Double Cheese Burger 0

Bergambar semasa beratur menuju ke cashier.
Kereta yang aku pandu nyaris jadi daging yang dihimpit oleh roti. Bayangkan Double Cheese Burger. Cheese tu aku (lazat, kan?). Daging burger tu; kereta aku.
Aku masih dalam keadaan trauma sekarang ni. Nasib tadi masih dikurniakan kudrat untuk terus memandu. Aku sempat pecut sebelum aku dan keretaku betul-betul jadi Double Cheese Burger. Menggigil aku dibuatnya. Teringat dosa-dosa yang lepas. Allah masih beri peluang untuk aku bernafas. Pintu taubat masih terbuka.. Alhamdulillah..
Bayangkanlah.. masa tu, di kiri aku, LORI SIKIT PUNYA BESAR, kanan aku kereta apa ntah.. lupa.. haku apa lagi.. masa tu dah cuak.. ingatkan nak cuba senyum kat orang kanan, skali tu tengok kiri, LORI dah hampir nak gesel aku. Cis~!!!
…cuak giler aku. Sekejap-sekejap, aku perlahankan kereta. Sekejap-sekejap, aku pecut. Jadi tak tentu hala kereta.
Tu la.. tadi bukan main lagi masa jumpa Shakirah. Gelak sakan. Bagai tak ingat akhirat. Kan dah kena. Macam-macam dibualkan sewaktu meng”kopi”kan diri di Old Town White Coffee di Carrefour. Siap snap gambar empat, lima. Kejadian ni berlaku masa aku pandu kereta sorang-sorang ke rumah.

ikoko: Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin itu peringatan dari Allah. Aku tak tahu. Aku masih trauma. .. Ampuni dosa kami semua ya Allah.. berilah ruang waktu supaya kami sempat bertaubat.
Doa Mohon Hidup Mati Dalam Iman
Ya Allah, Wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersam-asama iman. Ya Allah, ya Tuhan kami ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan ibu bapa kami, serta kasihanilah ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah, ya Tuhan kami, jangalah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk . Anugerahilah kami rahmat kerana sesunguhnya Engkau Maha Pengurnia.
Related posts:
- Suri Rumah Tegar Termasuk hari ini, genap sebulan aku relax-goyang-kaki. Jadi suri rumah...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
kau mengelamun ke apa masa bawak kete tu? takkan la tak perasan lori tu. ish3.
Phew.. Umur panjang lagi…
Sempat tak senyum kat org sebelah kanan tu?
[quote comment="24169"]Phew.. Umur panjang lagi…
Sempat tak senyum kat org sebelah kanan tu?[/quote]
alhamdulillah.. serious.. muka pucat pastu. nak senyum dengan orang sebelah kanan kereta tu bukan apa, sbb nak minta maaf sebab nak potong dia, tapi lembap.. so tu yg dia potong balik dan tetiba lori dari kiri masuk.. hape lori tu tak nampak ada kereta.. chaitt~~!! orang pun satu masa tu.. pi potong gaks lori tu walau tau dia dah bagi signal.. aiyak.. mengong kan?
[quote comment="24168"]kau mengelamun ke apa masa bawak kete tu? takkan la tak perasan lori tu. ish3.[/quote]
sebenarnya kan.. 2KM sebelum tu, aku call boyfriend aku tak dapat-dapat.. jadi tak dapat concentrate pada jalan.. asyik tengok hs je.. skali tu hambik ko.. kena situasi macam kat atas ni.. heh..
aiyak…puncanya dari boyfren la ni ek?…huhuhu…sy minta maaf…seriously sy ke tandas time tu…bukannya sengaja tanak angkat…aiyak…rasa bersalah la plak…sori ye syg…
aiyak.. takpelah shah.. mende dah berlaku pun..
bleh jadikan ingatan untuk diri sendiri…
erk ,. … sebenarnya
dah makin takut
aku pandu kereta sorang-sorang
meh sini sy pandukan kete utk awk..hehehe