Article written

  • on 12.07.2007
  • at 01:53 AM
  • by ikoko

Marah? 0

Jul12

dscn3641.jpg

Terasa lama benar tidak mempunyai perasaan itu. Malah boleh dikatakan hilang terus. Bila terlampau marah, diri ini akan diam dan membatu. Tanpa berkata walau sepatah.

Hampir tujuh bulan rasanya perasaan marah itu tidak dilayan. Pernah bertanya pada mak, perasaan tu hilang terus dalam diri ini. Sampaikan tiada ketegasan dalam diri, rasa seperti tak lengkap pula diri ini, sebab pada dasarnya, memang aku seorang yang emosi, pemarah dan baran orangnya. Tapi semua tu menyebabkan aku dapat mentadbir diri dengan baik. Itu kata suara hatiku.

Namun, lain pula pendapat mak. “Ina.. sebenarnya… itulah kesabaran…” .. hah? Biar betul mak ni. Kesabaran sampai diri aku sendiri tak dapat ditadbir dengan baik.

….. Siapalah aku jika dibandingkan dengan pengalaman seorang ibu yang sudah 61tahun hidup di dunia ni… Jadi aku akur.. mungkin bukan sebab “tiada perasaan marah” aku jadi begini, mungkin sebab lain dan aku perlu berfikir, takluk pemikiran sendiri. Jalan penyelesaian itu ada, mungkin aku belum jumpa dan kena usaha kuat untuk cari jalan penyelesaian itu.

p/s: Korang perasan tak.. bila kita marah.. muka kita akan jadi panas.. kadang-kadang merah.. masa ni, cepat-cepatlah ambil wudhu` … :) supaya cool down sikit, atau hilang terus rasa nak marah tu.

Sebenarnya, malam ini, aku kena buat keputusan sama ada teruskan dengan Bidang Tumpuan Bahasa Melayu yang aku sudah hadiri kelasnya itu, ataupun tukar kepada Bidang Tumpuan Matematik. Keputusan perlu dibuat segera kerana pukul 10.00a.m nanti perlu uruskan hal pertukaran Bidang Tumpuan ini dengan Su.

Banyak perkara baru yang perlu aku pelajari dan tekankan bila meneruskan Bidang Tumpuan Bahasa Melayu. Memang mungkin ramai yang berpendapat, apalah sangat Bahasa Melayu untuk pelajar Sekolah Rendah. A, B, C.. mengeja, dan penulisan karangan Bahasa Melayu yang bernada ringan. Aku tak nafikan perkara ini. Tapi soalnya, diri aku untuk menempuh pembelajaran untuk Subjek-subjek Bidang Tumpuan Bahasa Melayu ini. Jika aku teruskan Bidang Tumpuan Bahasa Melayu ini, aku kena memujuk diri untuk CINTAKAN BUKU.. Jadikan perpustakaan, tempat melepak. Seperti yang selalu dilakukan oleh Lila yang otai dalam penulisan bahasa Inggeris itu.

Jika aku memilih untuk bertukar bidang tumpuan pula, iaitu Matematik, memang itu kegemaranku. Namun untuk mengajarkannya pada murid-murid nanti adalah lebih berganda sukarnya. Itu menurut ibuku. Sedangkan ibu mengajar Matematik dalam Bahasa Melayu pada suatu masa dahulu (30 tahun yang lalu) pun sukar untuk membuatkan anak murid faham, apatah lagi Matematik dalam Bahasa Inggeris. Ibu bertanya padaku, mampukah aku lakukan itu semua. Ibu ada cakap lagi, tak semestinya kita minat sesuatu bidang tu, kita arif dalam mengajarnya. Aku terkedu dan tak mampu membangkang. Ada benarnya kata ibu itu. Lidah ibu lain. Tak sama macam lidah kita semua. Lidah ibu makbul, masin serta sedap didengar (mudah diterima). Tambahan pula, ada sahaja perkara yang tidak enak berlaku jika kita ingkar pada kata-katanya. Ada hikmah tu. Aku pasti.

