Hanya dengan gambar sahaja, tergambar sebuah perasaan.
Hanya dengan gambar, buat kita tersenyum.
Hanya gambar-gambar ini sahaja yang dapat menggambarkan segalanya.
Sayalah Amiirah Aisyah. Umur saya, rahsia..
(berkata-kata dengan poyonya)
Oh yer.. siapakah awek comel mungil ni? Amiirah Aisyah. Nampak dewasa dan ayu, kan? Comel giler. Memang dari dia kecil, sampai la dah umur dua tahun lebih ni, aku suka sangat snap gambar dia ni.
Jika ada yang pernah belek gallery aku sebelum ni, mesti dia perasan gambar ni.
Masa ni, umur dia berapa pun aku tak ingat. Belum masuk angka 1 mungkin.
Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku akan selama ini
Biar berputar ke arah selatan ku tak putus harapan
Sedia setia
Relaku mengejarmu seribu batu jauh lagi
Tapi benarkah kaki ku-kan tahan sepanjang jalan ini
Biar membisu burung bersiulan terlelah gelombang lautan
Ku masih setia
Adakah engkau tahu… ini cinta
Adakah engkau pasti… ini untuk selama-lamanya
Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku akan selama ini… yeah…
Biar berputar utara selatan ku tak putus harapan
Sedia setia
Jangan putus harapan… sedia setia……
p/s:
Kelip kelip, disangka api,
kalau api, mana puntungnya..
Hilang ghaib, disangka mati
kalau mati, mana kuburnya..
ikoko: Suka lagu ni… dapat tengok cerita Kerana Cintaku Saerah pun masa episod last. Tu pun nasib baik shah bagitau.
Cerita ini mempunyai kesinambungan dengan cerita The Bourne Identity (2002) dan The Bourne Supremacy (2004). Kisah berbaur thriller ini telah pun ada di pawagam sekarang ni. Alerhai. Ke aku yang lewat buat review ni?
Apa pun, komen aku… Pembuka cerita ini dihidangkan dengan sesuatu yang sangat kelam kabut dan agak sukar untuk difahami. Terkadang kepala jadi pening dan macam nak muntah bila “tukang pegang video camera” menggoyang-goyangkan cameranya. Dah le cerita susah nak faham, yang diorang pi buat penggambaran bergegar tu dah kenapa?
Overall, okeh.. cumanya, agak penat mata ni dan otak ni nak focus. Dari awal cerita hingga akhir cerita, semuanya aktiviti berkejar-kejaran. Tapi cara Jason Bourne (Matt Damon) nampak cool dalam cerita tersebut.
Cukup untuk aku katakan, ia tentang “Mencari Identiti” dan “Nak jadi diri sendiri” .. menyelidik apa yang dibuat dan atas tujuan apa sesuatu perkata tu dibuat.
Nilai? Kasih Sayang, Prihatin dan Peka, serta Berani dan Bijak. Bak kata pujangga, orang yang cemerlang, cepat membuat keputusan dan berani tanggung risiko.
Bintang? 3.5/5 ( 0.5 diberikan kepada Matt Damon sebab dia cute~ )
Lebih best bila mereka ingin tambah lagi application online mereka, seperti yang dikatakan oleh Googlesystem, iaitu seperti Google Docs, JotSpot or GDrive. Ahaaa~ ni yang tak sabar nk tunggu 2008 ni. Dalam awal tahun depan, bulan Januari bleh la guna mende ni. Pada 23 Oktober 2007 pula, storan gmail kita akan menjadi 3.3GB. So, takyah la nak delete segala email yang lepas-lepas. Ia akan meningkat dari satu masa ke satu masa. Jangan risau la hokeh.