Archive August 2007

Pacmee.com 0

Aug24

pacmee

Pernah dengar tentang Twitter? Aku pernah buat review pasal twitter dulu. Tajuk entry tu, Twitter & Dating 8.00pm.

Pacmee.com ni lebih kurang macam Twitter.

Ciri-ciri Pacmee.com, dia sangat cantik.. :P

Bukan ler.. camni… Pacmee akan charge RM0.50 untuk 10 messages. Tak kira korang send shout korang tu melalui web Pacmee tersebut atau SMS. Setiap kali korang buat shout, korang akan dapat message “balance credit shout”.

Contoh:
Korang send “Saya rasa nak demam lah~” melalui SMS. Masa ni, korang masih ada 10 credit untuk SMS.
Kemudian, korang akan dapat satu sms, mengatakan yang korang masih ada 9 credit untuk SMS.

Setiap bulan, korang akan dikenakan bayaran RM0.50. Dia akan tolak secara auto.

Contoh Shoutout:
http://paanMFR.pacmee.com

Oh yer, korang juga boleh paparkan Myshoutout korang ni di merata tempat. Kat blog korang ke, kat friendster ke, myspace ke..

Sekian. Selamat menggunakan Pacmee. :)

**Ia dicipta oleh warga Malaysia. :) masih level BETA. Harap ada improvement dari hari ke hari.

***credits to incik paanMFR.

Tags: ,

the LIMA barang 0

Aug23

Dah lama tak menjawab tag. Ni Sang Emtpyspace telah menge”Tag” saya dengan sesukahatinya.

5 things found in my bag

* Wallet
* Digital Camera
* MP3 Player
* Umbrella
* Pen (Black in Colour)

5 things found in my wallet

* Money
* Sampah-sampah segala Receipt(tatau biler nak keluarkan :P )
* ATM Card, Avon Member Card
* Gambar Mak, Abah, Aku, Dia, dan kengkawan masa kat UiTM Segamat dulu..
* Coins

5 favorite things in my room

* A picture of me yang masih kurus kedengking (dapat gelaran cicak koben masa tu) sedang celebrate birthday dengan my lovely family.
* Lotion nyam-nyam (sekarang guna brand Vaseline) = bleh dikira favourite things ke? tibai je lah.
* Laptop :P
* Al-Quran
* Novel yang berlambak (pinjam dia), beberapa buku motivasi, dan majalah (lubuk pembacaan). meh meh sila membaca di bilik saya meh.

5 things i’ve always wanted to do

* Buying a car.
* Beli HS yang bleh sumbat memory card. (Tunggu hs yang ada ni kiok dulu)
* Banyakkan membaca
* Fokus pada study
* Explore Adobe Photoshop sampai bleh jadi tahap otai~! (tapi belum start usaha lagi. huh~!)

5 things im currently into

* Blogging – own a hosting and domain.
* Torrent (Everybody Loves Raymond).
* Baca novel yang ditulis oleh sasterawan negara.
* Learning English
* Siapkan segala assignment.

5 people im going to tag

* Nashrex
* Lila
* Fath
* Anasxz
* Obito

Oraits.. apa lagik.. sesiapa yang berkenaan, jalankanlah tanggungjawab anda sebagai rakan blogger. :P

Tags:

Cara Menangani Stress 79

Aug23

Menurut Smartz, ada tiga cara untuk menangani Stress.

1. Tenangkan diri dengan tarik nafas dalam-dalam, dan bayangkan udara memenuhi paru-paru kita secara berperingkat-peringkat.

Cuba anda bayangkan anda sedang berada di atas pentas berhadapan dengan ramai orang. Apa yang anda rasa, tentu anda merasa stres dan gemuruh bukan. Degupan jantung anda pula berdegup dengan kencangnya dan nafas anda pula pendek. Bagi mengatasi masalah tersebut, gunakan lah teknik pernafasan untuk mengurangkan perasaan stres anda. Gambarkan paru-paru anda di bahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian bawah, pertengahan dan atas. Tutup mata dan bayangkan anda mengisi bahagian bawah paru-paru anda, bayangkan bahagian pertengahan paru-paru pula di isi. Kemudian bayangkan bahagian terakhir iaitu bahagian atas paru-paru anda pula di isi dengan udara. Sekarang agak-agaknya apa yang berlaku kepada anda di atas pentas. Anda tentunya akan merasa lebih tenang kerana bila udara memenuhi ruang pernafasan anda, jantung akan dapat berfungsi dengan lebih baik kerana mendapat udara yang cukup.
(Smartz di artikelnya Tangani Stress Anda)

2. Membuat perancangan bagi setiap tugasan kita. Dahulukan mana yang utama.

3. Uji tahap tumpuan kita. Sama ada kita dapat fokus atau tak dengan satu-satu kerja. Kaji solat kita. Sebab solat berkait rapat dengan kehidupan kita sehari-hari.

