Article written

  • on 23.05.2007
  • at 02:29 AM
  • by ikoko

Kosong Menghimpit Rasa 0

May23

23.. aku pasti, belum sampai ke angka itu lagi..

22..Diri ini masih lagi dibelenggu sesuatu. Rasa seperti terhimpit. Tiada tindakan dilakukan, malah hari-hari berlalu dibiarkan kosong, tanpa sebarang perubahan, malah lebih ke arah menyeksa diri..

Mana hilangnya semua keyakinan diri itu..
Mana hilangnya semua semangat itu..
..diriku tak boleh terus begini.. perjalanan masih jauh..

Allah tak akan ubah nasib hambaNYA melainkan dia sendiri yang mengubahnya..

Perkataan ini bermain di fikiranku..

Esok.. wahai blog kesayanganku.. aku takmau lagi merintih macam ni.. ada banyak perkara di luar sana yang boleh membuatkan aku bersemangat, kuat jatidiri.. gembira..

Aku ingin lakukan semua perkara yang menggembirakan esok..
Tanpa rasa teragak-agak..

Wahai “MURUNG” yang menguasai diri, pergi kau jauh ke sana.
Jangan kembali lagi..

Kerana..
Aku masih ingin hidup..

ikoko: Maaf semua.. suasana blog ini kelihatan suram dan kosong.. salah aku juga kerana tidak hiaskan dengan pelbagai warna-warni kehidupan yang aku boleh cipta sendiri (dengan kemahuanku). Logikkah jika kukatakan, diri ini sudah lama terbiar?

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags:

subscribe to comments RSS

There are no comments for this post

  1. Fahmishah says:

    blog ini walaupun suram dan kosong tp ramai pelawat .

  2. ikoko says:

    .. saya harap saya boleh menggembirakan pelawat-pelawat.. :( ..

    tapi nampaknya saya masih belum mampu..

Please, feel free to post your own comment

* these are required fields

Bless is powered by WordPress and FREEmium Theme.
developed by Dariusz Siedlecki and brought to you by FreebiesDock.com