kulit Buah Naga ni dengan jantung pisang. Macam bunga kantan pun ada.. erm..

Buah naga merah banyak khasiat

Oleh ZAINUDDIN ZAIN

MASIH ramai rakyat negara ini tidak tahu cara memakan buah ini kerana bentuknya yang ganjil, dengan kulit luar berwarna merah dan mempunyai sayap seperti seekor naga sehingga ia mendapat nama buah naga (dragon fruit).

Jangan ketawa jika ada orang yang memotong kulitnya seperti memakan buah epal, walaupun cara sebenar memakan buah naga ialah dengan memotong dua dan menceduk isinya dengan menggunakan sudu.

Bagaimanapun, di sebalik rupanya yang ganjil, buah naga daripada keluarga cactacea yang tergolong dalam spesies kaktus dan semakin mendapat tempat di kalangan petani moden negara ini, sebenarnya kaya dengan khasiat.

Buah naga mempunyai isi seperti buah kiwi. Pada masa ini, buah naga yang isinya berwarna putih lebih mudah didapati di pasaran, tetapi mengikut pakar pemakanan dan perubatan, buah yang isinya berwarna merah mempunyai lebih banyak khasiat.

Secara amnya, pakar sependapat dan mengakui buah naga kaya dengan potasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium yang baik untuk kesihatan berbanding buah-buahan lain yang diimport.

Mengikut wakil Johncola Pitaya Food R&D, syarikat penanaman dan penyelidikan buah naga merah terbesar di negara ini, AL Leong, buah kaktus madu itu cukup kaya dengan pelbagai zat vitamin dan mineral yang boleh membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan metabolisma dalam badan manusia.

Kajian menunjukkan buah naga merah ini sangat baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah. Ia juga memberi tindak balas memberangsangkan untuk mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan toksik dalam darah.

Kajian juga menunjukkan buah ini boleh mencegah kanser usus, selain mencegah kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah dan pada masa sama menurunkan kadar lemak dalam badan, katanya.

Secara keseluruhan, setiap buah naga merah mengandungi protein yang mampu mengurangkan metabolisma badan dan menjaga kesihatan jantung; serat (mengawal kanser usus, kencing manis dan diet); karotin (kesihatan mata, menguatkan otak dan menghalang penyakit); kalsium (menguatkan tulang) dan fosferos (pertumbuhan tisu badan).

Buah naga juga mengandungi zat besi untuk menambah darah; vitamin B1 (mengawal kepanasan badan); vitamin B2 (menambah selera); vitamin B3 (menurunkan kadar kolesterol) dan vitamin C (menambah kelicinan, kehalusan kulit serta mencegah jerawat).

Leong berkata, satu lagi fakta menakjubkan ialah berdasarkan kajian terkini, khasiat buah naga tidak terhad kepada buahnya, tetapi turut wujud pada keseluruhan pokok.

Katanya, buah naga juga boleh dijadikan pencuci mulut yang lazat.

Syarikat kami juga mengeluarkan produk jus, jem, dan wain merah daripada buah ini. Pada masa sama, buah yang belum masak boleh dimasak sup dan dicampur dengan daging, ekor atau tulang, katanya.

Leong berkata, bunga buah naga pula boleh digoreng sebagai sayuran, dijadikan ulam dan juga boleh dikeringkan untuk dijadikan teh bunga.

Bunga pokok ini mempunyai kadar debunga yang tinggi kerana tempoh ia mekar penuh terlalu singkat, sekali gus menyebabkan lebah dan serangga lain tidak sempat mengambil debunganya secara penuh berbanding bunga lain yang mekar berbulan-bulan.

Debunga bunga buah naga juga mempunyai khasiat tinggi dan cukup baik untuk kesihatan manusia, katanya.

Leong berkata, dahan pokok buah naga juga boleh dijadikan salad, ulam, digoreng dengan sambal belacan dan dimasak sup, yang terbukti berkesan untuk membuang toksik dalam badan dan mencuci perut.

Di Amerika Selatan, dahan buah naga dihancurkan dan diperam untuk dijadikan makanan ternakan seperti lembu dan kambing. Ia terbukti mampu meningkatkan kadar susu, selain kualiti ternakan berkenaan, katanya.

Leong berkata, pada masa ini buah naga atau nama saintifiknya Epiphytes atau Pitaya dan berasal dari Amerika Selatan digemari kaum Cina yang menggelarnya Paw Wang Fa Kor.

Kita sekarang cuba mempromosikan buah ini kepada seluruh rakyat Malaysia bukan hanya kerana rasanya yang enak, tetapi juga sangat berkhasiat. Tidak hairanlah harganya mahal.

