Article written

  • on 25.01.2008
  • at 11:40 AM
  • by ikoko

Kaki Library 0

Jan25

Dulu bila dengar je member nak pergi library, terus je jiwa aku macam nak gugur. Otak jadi lemah. Paling malas pergi library. Padahal pergi library untuk kepentingan diri sendiri juga. Mencari bahan-bahan untuk tugasan yang diberi oleh pensyarah. Rungut demi rungutan dalam hati. Soalan seperti “Lama lagi ke My? Banyak lagi ke nak cari?” sering diajukan pada My. Aku berwajah tertekan waktu tu. Rasa macam suatu yang sengsara bila berada dalam perpustakaan.

Lain pula dengan situasi yang aku sedang lalui sekarang ni. Kaki Library. Faktor kerajinan yang menjadi punca sehingga aku menamakan diri sendiri dengan nama “kaki library”, sudah tentu disebabkan adanya Wireless UPSI Jaring dengan kelajuan 54Mbps. Hari-hari turun ke perpustakaan pun aku sanggup. Demi setitik internet.

:p

ikoko: Jiwa bergelora, inginkan perfume DKNY. Mungkinkah semester depan baru tercapai hasrat tu? Atau simpankan sahaja niat tu sehingga waktu itu?

Related posts:

  1. Tapak Kaki Budak 9 Tahun “Buah Naga boleh membesar seperti tapak kaki budak umur 9...
  2. Mudah Ingat lagi saat tu. Dalam sela masa menunggu masuk waktu...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

subscribe to comments RSS

There are no comments for this post

  1. shah says:

    erm..DKNY ke?..mungkin tak perlu tunggu saat itu tetapi mungkin juga bukan saat ini..

  2. syia says:

    kaki library internet ;) hehe

  3. CypherHackz says:

    eleh…tu pun sebab ada wifi. kalau takde, mau nye kau nak gi library. ish3.

    btw takleh ke yang url form tu secara automatik dipaparkan tanpa perlu kitorang klik pada “leave a url”?

  4. Azhar Ahmad says:

    Ahahaha, gigih sungguh mentenet… Sanggup ke library tuhhhh

  5. xmindfreakx says:

    hoo.kalo kerana internet xpe cik ikoko…tapi kalau kerana pustakawannye yang berpakaian kemeja kemas siap tie….xya la kot gi library…huahuahuah

  6. anasxz says:

    huhu… kaki lab tenet.. haha.

  7. lutfee says:

    aku plak… dulu sangup keje kat cyber cafe(cc) semata-mata bleh dapat internet hari-hari coz bleh chatting… huhuhu….
    skrg? dah boring dah sbb kat umah ada internet… ;)

  8. ikoko says:

    [quote comment="24474"]aku plak… dulu sangup keje kat cyber cafe(cc) semata-mata bleh dapat internet hari-hari coz bleh chatting… huhuhu….
    skrg? dah boring dah sbb kat umah ada internet… ;) [/quote]
    minat chatting ye lutfee. dulu masa saya di sekolah menengah, saya minat sangat chatting. bila dah berkecimpung dengan dunia blog skarang, rajin berblog pula. hari-hari nak blog. mcm ketagih blog.

    [quote comment="24470"]huhu… kaki lab tenet.. haha.[/quote]
    bwahahha. shh. jangan bagitau sesape..

    [quote comment="24468"]hoo.kalo kerana internet xpe cik ikoko…tapi kalau kerana pustakawannye yang berpakaian kemeja kemas siap tie….xya la kot gi library…huahuahuah[/quote]
    hwahwahwah.. tak kuasa la..dah kenapa nak minat diorang.

    [quote comment="24464"]eleh…tu pun sebab ada wifi. kalau takde, mau nye kau nak gi library. ish3.

    btw takleh ke yang url form tu secara automatik dipaparkan tanpa perlu kitorang klik pada “leave a url”?[/quote]
    taktau macammana caranya.. nanti aku check kat lush options.

    [quote comment="24463"]kaki library internet ;) hehe[/quote]
    kih kih.. sebenarnya.. kaki internet, bukan kaki library. library hanya tempat yang ada wifi.

    [quote comment="24462"]erm..DKNY ke?..mungkin tak perlu tunggu saat itu tetapi mungkin juga bukan saat ini..[/quote]
    entah bila kan saat itu wahai incik.

  9. robert says:

    haha ingat kaki linrary tu kaki internet :P

  10. neeziee says:

    kadang-kadang aku ada di ruang bahasa.membaca disana.buat masa ini aku dah tak pergi perpustakaan.tak berkesempatan.

  11. ain says:

    ek enleh..teruk betul laaa kan…untuk kepentingan diri sendiri pown ko segan…dont waste ur time laa coz internet jeee…isshhh100x

Please, feel free to post your own comment

* these are required fields

Bless is powered by WordPress, Installed by Installatron. and FREEmium Theme.
developed by Dariusz Siedlecki and brought to you by FreebiesDock.com