Satu lagi teknik yang baik ialah teknik meningkatkan tumpuan. Cuba anda buatkan beberapa gumpalan kertas yang kecil. Dalam jarak tertentu cuba baling dan masukkan gumpalan kertas tersebut ke dalam gelas. Masuk tak, kalau masuk maknanya anda berjaya memberi tumpuan dan otak anda telah mengarahkan tangan anda untuk fokus kepada sasaran yang dikehendaki. Kalau tak berjaya, bagaimana agaknya solat kita? Kalau tidak berjaya sebenarnya dalam solat juga kemungkinan kita tak dapat memberikan tumpuan dan fokus yang sepatutnya. Itu adalah petanda yang kita perlu semak semula solat kita. Ingatlah “Dengan Mengingati Allah Hati Akan Menjadi Tenang”. Fikir-fikirlah.
(Smartz di artikelnya Tangani Stress Anda)

Pilihlah mana satu cara yang berkenan di hati atau buat ketiga-tiga sekaligus. Sekarang sudah masuk minggu ke 7 kuliah bagi rata-rata institusi pengajian tinggi. Mungkin kamu semua perlukan tips ini. :)

Good luck and all the best~!

Tags: ,

Jom-join RUMPUN '07 0

Aug22

poster.jpg

Laman Web Rasmi

http://www.happypeoplemedia.com/rumpun/

Tarikh: 25 Ogos 2007
Masa: 5.00 petang
Lokasi: Pelita Nasi Kandar, Jalan Ampang, KL

Hampir 40 orang perseorangan telah mendaftar & hampir 100 orang akan menyertai Rumpun 2007, anda?

Daftarkan kehadiran anda di
http://happypeoplemedia.com/rumpun/index.php?paged=2

Pownce User discussing about this matter
http://pownce.com/ikram_zidane/notes/529293/

Tags:

Mimpi dan Gigi 20

Aug18

pulling_teeth.jpg
Pulling Teeth by `cafezero

Tengok tajuk, dah tahu kan.. apa isi entry aku kalini.

Kalau 10 tahun dulu, sebelum pemergian Allahyarham abah, aku pernah mimpi gigi depan patah, berkecai dan hancur semuanya. Sebaris gigi depan. Sampaikan bila bangun daripada tidur, aku terus belek gigi di cermin yang digantung pada locker kayu tu. Masa tu masih belajar di SMAKJ.

Pagi tadi, aku mimpi.. dua batang gigi geraham sebelah kanan aku tercabut.. dalam mimpi tu aku tercari-cari akak aku, sebab nak bagitau gigi aku dah tercabut, minta dia repair. Tapi aku tak jumpa akak aku. Aih.. Tau-tau aku dah terjaga.

Sekarang aku masih ingat lagi mimpi pagi tadi, buat aku terfikir-fikir. Isk. Bermimpi gigi yang patah, selalu dijadikan petanda ada orang terdekat dengan kita akan “pergi”. Isk. Nauzubillahiminzaliiik.

Oh, aku buat entry gigi ni, rentetan cik Lila juga ada sebut-sebut tentang gigi di Alien yang Baik Hati, dan Cik Arasis pun ada sebut pasal kisah gigi juga di kami sebatang gigi. Ah. Mereka buat hentaman pada gigi, bukan bermimpi tentang gigi. :P

ikoko: ..aku rasa dah tiada peluang lagi untuk balik ke Johor .. Minggu depan, kena siapkan movie seram, dan kena bertungkus-lumus buat latihan dalam buku kerja Bimbingan dan Penasihatan (Hantar Minggu ke-8). Oh yer. Kami, pada semester ni, tiada cuti pertengahan semester seperti penuntut di tempat pengajian lain. 14 minggu kuliah berderet. Nasib baik lepas tu ada 3 minggu cuti (sebelum Final Exam). Dan cuti akhir semester kami, iaitu selepas Final Exam, ada dalam 5 minggu. Yeay~!

Tags:

Animator vs Animation 0

Aug17

Got this from friendster’s Bulletin.


Animator vs. Animation by *alanbecker on deviantART


Animator vs. Animation II by *alanbecker on deviantART

Tags:

Status YM 0

Aug10

:)) ni aku taktau adik aku nak marah ke, nak buat lawak ke apa.. :p

Seringkali kita lihat, macam-macam ayat yang ditulis pada status YM. Adikku adalah salah seorang di antaranya, yang rajin tulis status YM. Kadang-kadang aku tergelak sendiri tika membacanya. Ada-ada je ayat yang dia tulis.

Antaranya, “Aku telah jatuh cinta………………… ……………….. ……………..dengan diriku sendiri” .. :p

Tags:

Malu dan Sasterawan 0

Aug7

Sepanduk di luar pagar dibaca. Seperti pernah kukenal nama itu. Oh, Shahnon Ahmad. Lepas itu, dua tiga kali kupandang semula. Selama-lama ni apakah aku tak tahu yang S.N Profesor Emeritus Shahnon Ahmad rupanya memang tenaga pengajar di sini? Hahh?!!