Bagaimanapun, kita sekarang cuba menggalakkan lebih ramai orang di negara ini menanam buah naga dengan menawarkan insentif menarik, termasuk menjual pokok pada harga murah dan jaminan pembelian semula buah daripada petani, katanya.

Leong berkata, kelebihan pokok buah naga ialah ia tahan lasak, termasuk tahan serangan serangga, berikutan ia spesies pokok kaktus, menyebabkan racun serangga tidak perlu digunakan ketika penanaman.

Seperti kita sedia maklum, bahan makanan yang bebas daripada penggunaan racun serangga adalah yang terbaik untuk kesihatan, katanya.

*Credits to Berita Harian Online dalam Buah Naga Merah banyak Khasiat

Related posts:

  1. Banyak-banyak Syukur Alhamdulillah Pertama sekali, aku nak ucap terima kasih yang tidak terhingga...
  2. Mantan Bumper dan Ros Merah Alkisah. Macam ni rupa BabyBlack bila kena hentam haritu. Tayar...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

subscribe to comments RSS

Comments are closed

  1. nashrex says:

    kalau ada tnah..
    tanam buah naga ni bagus..
    sbb iklim kita aaa paling sesuai untuk tanam..
    permintaan tinggi di luar negara..
    sbb tu mahal kat sini

    :: aku x pnah makan pun.. ngeri tgk bentuk dia.. haha ::

  2. iejal says:

    aku suka makan buah ni, tapi sikit jelah… dalam sebelah je. Lagi sebelah biasanya aku akan bagi pada mak aku. Sebab buah ni kalau makan bebanyak, rasa lain macam… uwek!

  3. ikoko says:

    aiyo.. buah naga ni sangat sedap la wei~ best giler.. korang ni.. serious.. macam rasa buah kiwi.. :)

  4. Norehan Ashaari says:

    Saya ada tanah dan ingin mencuba tanam pokok naga tapi tak tahu bagaimana cara menanammya. Adakah caranya macam tanam pokok-pokok buah-buahan yang lain. adakah ianya memounyai baja tersendiri

  5. ikoko says:

    Awak boleh tengok info terkini di blog saya ini, di Cara Penanaman Buah Naga

  6. joimanjoi says:

    Akum…..tul 2 buah ni memang terbukti kaya dengan zat vitamin. Saya salah seorang pengusaha produk jelly kelapa dgn buah naga… Alhamdulilah produk saya mendapat sambutan yang tinggi daripada pelajar sekolah. Harga yang saya jual semurah 50 sen mampu dibeli oleh semua golongan masyarakat …kalu nak tempah untuk pelbagai majlis saya mengalu-alukan… atas dari 200 cup saya hantar percuma dan satu cup hanya 40 sen (PROMOSI) saiz cup sebesar cup dadih yang tuan/puan tengok kat pasar malam 2… saya juga sedang mencari agent yang berminat untuk memasarkan produk jelly keapa dan dragon fruit:)

  7. leily says:

    kalau sesiapa berminat untuk menanam pokok ni, di jabatan kami pun ada menjual benih keratan pokok naga@pitaya@dragon fruit ni

  8. zairul says:

    [quote comment="23550"]kalau sesiapa berminat untuk menanam pokok ni, di jabatan kami pun ada menjual benih keratan pokok naga@pitaya@dragon fruit ni[/quote]

    Mcm mana nak dihubungi? Saya boleh dihubungi di 014-2309883.

  9. leily says:

    email me 4 futher info..

  10. leily says:

    email me 4 [quote comment="24411"]email me 4 futher info..[/quote]
    futher info..
    leily8480@yahoo.com

  11. Rosina says:

    kami ada membekalkan produk sabun dan teh yang diperbuat dari buah naga.

  12. ashraf says:

    sesaper nak beli baja pokok naga bleh contact no nie..0126254555

  13. akmal says:

    Assalamualaikum,
    Berminat gak nak tanam pokok buah naga ni, pasaran ok tak?
    Takut gak, tanam banyak2 pastu tak terjual…

  14. nizam says:

    a’kum…
    boleh bagi alamat untuk beli benih pokok naga ni x?

  15. asyraf says:

    sedap dimakan sekali lagi

  16. zalikha says:

    ya la buah naga nie memang banyak khasiatnya.tapi rasanya macam buah kiwi kan?

  17. ikoko says:

    ha ah.. rasa macam buah kiwi.. sejak kenal buah dragon ni, saya dah lama tak rasa buah kiwi sebab buah kiwi jauh lebih mahal.

