Rehat Minda 0
Cuti sebulan diberi. Aku perlu rehat secukupnya. Magazine semua dah bertimbun beli. Tinggal nak baca je. Rasa macam nak minta mak je yang bacakan, dan aku tidur di sisi mak. Aiyo.. tengok tengok… kan dah.. adegan menyentuh kalbu lagi…
Aku takde plan apa pun cuti ni. Kalau diikutkan, 3 Disember ni aku ngan bebudak SMK Tun Aminah akan buat reunion kat Genting Resort. Tapi disebabkan tahap kesihatan aku yang belum pulih sepenuhnya, aku tarik diri. Maaf Mied, maaf Ela. Korang tolong handle kan ye.. aku minta maaf sangat-sangat.
Oh ye.. citer pasal magazine. Magazine Gempak, pada pandangan aku yang kian kabur ni, ia berteraskan Lawak Urban. Nasihat yang diorang bagi kat ruangan “penyelesaian masalah” tu memang aku akan ikuti. Kadang-kadang aku sambil menasihati diri sendiri juga. Dan isi-isi pada kartunnya lebih kepada hayalan dan percintaan. Sebab tu aku pilih APO? sebegai pemenang AWARD dalam hati ni. Magazine atau komik APO? lebih mengisahkan tentang kehidupan sebenar kita. Suatu alam realiti yang mungkin pernah dilalui oleh mereka. Aku suka dengan semua lukisan yang dilukis oleh kartunis Sireh. Kadang-kadang tak perasan air mata terkeluar, dan kadang-kadang tak perasan aku rasa bersemangat untuk TABAHKAN hati, kuatkan diri dalam melayari dunia “study”. Dunia kehidupan. Yang kita tak pasti hujungnya bila.
Wallahu a’laaam..
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Tags: Emotion
suatu ketika dulu aku pun suke jugak baca gempak. tapi setelah sampai episod yang ke-100, aku stop. saje je stop. he3. nak gunekan duit untuk tempat lain pulak. hu3.
jap aku teka.. gempak kluar dua kali sebulan. ko nak beli TOP UP RM10 ek? Pastu call awek ko ek? ahahaha :))
hak3. ei…isu 100 tu dah lama lepas dah la. hik3. apa da…
tapi.. cam betul je kan.. aku nye tekaan..
kan kan?
huhu~