Sayang.. 0
Love-A Story by ~TheHeroine on deviantART
Sayangi diri sendiri, sebelum sayang orang lain…
Dah 3 orang cakap ngan aku macam ni.
Susah sangat ke nak berubah?
Kenapa liat sangat nak berubah?
Wahai diriku..
Masih ada lagi masa untuk berubah..
Jangan tangguh lagi, please..
Esok, KO-Kurikulum ada macam biasa. Aku pilih KO-Multimedia. KO yang sangat berat pada kami yang baru berjinak dalam dunia Flash. Kami diajar cara-cara guna Macromedia FLASH MX. Kalau nak hadiri kelas bikin-bikin flash kat luar sana, mesti mahal, kan? Takpelah. Sanggup join KO-Multimedia walau tau ia adalah antara KO yang sangat berat. Kak Noor, Sue, Djah join skali.
Untuk Tugasan Final KO-Multimedia, kami diminta buat satu COURSEWARE. Kitorang fikir yang biasa-biasa je. Disebabkan kami bertiga belajar dalam jurusan Pendidikan Sekolah Rendah, kami pilih subjek Science, Year 1. Animal’s Sound and Food. Mula-mula dah nak kena reject dah. Huu~ Tapi Cik Masya cakap, disebabkan takde lagi orang buat pasal “Sound”, dia lepaskan gaks.
Alhamdulillah.. Allah mudahkan kerja kitorang… Tapi, aiyo.. gua sangat belum nampak, macamana nak kaitkan bahan yang kitorang nak buat dengan apa yang kitorang dah belajar… huwaaa :((
Stop cakap pasal KO-K. Sekarang nak citer pasal dokumentari pulek. Aku hampir ketandusan idea untuk buat montaj. Ntah apa-apa je yang aku dah buat tu. Sekarang dalam pembikinan editing video untuk isi-isi dokumentari. Kami buat dokumentari pasal tomato. Ntah apa la yang kitorang nak isi. Ya Allah, permudahkanlah tugasan kami.. Bahan-bahan untuk dijadikan majalah tentang TOMATO dah pun siap. tinggal nak edit sket-sket wajah dalam majalah tu sebelum kitorang hantar ke syarikat percetakan. Ni projek untuk 6 orang. Satu kelas ada lebih kurang 9 group.
Apa lagi ye.. adoi la.. sorry eh.. mesti boring,kan.. citer pasal assignment je nieh. Memang itu yang sedang menghimpit aku sekarang ni. Ngan kemalasan aku tahap maksima sem ni, masya-Allah.. Rasa macam nak tampar-tampar je diri sendiri. Shh.. sabar ina, sabar.. baca Al-Quran banyak-banyak.. erm..
Nak tambah lagi, dalam 3 minggu lagi, kitorang kena buat presentation tentang Kesihatan Kanak-kanak (Pemakanan). Lebih kurang macam MICRO-TEACHING. Buat kat kelas. By group. Untuk individual pula, kena buat sendiri modul. Aku kena buat modul tentang KARBOHIDRAT.
B. Melayu Tugasan 2, pun dah nak kena hantar minggu depan.
Oh yer, minggu depan ada dua test.
Isnin, Communicative English Test 2 (grammar).
Selasa, Pemikiran Kreatif dan Inovatif.
Dua-dua aku belum study lagi. Yosh~~ Bagus kan?? Tepuk-tepuk!! Padahal harini satu hari free.. huwaaaa~ aku dah bazirkan satu hari dengan tidur~makan~basuh baju~mentenet!! Sangat kejam~!
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Tags: Emotion
flash? hmmm good. tak berat rasanya. It’s fun to learn flash. It’s about creativity. Nanti boleh letak flash dalam ni.. hehe. :d
alerhai.. tapi nape la diri ni cam susah sgt nak belajo flash ni.. wargh..
flash?ok kot..pastu guna flashcapture…rembat orang punya pastu edit..jgn lupa credit to owner.
KO..K.O la yerk
Salams
Can you please review and link up this site here please?!
Jazakallah.
Ina.. sem ni pun ambik Animasi, grafik, audio dan video untuk 3 jam kredit… berasap juga buat esimen tu.. esimen video tak start pe2 lagi nie.. huh~:((
[quote comment="14448"]Ina.. sem ni pun ambik Animasi, grafik, audio dan video untuk 3 jam kredit… berasap juga buat esimen tu.. esimen video tak start pe2 lagi nie.. huh~:(([/quote]
tu la kan.. tapi skarang ni kompom dah siap kan? dah nak final ni.. bila final nyer incik rasso?
[quote comment="12788"]flash?ok kot..pastu guna flashcapture…rembat orang punya pastu edit..jgn lupa credit to owner.
KO..K.O la yerk[/quote]
hokeh ko cakap? aiyo.. ntah.. rasa cam susah ajerk~
[quote comment="12555"]flash? hmmm good. tak berat rasanya. It’s fun to learn flash. It’s about creativity. Nanti boleh letak flash dalam ni.. hehe. :d[/quote]
hoho.. rasa macam takmau terlibat lagi ngan bab flash nieh.. tapi nak kena asah jugak lagi, nak kena explore lagi, sebab sem 6 atau sem 7 nanti kena buat lagi untuk subject bidang tumpuan.. gulp~
Yup.. sudah usai untuk projek tu.. esimen laen yang tak usai lagi.. perlu modifikasi sana sini.. uwawaa…
2 hari diserang demam panas mengejut.. duhhhh…. :((