Archive November 2007

Cream Caramel (Puding Karamel) 20

Nov27

Resepi ini ditulis oleh cikdaun di blognya, dalam entrinya yang bertajuk Cream Caramel (Puding Karamel)

Bahan Bahan

A- Puding

1 tin susu pekat
9 biji telur
1 1/2 tin air panas-panas suam (Sukat menggunakan tin susu pekat tu sambil bancuh sisa-sisa susu pekat)
1 tsp esen vanilla
secubit garam

B- Karamel ()

4 sudu gula ( boleh kurangkan kalau tak suka manis )
sedikit air

Tips:Untuk tidak menyusahkan diri daripada membasuh banyak periuk. Gunakan loyang (saya prefer bentuk empat segi tepat) untuk menyediakan Creme Caramel. Satu bekas untuk membuat caramel (gula hangus) dan terus boleh kukus puding didalam loyang yang sama.

Cara-cara

Karamel

1. Ratakan 4 sudu gula dalam loyang. Letak loyang atas api dapur yang sederhana besar. Biarkan gula mencair dalam loyang.
2. Agak-agak dah nak berwarna keemasan. Perlahankan api, masukkan air kalau tetiba terhangus plak. Supaya temperature down dan tak affect the rest of caramel.
3. Bila dah cair semua gula .Ratakan caramel dalam loyang. Jangan guna sudu (jenuh nak membasuhnya). Just bagi angle , biarkan graviti do its job.
4. Biarkan karamel sejuk. Ianya akan menjadi beku. Jangan nak gatal-gatal usik plak.

Puding

1. Dalam bekas yang lain, masukkan susu pekat dan air panas suam. Bancuh sampai jadi susu.
2. Dalam another bekas, pecahkan telur dan kacau (jangan beria-ia pula memukul sampai kembang, kita bukan nak buat telur dadar.) dengan mode yang perlahan supaya telur sebati.
3. Masukkan telur dalam susu panas suam dan kacau dengan kadar sederhana.
4. Masukkan garam dan vanilla essense. Kalau nak letak vanilla essence lebih pun ok. Sebab nak kurangkan bau telur.
5. Tuang dan tapis puding kedalam loyang caramel yang dah sejuk tu.

Cara memasak

1. Mengkukus dengan api kecil – 1 jam 30 minit at least.
2. Membakar dengan steam bath ( Bontot loyang di dalam bekas air panas ) – dari 1 jam ke 1 jam 30 minit

Cara menghidang

1. Lalukan pisau di bahagian peti Creme Caramel. Cari bekas yang lebih besar dan dalam sedikit. Letak diatas loyang. Dan terbalikkan loyang dengan cepat. Macam nak keluarkan kek. Sangat sesuai di hidang untuk tetamu atau bakal mak mertua yang perlu di impress.
2. Terus saja korek daripada loyang (ini untuk yang malas dan tak ada sapa-sapa nak impress, even diri sendiri)

ikoko: Pepehal korang tanya cikdaun k. Blog dia kat http://cikdaun.blogspot.com. Aku blom try buat lagi caramel puding ni.

Tags: , ,

Band Hijau 0

Nov24

ruzarg1.png
Hijau

Aku terasa ni macam local band. Malaysian local band.

:) dah lama giler tak dengar lagu ala-ala macam ni. Macam shaden punyer type pun ada. catchy. Cara dia bawa suara macam first album Sheila on 7. Whatever it is, diorang ada kelas tersendiri. Rasa happy je dengar lagu diorang. Rasa macam aku kembali ke zaman sekolah menengah. Zaman aku minat lagu-lagu skinhead.

Penuh dengan penggunaan guitar.

Aku suka. Lagi-lagi.. memang aku peminat hijau yang setia. Peminat warna hijau.

Korang nak dengar? Bleh la lepak kat Hijau Itu Indah. Baru je tau laman web ni. http://grafixmalaya.blogspot.com/.

Band Music lain yang turut direview di Grafix Malaya setakat ni, macam Band Hujan, Bittersweet, dan The Great Spy Experiment.

ikoko: try dengar lagu-lagu Bittersweet gaks, k. ;)

Tags: ,

Chicken Slice and Cheese 0

Nov22

Baru lepas makan Chicken Slice and Cheese – dunkin’ donuts. Terpaksa beli Chicken Slice and Cheese sebab Chicken Mayo kegilaanku dah abes.

Diumumkan bahawa aku baru sahaja tiba di kampung halamanku dan dengan ini diisytiharkan bahawa aku akan bercuti kuliah sampai 31 Disember 2007..

Yahooooo~~!!

Tags: , ,

Malam Kek Batik 29

Nov16

Macam yang korang tau, aku tengah bergelumang dengan exam sekarang ni. Sekarang tinggal lagi 2 exam. Kesusasteraan Awal Kanak-kanak (BRS2013) – 19Nov2007, Asas Pendidikan Seni (SRS1013) – 20Nov2007. Ni aura untuk study hard blom sampai lagi ni. Baru study 2,3 kotak slide BM.. keh keh.. adoi la malam ni takleh tido awal.

Haritu kitorang satu rumah (1-2-15 KHAR Sem 1 2007/2008) ada buat makan-makan sket. Siap buat sendiri lagi tu. Takde beli-beli. Nasib baik ada Kak Faez yang pandai masak tu. Dia masak Nasi Tomato. Aku ngan Amy, Ayunie buat Kek Batik. Yeah.. Inilah masanya aku nak promote kek batik yang aku puja-puja kat blog ni dulu. Semua bahan masuk, kecuali kacang kisar. Kacang kisar ada lagi best sebenarnya. Huuu… Apa? Nak resepi? Nah, ni resepi kek batik.


Baru lepas dikeluarkan dari kuali. Panas-panas lagi ni.


Lepas masuk peti ais. Kitorang tumpang peti ais
gerai kat bawah. Ngaa.. Korang tak terliur ke??


Ready to eat.

Ni gambar kitorang berposing-posing sakan. :P Check it out~~!! Zass!

continue reading »

Tags: , ,

Bless is powered by WordPress and FREEmium Theme.
developed by Dariusz Siedlecki and brought to you by FreebiesDock.com