Dalam kita melangkah..terkadang diuji dengan ujian yg terasa berat ..hingga kita terduduk dan menangis..peritnya terasa tetapi ketahuilah dan renungilah kembali ke diri kerana..mungkin air mata tika itu hadir..kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yg tersasar…semoga kita tabah dan ditetapkan iman..
Setiap kali nak start kuliah, selalu je mimpi camni. Malam tadi mimpi kuliah dah start, konon-konon rajin.. habis kuliah terus buat revision kat dewan kuliah tu jugak. Lol~
Pastu semenjak dua tiga menjak ni, selalu je mimpi dah ada kat tempat pengajian. :p Bangun je terus pening-pening. Adoi la.. Lagi takmau ingat, lagi mimpi..
ikoko: Bleh tak kalau nak panjangkan lagi cuti? ;;) Mustahil.
Ini adalah rentetan kisah benar seorang yang bernama Brooke Ellison.
Menceritakan tentang seorang perempuan yang lumpuh satu badan akibat kemalangan yang berlaku padanya semasa dia dalam usia kanak-kanak. Seorang ibu dan bapa serta adik beradiknya yang lain, tidak putus-putus memberi galakkan padanya walaupun banyak halangan. Brooke tidak pernah kenal erti putus asa. Ibu dan ayahnya juga tidak mudah mengalah dalam usaha mereka untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak atasan sekolah agar anaknya boleh meneruskan persekolahan.
Brooke berjaya dapat tawaran ke Harvard malah jadi pelajar contoh di sana. Tak terkecuali dia juga mengalami alam kecewa bercinta, namun dia kuat sangat. Semangat dia kuat. Ijazah juga berjaya disandang setelah empat tahun belajar di Harvard University.
ikoko: Lagi berapa hari je nak naik kuliah. Kena kuat semangat.
Sesiapa yang memang kaki kartun seperti kartun The Simpsons(170 episodes), Batman, Astro Boy, X-Men, etc. Bleh la pi kat URL bawah ni. Semua cartoon adalah dari YouTube (kalau tak silap aku la.. setakat yang aku belek). Kira nanti korang tengok streaming ar..
“Hujan berterusan dijangka turun sehingga Jumaat ini berikutan pergerakan Angin Monsun Timur Laut yang membawa taburan hujan ke tengah negeri Johor. Fenomena ini agak luar biasa dengan bermula dari Johor yang sepatutnya melanda utara pantai timur terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita di Bilik Gerakan Banjir, Ibu Pejabat Polis Johor di sini hari Selasa.
Abdul Ghani berkata hujan “luar biasa” itu merupakan fenomena sekali dalam 100 tahun dan pergerakan angin setakat ini menunjukkan tanda-tanda untuk bergerak naik ke Pantai Timur Semenanjung.
Member aku, Lydia, yang cakap pasal perkara ni, dia rajin tengok berita. Tu pun nasib la aku terbuka hati nak call dia, berbual itu dan ini dengan dia malam tu.
Aku tak pasti sejak bila torrentmalaya bertukar wajah. Mungkin aku yang memang dah lama tak belek torrentmalaya, sampaikan taktahu langsung perubahan besar pada torrentmalaya. Heh.
Apapun, suka dengan perubahan drastik ini. Banyak artikel pengisian jiwa.
ikoko: Tiada access untuk download pun takpelah. Dapat baca artikel pun dah cukup ok.
ikoko: Bakal ada dua jalan yang perlu ditempuhi. Satu tak pasti, satu lagi memang pasti. Harap mana-mana jalan pun yang kita pilih, kita dapat laluinya dengan tabah, cekal, sabar, tenang dan tenteram.