Article written

  • on 01.02.2008
  • at 02:21 PM
  • by ikoko

Jangan Pandang Rendah pada Blogger 0

Feb1

mblog2.jpg

Siapa kata dengan berblog kita tidak mempunyai wawasan? Siapa kata dengan berblog kita tidak mempunyai kehidupan? Tengok sajalah, berapa ramai yang sudah berjaya memperoleh duit yang beribu-ribu banyaknya dengan hanya berblog. Dan tengoklah betapa gembiranya aku bersama rakan-rakan ketawa bila dipanggil dengan nama kami masing-masing.

Janganlah kamu memandang rendah kepada blogger. Kami adalah ramai. Kami semua mempunyai tujuan yang sama. Mengemaskini supaya anda semua terhibur dengan penulisan kami. Sekiranya anda ingin menjadi sebahagian dari kami, ayuh! Bukalah anda dan beritahulah kepada kami semua.
(oleh Cypher dalam “entry”nya yang bertajuk “makin hari makin ramai menjadi blogger

Mungkin sudah ramai yang tahu tentang . Mungkin juga ramai menganggapnya hanya website biasa. Mungkin juga ada yang menganggap ia suatu yang merepek. Suatu kerja yang bodoh. Begitulah anggapan ramai.

Apa pun, tak kenal, maka tak cinta. Anggapan orang, itu hak mereka. Tak kisah la. Masing-masing ada dunia hiburan masing-masing. Blogging bukannya suatu kerja yang hina. Bukan juga suatu kerja yang membuang masa. Itu pendapat aku. Amat pantang bila ada yang pandang rendah dengan dunia . Amat marah.

Majalah PC Keluaran Februari 2008 ada memberikan 10 sebab untuk (Muhamad Nizam Ahamad,2008).

    1. Emosi
    2. Ekonomi
    3. Diari
    4. Benchmark
    5. Portfolio
    6. Kenalan
    7. Komunikasi
    8. Minat
    9. Menjual Diri
    10. Ilmu

Emosi. Aku selalu luahkan rasa ketidakpuasan, geram, dan sedih. Kadangkala gembira. umpama kawan baikku. Walau tak bernyawa. Tapi kehadiran rakan-rakan pengunjung menjadikan ini tampak hidup.
Ekonomi. Dulu aku kononnya taknak aku kotor dengan advertisement. Kononnya bila pasang advertisement, nampak sempit . Tapi aku pakai juga akhirnya. Hihi. Alhamdulillah. Sudah dapat menjana sejumlah duit dari situ. Terima kasih kepada pihak berkenaan.
Diari. Ada sesetengah, malah boleh dikatakan majoriti pengguna menjadikan sebagai dairi online mereka. Tapi bab ni aku failed. Aku gagal jadikan aku sebagai diari. Kisah tentang realiti suka duka kehidupan.
Benchmark. Menurut Muhamad Nizam Ahamad(2008), boleh menjadi kayu pengukur untuk anda imbas semua yang anda pernah lalui dan mungkin bakal anda rancangkan suatu hari nanti.
Portfolio. Ini mungkin credit bagi graphic designer dan sewaktu dengannya. Atau sesiapa sahaja bertindak menyenaraikan portfolio mereka dalam bentuk digital. Senaraikan di dalam laman web. Ini akan memudahkan pihak syarikat yang ingin melihat portfolio kita dengan kadar yang segera.
Kenalan. Tidak dapat dinafikan bila kita mempunyai , ramai kenalan baru yang kita akan jumpa. Tanpa , mungkin seorang dua sahaja rakanku. Tiada kenalan baru dari tempat dan status berbeza. Terima kasih .
Komunikasi. Tahap kemahiran komunikasi kita juga akan bertambah dengan wujudnya . Keyakinan diri juga bertambah apabila kita membincangkan dan mengetengahkan sesuatu isu. Berdebat secara maya dengan orang yang tak dikenali.
Minat. Aku tidak gemar menulis. Tapi gemar melukis, meng“capture” gambar. Mungkin tidak dapat memuaskan hati orang lain, cukuplah ia memuaskan hatiku sendiri.
Menjual diri. Aiyak. Jangan salah sangka. Bukan “itu” yang aku maksudkan. Tapi, ingin menerangkan bahawa, dengan juga, kita boleh memperkenalkan diri kita kepada umum. Kemampuan diri, kepakaran diri. Contohnya, ada sesetengah menunjukkan betapa kreatif dirinya men”design” icon, web design. Boleh menambah pendapatan kita.
Ilmu. Blogger juga terdiri dari insan yang berkaliber. Ada yang sedang menjawat jawatan sebagai seorang pensyarah, programmer, engineer, dan banyak lagi jawatan hebat yang lain. Pengisian dalam mereka juga banyak yang berbentuk ilmiah. Ada juga yang meletakkan ilmu-ilmu Islamik. Ada juga pada satu-satu masa, bila kita baca rakan kita, kita akan mudah tersentuh dan insaf. Rasa terharu dan simpati. Kemudian muhasabah diri semula. Tak kurang juga yang meletakkan info-info tentang gadget terkini dan juga software yang entah dari mana mereka tahu yang kita tak tahu. Indah bukan?

