Article written

  • on 07.08.2007
  • at 05:58 PM
  • by ikoko

Malu dan Sasterawan 0

Aug7

Sepanduk di luar pagar dibaca. Seperti pernah kukenal nama itu. Oh, Shahnon Ahmad. Lepas itu, dua tiga kali kupandang semula. Selama-lama ni apakah aku tak tahu yang S.N Profesor Emeritus Shahnon Ahmad rupanya memang tenaga pengajar di sini? Hahh?!!

Sabtu 3 minggu yang lalu, aku baru sahaja membelek-belek bukunya di MPH. Berkali-kali mengamati buku tersebut. Terasa ingin sangat membeli, tapi terpaksa menahan diri kerana poket hampir kering. Susunan bahasa boleh membuatkan orang suka untuk membacanya.

Lagi satu, Usman Awang. Baru pagi tadi aku habiskan baca cerpen yang ditulisnya. Ayatnya tidak terlampau puitis, namun amat menyentuh jiwa.

Orang tua itu menceritakan bahawa ia pernah ditanya oleh pengali kubur itu tentang tujuan hidup. Dari pertanyaan dan cerita penggali kubur itu tahulah ia bahawa erti kesenangan dan kebahagiaan hidup baginya ialah kepuasan jiwa dan kebebasan dirinya dari pengaruh wang. Ia sebenarnya perlu kepada wang tetapi tidak menjadikan dirinya itu hamba kepada wang.

“Wang tidak pernah memberikan kebebasan kepada manusia. Sebaliknya wang mengikat kehidupan manusia, mengongkongnya dan menundukkan manusia itu. Kita sahaja yang melihatnya susah dan miskin, tetapi sebenarnya ia senang dan kaya, bebas dalam hidup seadanya.”

ikoko: Baru nak menjinakkan diri dengan tulisan-tulisan orang lain.

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags:

subscribe to comments RSS

There are no comments for this post

  1. azrieizham says:

    salam n hye kak

    kalau bab tulisan dan sastera,
    saya angkat tangan untuk cadangkan karya a.samad said.

    saya suka baca. tulisannya yang puitis di tambah dengan gambaran yang sangat cantik

    cth,

    terbukalah jendela sekarang
    engsel lama, langsir baru
    burung mesra ditepinya
    awan bersih di atas kepala
    dan pelepah kelapa di usik ombak

    p/s: sama samalah kita menjinakkan diri:d

  2. anasxz says:

    huh.. kurangnya membaca. tidak tahu menahula bagaimana nilai bahasa seseorang penulis.

  3. ikoko says:

    [quote comment="23336"]huh.. kurangnya membaca. tidak tahu menahula bagaimana nilai bahasa seseorang penulis.[/quote]
    saya tak layak untuk menilai sebenarnya.. tapi saya suka mengkritik :P padahal diri sendiri pun tak berapa pandai menulis.. :D heh..

    [quote comment="23304"]salam n hye kak

    kalau bab tulisan dan sastera,
    saya angkat tangan untuk cadangkan karya a.samad said.

    saya suka baca. tulisannya yang puitis di tambah dengan gambaran yang sangat cantik

    cth,

    terbukalah jendela sekarang
    engsel lama, langsir baru
    burung mesra ditepinya
    awan bersih di atas kepala
    dan pelepah kelapa di usik ombak

    p/s: sama samalah kita menjinakkan diri:d[/quote]
    A. Samad Said tulis novel SALINA kan? Saya suka bila a. samad said berkata-kata.. laju dan kata-katanya penuh maksud.. :)

  4. zamri says:

    Aku pernah jumpa Prof Emeritus Shahnon Ahmad di masjid USM dimasa belajar dulu. Seorang yang humble dan sangat mementingkan solat berjemaah. Oleh kerana tulisan ‘shit’nya dalam usaha untuk menyedarkan ‘orang-orang’ tertentu, dia dipinggirkan. Padahal dia adalah seorang Sasterawan Negara dan seorang cendikiawan.

    Walau dah merdeka 50 tahun, Malaysia sinonim dengan “Kemudahan kelas pertama, mentaliti kelas ketiga”.

  5. azrieizham says:

    yeap…

    pensyarah saya kata, karya Salina hanya ‘sampah’ dan picisan di Malaysia sebelum novel tu diangkat oleh cendekiawan Eropah. Mana ada penulis buat cerita secara terbuka tentang pelacur di Malaysia masa tu. Tambah-tambah, usia A. Samad Said masa tu muda sangat lagi.

    Orang kita (saya pun sama) memang kurang estetik dalam menilai karya rasanya.

    macam juga karya-karya Yasmin Ahmad. Cuma bezanya, Yasmin lebih mengkormesialkan karya utk tatapan masyarakat.

    p/s: tak sabar nak tgk filem Amani botak.:)

  6. ikoko says:

    Saya belum tengok lagi GUBRA, dan MUKHSIN…

    Bila ada masa nanti baru nak tengok.

    p/s: filem Amani botak, tajuknya apa ye?

  7. abah says:

    tajuknya Mualaf. Kalau tak silap aku… Hummm dengar kater scenenyer kejab aje. (Tiba2 tolong balaskan komen di atas)

  8. ikoko says:

    erk.. ye ke.. kalau scene tu sekejap sangat, apehal la dia sampai nak botakkan kepala.. erm..

    ada je cara untuk nampakkan kepala botak, kan?

    wallahu a’laam..

Please, feel free to post your own comment

* these are required fields

Bless is powered by WordPress and FREEmium Theme.
developed by Dariusz Siedlecki and brought to you by FreebiesDock.com