  18. ANGAKASONE says:

    [quote comment="25201"]ya la buah naga nie memang banyak khasiatnya.tapi rasanya macam buah kiwi kan?[/quote]
    RASA MACAM BUAH NAGA HA HA HA

  19. ANGAKASONE says:

    [quote comment="25201"]ya la buah naga nie memang banyak khasiatnya.tapi rasanya macam buah kiwi kan?[/quote]
    RASA MACAM BUAH NAGA HA HA HA

    SAPA2 DOK AREA ALOQ STAQ BOLEH BELI BENIH DENGAN SAYA 1 BATANG RM5-00 SJ

  20. ila says:

    Buah naga ni elok ke dimakan bagi wanita yang sedang hamil?? Dan ada kebaikannya ke??

  21. umie says:

    [quote comment="25006"]sedap dimakan sekali lagi[/quote]

    percaya x kalau aku leh mkn buah naga yng gred AAA sebiji sorang sambil aku chating hhuhuhuhuhu
    sedap ooooooooooo
    aku dapat bekalan buah segar dari kawan aku kat tmpt keje dgn harga sekilo rm7
    puas hati aku mkn
    hahahaha

  22. mira says:

    ape khasiatnya???ape buah nage ni diklonkan ke??????
    mira

  23. umar says:

    aku pada mulanya tak berapa suka sgt dgn buah naga ni tapi setelah aku mendapati khasiatnya aku mula mencuba.setelah mencuba 2 biji mlm tu ..pada esok paginya aku nak terkucil tiba2 aku lihat air kencing aku mcm darah, terkejut juga aku ..teringat balik aku , aku dah makan buah naga semlm..so sekarang buah naga dpt memproses sistem dalam dgn berkesan ..Jadi hari2 aku makan buah naga sebagai pencuci mulut..Power laa buah ni …Buah naga kata kan ..hahahaha

  24. agus rhoma says:

    Salam Sukses untuk petani Indonesia.Saat ini, saya telah
    membudidayakan buah naga jenis super red dengan populasi sekitar 3200 pohon.lokasi kebun saya diMalang Jatim.
    Dan memiliki persediaan bibit 15000 pohon dengan ukuran 30cm-120cm..Saya ingin budidaya buah naga merah ini di daerah Bandung atau Jabar.Apabila ada rekan yang berminat untuk investasi di buah naga merah,bisa hubungi saya di 081805028933 atau 022-76000123.email : sundayn16ht@yahoo.com
    Website : http://dragononmalang.blog.friendster.com/
    Dengan pola yaitu:Saya menyediakan bibit, tenaga pengolahan, dan manajemen budidaya dan anda sebagai penyedia lahan, modal (sktr 75 jt / ha tanah ), dan manajemen keuangan.
    Dengan bagi hasil dapat di negosiasikan.
    Kami menyediakan bibit buah naga. Stok kami saat ini sekitar 15rb pohon :
    * Ukuran 15cm-25cm –>hrg Rp. 10.000/phn(daging merah
    * Ukuran 25cm-50cm –>hrg Rp. 20.000/phn(daging merah)
    * Ukuran 50cm-80cm –>hrg Rp. 30.000/phn(daging merah)
    * Ukuran 80cm-120cm –>hrg Rp. 50.500/phn(daging merah)\

  25. meera says:

    emel kmu ape???kmu berminat ke dgn buah naga ni

  26. umar says:

    Hye semua…aku nak berkongsi dgn korang…baru-baru ini wife aku d sahkan terkena breast canser so dia dah buat operation kemudian nak buat kemotrapi..aku nak tahu selain dari buah naga ni buah apa lagi yg baik untuk mencegah sel kanser ? aku harap korang dpt bantu aku .

  27. lissa says:

    dragon fruit ni sedap actually….die x rse ape pown…..

  28. Yayuk widiastuti says:

    Mohon informasi :
    1. bagaimana kalau buah naga dikonsumsi oleh bayi usia 5-10 bulan
    misalnya dengan cara di juice atau mungkin dengan cara lain. Kemudian apakah baik bila dikonsumsi setiap hari untuk bayi.
    2. bagaimana kalau dikonsumsi untuk orang dewasa 50 th menderita hipertensi, diabet, jantung, batu ginjal. Bagaimana cara mengkonsumsinya.
    3. Terima kasih semoga informasi yang dibrikan bermanfaat & berkhasiat untuk kel. kami.

  29. NADIA says:

    paling sdap skali dragon fruit yg warna merah.

  30. Misz says:

    salam……buah naga nie memang sedap..ia boleh membuat hati saya tenang..kalau nak,oder je kat saya…..

  31. Misz says:

    salam…..buah naga nie memang sedap dan mengandungi banyak khasiat..tapi saya tak tau cam ne nak bagi dia tahan lame…caz,,saya beli selalu je cepat busuk…cam ne yek?????

  32. badut says:

    salam……asal mahal sangat?

  33. ejah says:

    Asalamualaikum, boleh bagi cadangan tntg idea pemasaran buah naga????

Bless is powered by WordPress and FREEmium Theme.
developed by Dariusz Siedlecki and brought to you by FreebiesDock.com