Mimpi dan Gigi 20

Pulling Teeth by `cafezero
Tengok tajuk, dah tahu kan.. apa isi entry aku kalini.
Kalau 10 tahun dulu, sebelum pemergian Allahyarham abah, aku pernah mimpi gigi depan patah, berkecai dan hancur semuanya. Sebaris gigi depan. Sampaikan bila bangun daripada tidur, aku terus belek gigi di cermin yang digantung pada locker kayu tu. Masa tu masih belajar di SMAKJ.
Pagi tadi, aku mimpi.. dua batang gigi geraham sebelah kanan aku tercabut.. dalam mimpi tu aku tercari-cari akak aku, sebab nak bagitau gigi aku dah tercabut, minta dia repair. Tapi aku tak jumpa akak aku. Aih.. Tau-tau aku dah terjaga.
Sekarang aku masih ingat lagi mimpi pagi tadi, buat aku terfikir-fikir. Isk. Bermimpi gigi yang patah, selalu dijadikan petanda ada orang terdekat dengan kita akan “pergi”. Isk. Nauzubillahiminzaliiik.
Oh, aku buat entry gigi ni, rentetan cik Lila juga ada sebut-sebut tentang gigi di Alien yang Baik Hati, dan Cik Arasis pun ada sebut pasal kisah gigi juga di kami sebatang gigi. Ah. Mereka buat hentaman pada gigi, bukan bermimpi tentang gigi.
ikoko: ..aku rasa dah tiada peluang lagi untuk balik ke Johor .. Minggu depan, kena siapkan movie seram, dan kena bertungkus-lumus buat latihan dalam buku kerja Bimbingan dan Penasihatan (Hantar Minggu ke-8). Oh yer. Kami, pada semester ni, tiada cuti pertengahan semester seperti penuntut di tempat pengajian lain. 14 minggu kuliah berderet. Nasib baik lepas tu ada 3 minggu cuti (sebelum Final Exam). Dan cuti akhir semester kami, iaitu selepas Final Exam, ada dalam 5 minggu. Yeay~!
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Tags: Emotion




tiada peluang lagi balik??/:)
sem ni lila buat rekod tak balik langsung okeii.
merana merata-rata aku.
balik raya aje.
hik hik.. saya dah dua kali balik. :d/
em.. bagus la lila.. tapi, tahan tak ni? tak balik sampai minggu ke 14?
muvi seram?
wallaaaaa :o
saya selalu lupa apa yang saya mimpi ketika tidur. saya tahu saya ada bermimpi tapi saya selalu lupa apekah mimpi itu… hmmph…
erk…aku baru2 nie pon ada mimpi gigi aku hancur semuanya..apekah?
[quote comment="23416"]erk…aku baru2 nie pon ada mimpi gigi aku hancur semuanya..apekah?[/quote]
entah la incik.. ni tetiba abg sulong saya masuk spital.. tapi sebab batu karang je.. harap-harap dia ok..
[quote comment="23401"]saya selalu lupa apa yang saya mimpi ketika tidur. saya tahu saya ada bermimpi tapi saya selalu lupa apekah mimpi itu… hmmph…[/quote]
…jika kita ingat semua mimpi-mimpi kita.. mungkin kita akan campur adukkan kehidupan mimpi dengan kehidupan realiti.. jadi, baguslah kalau kita terlupa kehidupan semasa di alam mimpi…
[quote comment="23399"]muvi seram?
wallaaaaa :o[/quote]
erk.. ha ah.. …satu-satu dugaan.. belum edit lagi, masih tahap pergambaran.. ada 3 babak.
jangan makan mende liat2 kang tercabut semua gigi abeh lopong mulut
insya Allah tu cume mimpi je. doakanlah supaya tak berlaku perkara yang x elok.
[quote comment="23568"]insya Allah tu cume mimpi je. doakanlah supaya tak berlaku perkara yang x elok.[/quote]
yap.. hanya mainan mimpi je.. alhamdulillah.. berdebar-debar juga beberapa hari lepas aku mimpi gigi patah tu.. kot-kot ada orang call, kata ada sesiapa yang “pergi selamanya”.. cuak juga aku.. alhamdulillah takde.. syukur~! tapi… yang meninggal… ayah kepada kawanku..
[quote comment="23480"]jangan makan mende liat2 kang tercabut semua gigi abeh lopong mulut[/quote]
adeh.. takleh eh.. tapi mende liat tu sedap kekadang.. contoh.. candy, chicken chop, .. dan yang sewaktu dengannya..
tapi kalu dalam mimpi tu, bukan gigi kita yang patah tapi gigi ahli keluarga kita…camne plak ek
er.. ntah la..
jangan percaya sangat la tanda2 ni sara.
lagipun mainan tidur je tu.
tu la pasal..kadang mmg mainan tidoq..Tp i pernah mimpi hadir pengebumian, sampai 2 hari berturut2..Tak nampak lak sape yang meninggal..Elok seminggu pastu, i jumpe dgn arwah. Tak sangka tu kali terakhir jumpe. Seminggu lepas jumpw, dpt phone call arwah koma, then 2 hari meninggal..Huhuhu..maybe 1 kebetulan..
yap.. anggap je satu kebetulan..
Ermm.. saja nk berkongsi crita. Mlm tadi saya mimpi gigi depan (sblh atas) saya gugur satu persatu, hmpir 3-4 batang..pastu saya menangis kuat terus berlari dapatkan kakak no 1. Kakak no 1 cakap pergi jumpa dgn kakak no 2 tnya nk buat camana. Saya pun trus berlari dptkan kakak no 2 .. Kakak no 2 cuma pandang jer kt saya dan tak cakap apa2.Pastu saya pun tersedar..Kakak No 2 sebenarnya da meninggal dunia setahun lalu.. sekarang saya sgt risau, tak tau apa alamat mimpi tu..abg saya sekarang ni ader di hospital dan akan mjalani operation kanser usus ari jummat ni (8.5.09)..saya cuma harap abg akan selamat.. sape2 bole tlg tafsirkan mimpi saya? trima kasih.
salam…mcmane dgn abg awk?ok x?urgent sebab saya mimpi yang mcm tu jugak…
sebagai seorang muslim KAMU WAJIB MEMPERCAYAI BENDA -BENDA GHAIB, apa yang kamu lalui dan aku ADALAH SAMA. arwah ayah aku juga pergi selepas aku bermimpi kesemua gigi depan dan bawah ku hancur ditarik terkeluar. pos ni aku jumpa setelah hari ni bermimpi benda bhg-an atas depan tercabut dan terlepas. Watawakalallalah.
akum.. aku x bleh tido nih tadi mimpi gigi depan kuar serpih2.. taun lepas mimpi rambut gugur habis, kakak no. 1 mimpi gigi bawah kena cabut, kakak no.2 mimpi gigi kena cabut n anak sedara mimpi yang sama… risaunya.. x lama lepas tu arwah ayah meninggal.. ni risau lagi..
tidurlah.. tu kebetulan je tu..
jangan percaya sangat dengan mimpi, sebab ia hanya mainan tidur, ok?
aku mimpi smlm gigi graham kanan blakang patah
cam real gila, siap bgun tdo trase cm gigi kne cabut,
uwaaaaaa~ takut..!
xnak sape2 mati
mainan mimpi je lah tu,, jgn percaya sangat, k.