Baran Kembali 0

Sejak dua tiga menjak ini, seringkali sifat itu bertandang dalam diriku semula. Entah kenapa. No. Bukan masalah perempuan itu (tetapi barangkali mungkin juga masalah perempuan). Ah. Memang perempuan makhluk yang emotional, kan?
Siapa jadi mangsa? Orang paling rapat denganku jadi mangsa. Padahal aku boleh sahaja anggap dia hanya mengingatkan aku tentang betapa banyak assignment yang perlu diselesaikan. Salah diri aku sendiri sebenarnya, tidak tungkus lumus membuat segala tugasan yang diberikan oleh lecturer sedari awal ia dimaklumkan di dalam kelas. Khayal ke apa aku semester ni? Kaki tak jejak tanah? Maaf kakak…
Tak berniat pun nak moody-moody dengan kakak..
“Look… sekarang dah Minggu ke 5, Ina,” aku bermonolog lagi. Adik yang sebilik denganku semacam risau dengan diriku, sampaikan malam tadi, dia sanggup buatkan REMINDER NOTES. Kertas berwarna jingga dikerat-kerat menjadi beberapa keping nota comel. Ditanya satu persatu tugasan yang perlu disiapkan, dan tarikh hantar tugasan tersebut. Ya!! Dia sendiri yang menulis REMINDER NOTES itu untukku~! Yang terkumpul, adalah dalam 6 keping. What?? 6 Keping??? Then, Pap~~!! Pap~!! Pap~~!! Nah, tengok dinding hadapan meja tulisku. Rasa nak pengsan**! Ada lagi beberapa tugasan yang belum dinyatakan lagi sebenarnya. Itu baru tugasan untuk empat subjek. Hoh??!!
You feel like people are avoiding you, but you’re not sure why or unloved:
Make the effort to start talking to people again,show an interest in what they are doing.Try to re-establish dialogue in a neutral manner.Spend some time relaxing and pampering yourself and you will feel much better about things.Take the chance to strengthen your relationships with other friends.Remember what it is that people like about you.Be friendly and smile, maybe you have not been yourself recently.Things haven’t gone your way at work, you’re frustrated:
Try holding fire,if you bide your time, you will probably end up getting what you want. Learn to forgive and forget, you will be stronger for it.
Sometimes starting afresh can be the right thing to do.Weigh up your options, and stick by your decision.(Syah Noushy dalam Keep Smiling…)
Aku okey sebenarnya. Cuma mungkin akibat bertangguh kerja, atau membuat kerja dengan mengikut telunjuk mood menyebabkan aku jadi kalut dan kelam kabut. Lantaran itu, aku jadi angin satu badan sebab seperti bertimpa di kepala otak dengan segala kerja yang masih pendingni. Tak dapat terima kenyataan bila orang lain bertanyakan tentang setiap tugasan tersebut. Salah siapa? Ambil jari, tuding pada diri sendiri.
ikoko: Weekend ni, ada kelas ke, tiada kelas ke untuk subjek Bimbingan dan Penasihatan (Jumaat 3.00pm – 5.00pm), aku tetap taknak balik. Kena gagahkan diri. Tugasan ni, takkan nak biarkan ia “siap dengan sendirinya”, kan? Ikutkan hati memang nak je balik. Rindu sambal buatan tangan mak, argh.. sekarang, sambal hasil air tangan servant aku pun dah membuatkan aku rindu untuk pulang ke rumah. Tambahan ada sesuatu yang membuatkan aku sangat-sangat-sangat ingin pulang ke Negeri Johor. Shhh..
Related posts:
- Kembali addicted to blog Kalau ada yang perasan, aku merungut-rungut nak masuk tidur pagi...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.






Huh! 6 keping! Banyak…
Ehem.. ehem.. Rindukan sape tu.
ada ler.. rahsia..
Alhamdulillah dapat member macam tu. selalunya pompuan punya style berkawan memang romantis, intim sangat2, sehingga lelaki pon jeles. laki payah nak dapat kawan baik macam tu..
rilex la, baran pon sat ja.. pastu mesti syukur ada org sayangkan kau.
[quote comment="23355"]Alhamdulillah dapat member macam tu. selalunya pompuan punya style berkawan memang romantis, intim sangat2, sehingga lelaki pon jeles. laki payah nak dapat kawan baik macam tu..
rilex la, baran pon sat ja.. pastu mesti syukur ada org sayangkan kau.[/quote]
(ini bukan pernyataan lesbian, tapi inilah hakikat persahabatan perempuan dengan perempuan. harap faham)
alhamdulillah.. saya bersyukur sangat-sangat.. sebab diberi banyak sangat perkara best-best sejak akhir-akhir ni..
pompun memang begini style nya.. kami memang unik. persahabatan antara kami juga unik. menjaga hati wanita, sama seperti seorang lelaki menjaga hati wanita… susah kan? begitu juga dengan apa yang kami rasa dan kami lalui..