….. Keputusan terakhir, mungkin aku akan teruskan dalam Bidang Bahasa Melayu. Tentang Matematik, aku tangguhkan dulu. Mungkin di lain hari, ataupun anak-anak aku sendiri nanti akan merealisasikannya. :) Kalau tak aku yang teruskan bidang Matematik, aku harap, ada generasiku akan datang mendalaminya.

ikoko: To encik anasxz, bersama kita menegakkan penggunaan Bahasa Melayu~! Yeargh~!!! ** Kena banyak belajar dari incik Rasso sebab dia rajin buat penulisan yang teratur. Tak kurang juga Mohdismail dan juga Chot. Sebenarnya banyak lagi blog-blog lain yang menggunakan penggunaan Bahasa Melayu yang baik.

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags:

subscribe to comments RSS

There are no comments for this post

  1. Kamu pun apa kurangnya.
    Apapun, moga kamu berjaya apa jua bidang yang kamu ceburi.

    :d

  2. anasxz says:

    - Apa-apa keputusan boleh dibuat sendiri, tetapi untuk lebih baik cuba minta pandangan dari mereka yang berpengalaman.

    - Saya berkehendak dan ingin untuk menulis dalam banyak bahasa. Namun, setakat ini hanya bisa menulis dalam Bahasa Melayu. Oleh itu saya menulis dengan seadanya, dengan kadar masa yang sedikit saya peruntukkan dan tidak mengambil masa terlalu lama untuk menulis.

  3. ikoko says:

    [quote comment="22931"]- Apa-apa keputusan boleh dibuat sendiri, tetapi untuk lebih baik cuba minta pandangan dari mereka yang berpengalaman.

    - Saya berkehendak dan ingin untuk menulis dalam banyak bahasa. Namun, setakat ini hanya bisa menulis dalam Bahasa Melayu. Oleh itu saya menulis dengan seadanya, dengan kadar masa yang sedikit saya peruntukkan dan tidak mengambil masa terlalu lama untuk menulis.[/quote]

    alhamdulillah.. keputusan saya dah dibuat.. :) saya memilih untuk teruskan bidang Bahasa Melayu..

    [quote comment="22924"]Kamu pun apa kurangnya.
    Apapun, moga kamu berjaya apa jua bidang yang kamu ceburi.

    :d[/quote]
    thanks rasso.. :)

  4. xmindfreakx says:

    Marah?
    itukan satu sifat yang Allah berikan kepada hamba-Nya..
    betol la cakap mak ina tuh…Marah itu pun satu kesabaran..Kesabaran hati kita untuk menangani kemarahan itu..Kita marah,adakah kita sabar dengan kemarahan itu??

    Success with ur choices:d

  5. ikoko says:

    incik azam, maksud incik. tahan dari marah itu satu kesabaran ke?

    thanks.. :) saya harap saya berjaya dengan pilihan bidang tumpuan ni. :)

  6. SAMA says:

    Salam Ikoko…well, I thought it’s Bahasa Malaysia? Baru ditukar kebahasa melayu is it?

    I bet it’s pretty the same…correct me if I’m wrong…

  7. ikoko says:

    Tak pasti tahun bila ia ditukar dari Bahasa Malaysia ke Bahasa Melayu..

  8. lila says:

    otaikah saya dlm bidang penulisan inggeris???
    heh;))
    aaa…lariii..ulat buku kejar!!~

  9. ikoko says:

    ye.. kamu memang otai. meh.. pasang batch kat bahu.. letak pangkat “otai”

  10. xmindfreakx says:

    tahan marah itu satu kesabaran…bila kita marah,kita kena tahan marah itu..jangan sampai mencetuskan impaks yang besar..dan bila kita menahan kemarahan itu,kita kena sabar dalam mengawal agar kita tak terlepas marah itu..senang citer.

    kita kena sabar bila kita hendak marah.amk wudhu’..agar jiwa tenang..agar hati sabar.itu pendapat aku jer

  11. ikoko says:

    .. yap.. aku kena belajar tahan marah lagi.. sebab kat rumah aku tak dapat tampung kemarahan aku..

    erm..thanks azam, sebab nasihatkan.. :) bleh share dengan yang lain-lain juga ni.. :)

Please, feel free to post your own comment

* these are required fields

Bless is powered by WordPress and FREEmium Theme.
developed by Dariusz Siedlecki and brought to you by FreebiesDock.com