Archive February 2008

Kad Kahwin Murah yang Elegant!! 19

Feb23

Dapat tau mengenai kad kahwin ni pun dari email. Taktau siapa pemberinya. Tapi memang cun la~!!

Sesiapa yang berhajat nak buat kad kahwin, dan masih belum menempah kat mana-mana syarikat, bleh la pilih dan order di http://www.walimatulurus.net. Boleh tahan murah dan smart!

Harga kad kahwin, adalah di antara RM0.60 hingga RM1.50 sekeping. Sekarang diorang tengah buat promotion untuk card di bawah ni.

continue reading »

Tags: , , ,

CJ7 by Stephen Chow 0

Feb7

Aku tergoda dengan cerita arahan dan lakonan Stephen Chow yang sudah pasti menjanjikan lawak-lawak yang tak boleh blah. CJ7. Harini ni (7Februari2008) keluar kat . Tapi aku buat reservation ticket untuk hari esok je. Jam 12.20pm. Reserve sampai enam ticket. Wakakaka.. Sebabnya? Aku taktau sape lagi nak join tengok sebab kebetulan, akak aku ngan family dia pun ada balik ni. Dia + husband dia pun kaki gaks. Kalau adik aku join, maknanya, esok empat orang pergi tengok CJ7. Aku ada lebih satu ticket lagi. Mungkin nak ajak jiran pi skali. Itu pun kalau dia nak. Lokasi? Mesti la GSC – The Summit Batu Pahat. Kat mana lagi kan. (Aku suka berangan kalau-kalau BP Mall ada . BP Mall betul-betul depan kampung aku. hurm.).

Oh yer. Korang bleh la tengok trailer CJ7 di laman webnya sendiri di http://www.sonypictures.net/movies/cj7/. Dulu Stephen Chow juga pernah mengarah satu filem bertajuk Kung Fu Hustle (2005).

Tags: , , , , , ,

Pagi yang Dingin 0

Feb7

Cell Phone Overkill

Happy Chinese New Year kepada yang menyambutnya. Happy Cuti-cuti kepada yang sedang bercuti.
Happy happy kan diri kalau hati tu tengah bengkak. HAPPY!! HAPPY!! Oh yer, Happy Birthday kepada yang sedang menyambut, akan menyambut atau baru lepas menyambut tarikh kelahirannya.

ikoko: Rasa macam nak beli Nokia Nseries ar. Ada orang nak dermakan duit untuk aku ke? :P Hs dah ada dua ni pun tak cukup-cukup agaknye aku ni. Uhukz. Bersyukurlah. Tapi tu impian tu. Kot ada rezeki lebih, ataupun tetiba hancur ke hs2 ni, bleh la grab satu nanti.

Tags: ,

8 Things That You Did Not Know About Me 0

Feb6

Aku tiba-tiba je terbuka hati nak tengok incoming links tadi ni. Skali tu tengok, cis. Ada orang aku. Nasib baik dah buat lima dulu. Dulu aku kena tag by Korokmu, tapi sekarang.. aku ditag oleh Emptyspace pulak. Cis. Sabar je la kan.

1. Pernah jatuh dari keretapi masa umur 5 tahun. Masa tu keretapi dah bergerak. Nasib baik lengan je yang tercedera. Alhamdulillah masih bleh bernafas sampai sekarang. (rasa macam pernah cakap je mende ni kat ni dulu).
2. Suka minum kat Roibo, especially Hot Chocolate + Pudding. Huwaa.. dah lama tak pi situ. Selalu nak pi, tapi nanti mesti adik tak bagi sebab tak mengenyangkan + expensive.
3. Telinga tak bertindik dan tak terfikir nak tindik telinga. Lol~
4. Tengah lost in space, dan jadi seorang pendiam sekarang ni.
5. ….rahsia.

6. Aku belum daftar sebagai pengundi. Taktau bila mau daftar. Daftar kat Tanjung Malim je kot nanti. Ntah la tatau bila.
7. Aku baru je ambik kursus kawen haritu. Uhuhuhu. Kenyit mata kat Lila. (Mesti kena marah ngan Lila pasni.. kehh3). Aku buat ngan housemate a.k.a classmate aku haritu.
8. Aku belum tukar versi wordpress 2.3.3 untuk wordpress aku ni. Baru je release beberapa minit atau jam yang lalu.