Sabtu 3 minggu yang lalu, aku baru sahaja membelek-belek bukunya di MPH. Berkali-kali mengamati buku tersebut. Terasa ingin sangat membeli, tapi terpaksa menahan diri kerana poket hampir kering. Susunan bahasa boleh membuatkan orang suka untuk membacanya.

Lagi satu, Usman Awang. Baru pagi tadi aku habiskan baca cerpen yang ditulisnya. Ayatnya tidak terlampau puitis, namun amat menyentuh jiwa.

Orang tua itu menceritakan bahawa ia pernah ditanya oleh pengali kubur itu tentang tujuan hidup. Dari pertanyaan dan cerita penggali kubur itu tahulah ia bahawa erti kesenangan dan kebahagiaan hidup baginya ialah kepuasan jiwa dan kebebasan dirinya dari pengaruh wang. Ia sebenarnya perlu kepada wang tetapi tidak menjadikan dirinya itu hamba kepada wang.

“Wang tidak pernah memberikan kebebasan kepada manusia. Sebaliknya wang mengikat kehidupan manusia, mengongkongnya dan menundukkan manusia itu. Kita sahaja yang melihatnya susah dan miskin, tetapi sebenarnya ia senang dan kaya, bebas dalam hidup seadanya.”

ikoko: Baru nak menjinakkan diri dengan tulisan-tulisan orang lain.

Tags:

Baran Kembali 0

Aug7

dscn3748.jpg

Sejak dua tiga menjak ini, seringkali sifat itu bertandang dalam diriku semula. Entah kenapa. No. Bukan masalah perempuan itu (tetapi barangkali mungkin juga masalah perempuan). Ah. Memang perempuan makhluk yang emotional, kan?

Siapa jadi mangsa? Orang paling rapat denganku jadi mangsa. Padahal aku boleh sahaja anggap dia hanya mengingatkan aku tentang betapa banyak assignment yang perlu diselesaikan. Salah diri aku sendiri sebenarnya, tidak tungkus lumus membuat segala tugasan yang diberikan oleh lecturer sedari awal ia dimaklumkan di dalam kelas. Khayal ke apa aku semester ni? Kaki tak jejak tanah? Maaf kakak… :( Tak berniat pun nak moody-moody dengan kakak..

“Look… sekarang dah Minggu ke 5, Ina,” aku bermonolog lagi. Adik yang sebilik denganku semacam risau dengan diriku, sampaikan malam tadi, dia sanggup buatkan REMINDER NOTES. Kertas berwarna jingga dikerat-kerat menjadi beberapa keping nota comel. Ditanya satu persatu tugasan yang perlu disiapkan, dan tarikh hantar tugasan tersebut. Ya!! Dia sendiri yang menulis REMINDER NOTES itu untukku~! Yang terkumpul, adalah dalam 6 keping. What?? 6 Keping??? Then, Pap~~!! Pap~!! Pap~~!! Nah, tengok dinding hadapan meja tulisku. Rasa nak pengsan**! Ada lagi beberapa tugasan yang belum dinyatakan lagi sebenarnya. Itu baru tugasan untuk empat subjek. Hoh??!!

You feel like people are avoiding you, but you’re not sure why or unloved:
Make the effort to start talking to people again,show an interest in what they are doing.Try to re-establish dialogue in a neutral manner.Spend some time relaxing and pampering yourself and you will feel much better about things.Take the chance to strengthen your relationships with other friends.Remember what it is that people like about you.Be friendly and smile, maybe you have not been yourself recently.

Things haven’t gone your way at work, you’re frustrated:
Try holding fire,if you bide your time, you will probably end up getting what you want. Learn to forgive and forget, you will be stronger for it.
Sometimes starting afresh can be the right thing to do.Weigh up your options, and stick by your decision.

(Syah Noushy dalam Keep Smiling…)

Aku okey sebenarnya. Cuma mungkin akibat bertangguh kerja, atau membuat kerja dengan mengikut telunjuk mood menyebabkan aku jadi kalut dan kelam kabut. Lantaran itu, aku jadi angin satu badan sebab seperti bertimpa di kepala otak dengan segala kerja yang masih pendingni. Tak dapat terima kenyataan bila orang lain bertanyakan tentang setiap tugasan tersebut. Salah siapa? Ambil jari, tuding pada diri sendiri.

ikoko: Weekend ni, ada kelas ke, tiada kelas ke untuk subjek Bimbingan dan Penasihatan (Jumaat 3.00pm – 5.00pm), aku tetap taknak balik. Kena gagahkan diri. Tugasan ni, takkan nak biarkan ia “siap dengan sendirinya”, kan? Ikutkan hati memang nak je balik. Rindu sambal buatan tangan mak, argh.. sekarang, sambal hasil air tangan servant aku pun dah membuatkan aku rindu untuk pulang ke rumah. Tambahan ada sesuatu yang membuatkan aku sangat-sangat-sangat ingin pulang ke Negeri Johor. Shhh..

Tags:

Bless is powered by WordPress and FREEmium Theme.
developed by Dariusz Siedlecki and brought to you by FreebiesDock.com