Mangsa berikutnya:

1. Nashrex – Selamat Pengantin Baru. Uhuxz.
2. Lila – Studyholic.
3. Totin – Cute Doctor.
4. Sob – Punya kucing yang sangat putih~!!
5. Mohd Ismail – Penulisannya penuh dengan ilmiah.
6. Syia – A new friend of mine. hi Syia.
7. Anasxz – Lama tak dengar berita.
8. Fath – Punya studio sendiri sekarang ni.

Tags: , ,

Udara Kaki Bukit 0

Feb4

myguru.jpg

Hirup. Segar. Udara. Nyaman.
Sekarang aku enak berada di atas katil. Duduk sebentar. Baru lepas menyelesaikan satu tugasan membalas forum di Myguru. Ini sudah kali kedua pensyarahku mengeluarkan tajuk. Mungkin kamu juga boleh mencuba untuk menjawabnya.

FORUM 1
Mulai 11 Jan – 24 Jan 2008. Multimedia kerap diperkatakan sebagai sesuatu yang boleh membantu guru dan pelajar meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Bincangkan pandangan anda berasaskan bacaan anda mengenainya.

FORUM 2
Mulai 25 Jan – 8 Feb 2008. Apakah yang anda faham tentang literasi visual?. Bincangkan kepentingan literasi visual dalam konteks penghasilan bahan instruksi. Pastikan hujah-hujah yang anda beri berlandaskan pengetahuan.
(Oleh Razmah Man di dalam forum untuk subjek “KPT2063 – Rekabentuk Instruksional Dan Teknologi” di Myguru)

Submit. Selesai satu tugas.
Kami sedang bercuti seminggu sebenarnya. Baru sahaja mula bercuti pada Jumaat 1Februari2008 yang lepas dan tamat cuti pada 10Februari2008. Semoga cuti kalini terisi dengan baik. Kalau orang lain boleh membahagikan masanya dengan baik, antara dunia realiti dan visual, aku juga ingin begitu. Jejak langkah mereka yang sudah berjaya. Cemerlang.

Cemerlang. Mengaku. Aku. Bukan.
Jika dikaji cara dan gaya hidup aku sekarang, ya, aku akui. Bukan lagaknya sebagai seorang yang cemerlang. Ish. Mencaci diri ke begini? Bukan. Cuma melihat diri.

Batuk menggila. Nak jalan senang lenang pun terbatas. Nak je bersihkan tekak ni guna vacuum. Sedut segala isi yang sarat. Menggatalkan tekak. Alhamdulillah telinga dah ok. Cuma masih terasa seperti ada yang menyekat. Nasib baik sebelah je. Kalau dua-dua belah? Nauzubillahiminzaalik.

ikoko: Banyak perkara perlu diselesaikan, dibincang, dibuat keputusan, disusun atur, dan disemak. Agar tak kelam kebut akhirnya.

Tags: , ,

Jangan Pandang Rendah pada Blogger 0

Feb1

mblog2.jpg

Siapa kata dengan berblog kita tidak mempunyai wawasan? Siapa kata dengan berblog kita tidak mempunyai kehidupan? Tengok sajalah, berapa ramai yang sudah berjaya memperoleh duit yang beribu-ribu banyaknya dengan hanya berblog. Dan tengoklah betapa gembiranya aku bersama rakan-rakan ketawa bila dipanggil dengan nama kami masing-masing.

Janganlah kamu memandang rendah kepada blogger. Kami adalah ramai. Kami semua mempunyai tujuan yang sama. Mengemaskini blog supaya anda semua terhibur dengan penulisan kami. Sekiranya anda ingin menjadi sebahagian dari kami, ayuh! Bukalah blog anda dan beritahulah kepada kami semua.
(oleh Cypher dalam “entry”nya yang bertajuk “makin hari makin ramai menjadi blogger

Mungkin sudah ramai yang tahu tentang blog. Mungkin juga ramai menganggapnya hanya website biasa. Mungkin juga ada yang menganggap ia suatu yang merepek. Suatu kerja yang bodoh. Begitulah anggapan ramai.

Apa pun, tak kenal, maka tak cinta. Anggapan orang, itu hak mereka. Tak kisah la. Masing-masing ada dunia hiburan masing-masing. Blogging bukannya suatu kerja yang hina. Bukan juga suatu kerja yang membuang masa. Itu pendapat aku. Amat pantang bila ada yang pandang rendah dengan dunia blog. Amat marah.

Majalah PC Keluaran Februari 2008 ada memberikan 10 sebab untuk blog (Muhamad Nizam Ahamad,2008).

    1. Emosi
    2. Ekonomi
    3. Diari
    4. Benchmark
    5. Portfolio
    6. Kenalan
    7. Komunikasi
    8. Minat
    9. Menjual Diri
    10. Ilmu

Emosi. Aku selalu luahkan rasa ketidakpuasan, geram, dan sedih. Kadangkala gembira. Blog umpama kawan baikku. Walau tak bernyawa. Tapi kehadiran rakan-rakan pengunjung menjadikan blog ini tampak hidup.
Ekonomi. Dulu aku kononnya taknak blog aku kotor dengan advertisement. Kononnya bila pasang advertisement, nampak sempit blog. Tapi aku pakai juga akhirnya. Hihi. Alhamdulillah. Sudah dapat menjana sejumlah duit dari situ. Terima kasih kepada pihak berkenaan.
Diari. Ada sesetengah, malah boleh dikatakan majoriti pengguna blog menjadikan blog sebagai dairi online mereka. Tapi bab ni aku failed. Aku gagal jadikan blog aku sebagai diari. Kisah tentang realiti suka duka kehidupan.
Benchmark. Menurut Muhamad Nizam Ahamad(2008), blog boleh menjadi kayu pengukur untuk anda imbas semua yang anda pernah lalui dan mungkin bakal anda rancangkan suatu hari nanti.
Portfolio. Ini mungkin credit bagi graphic designer dan sewaktu dengannya. Atau sesiapa sahaja bertindak menyenaraikan portfolio mereka dalam bentuk digital. Senaraikan di dalam laman web. Ini akan memudahkan pihak syarikat yang ingin melihat portfolio kita dengan kadar yang segera.
Kenalan. Tidak dapat dinafikan bila kita mempunyai blog, ramai kenalan baru yang kita akan jumpa. Tanpa blog, mungkin seorang dua sahaja rakanku. Tiada kenalan baru dari tempat dan status berbeza. Terima kasih blog.
Komunikasi. Tahap kemahiran komunikasi kita juga akan bertambah dengan wujudnya blog. Keyakinan diri juga bertambah apabila kita membincangkan dan mengetengahkan sesuatu isu. Berdebat secara maya dengan orang yang tak dikenali.
Minat. Aku tidak gemar menulis. Tapi gemar melukis, meng“capture” gambar. Mungkin tidak dapat memuaskan hati orang lain, cukuplah ia memuaskan hatiku sendiri.
Menjual diri. Aiyak. Jangan salah sangka. Bukan “itu” yang aku maksudkan. Tapi, ingin menerangkan bahawa, dengan blog juga, kita boleh memperkenalkan diri kita kepada umum. Kemampuan diri, kepakaran diri. Contohnya, ada sesetengah blog menunjukkan betapa kreatif dirinya men”design” icon, web design. Boleh menambah pendapatan kita.
Ilmu. Blogger juga terdiri dari insan yang berkaliber. Ada yang sedang menjawat jawatan sebagai seorang pensyarah, programmer, engineer, dan banyak lagi jawatan hebat yang lain. Pengisian dalam blog mereka juga banyak yang berbentuk ilmiah. Ada juga yang meletakkan ilmu-ilmu Islamik. Ada juga pada satu-satu masa, bila kita baca blog rakan kita, kita akan mudah tersentuh dan insaf. Rasa terharu dan simpati. Kemudian muhasabah diri semula. Tak kurang juga yang meletakkan info-info tentang gadget terkini dan juga software yang entah dari mana mereka tahu yang kita tak tahu. Indah bukan?

Itulah serba sedikit tentang blog.

ikoko: Geram di hati, terkadang tak siapa pun tahu. Sabarlah. Cinta di hati, terkadang tak siapa pun tahu. Sabarlah.

Tags: , , , , ,

Bless is powered by WordPress and FREEmium Theme.
developed by Dariusz Siedlecki and brought to you by FreebiesDock.com