Itulah serba sedikit tentang .

ikoko: Geram di hati, terkadang tak siapa pun tahu. Sabarlah. Cinta di hati, terkadang tak siapa pun tahu. Sabarlah.

Related posts:

  1. Parasitic Twin Kalau aku tak tengok Discovery Channel malam tadi, mesti aku...
  2. Sensitiviti Perasaan Kadang-kadang, ada orang tidak menghiraukan langsung perasaan orang lain apabila...
  3. Buzz Features in GMail Harini aku jumpa satu benda best, nama dia Buzz. Buzz...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

subscribe to comments RSS

There are no comments for this post

  1. stupidfox_91 says:

    betul tu..
    blogging bukannya kerja yang x brguna@x berfaedah@ntah pape@buang mase….
    sape yang x suke blog tu sbenarnya tak kenal dgn blog ataupun x reti…

  2. Azhar Ahmad says:

    Waloaupun ramai yang jadi bloggers, setakat manalah kehebatannya ya… Saya lihat ramai yang hangat2 taik ayam… Selepas 2 3 bulan berblog… Nan ado entrinya lagi….

    p/s Comment bix nih pelik sikit lahhh cik ikoko

  3. Wizurai says:

    owh, penulis dia saudara mystic… owner pergh.com

  4. [...] kata Azlina, “Jangan pandang rendah pada blogger“. Benar. Seandainya korang dah lama berkecimpung dalam dunia penulisan blog, korang akan tahu [...]

  5. nUUr says:

    hye..
    erm saintis2 zaman dulu pon ramai dicemuh gila semasa nk mencipta alat2 mereka..tetapi disebabkn kegilaan mereka itula sekarang adanya ciptaan spt lampu,kereta malahan kebulan dah manusia. jd jgn tkt dgn mrk krn ak percaya dgn ramalan billgates psal 10 thn akan dtg.

  6. syia says:

    realitinye dalam apa2 bidang pun pasti ada pihak akan dicemuh termasuk la dunia blogging.. ada blog akan kene cemuh dan sebab 1 blog blogger lain pun kene cemuh..

    tapi kualiti blog sekarang kene maintain.. insyallah tak lama lagi blog akan dipandang tinggi :)

  7. cikgufarizal says:

    Hidup blogger.

    Hanya orang yang tak berilmu sahaja yang memandang rendah pada blogger.

    Dan mereka ini golongan yang tak faham apa itu blog dan tidak mahu memahaminya malah ada golongan mereka ini yang blogphobia :(

  8. zaiful says:

    salam… mempromosi apa saja yang positif dan berkongsi maklumat

  9. shah says:

    saya sokong ngn pendapat cik ikoko..kita kene melihat sesuatu itu dari sudut yg positif..barulah nampak segala peluang yang terbuka luas..nikmati kehidupan ini..

  10. syamsulariff.com says:

    huhu..terima kasih kerana menyedarkan saya :D

  11. adib. says:

    aku tak setuju..blog adalah suara kita…mana mampu kita bercakap dalam khalayak ramai dengan keyakinan melainkan melalui tulisan…ingat kita dahulu merdeka dengan hasil tulisan yang membina…

  12. titan says:

    Aku rasa diorang takde blog. Tu pasal diorang pandang rendah. Klau diorang ada blog, diorang diam je..

  13. aman says:

    aku rasa berblog lebih berfaedah berbanding ngan bermyspace.. :P

  14. Fahmishah says:

    aku setuju dengan amanz, kita sibuk mencari kawan tapi diri sendiri tiada maju.haha

    blogging menjadikan diri kita berinformasi

  15. ikoko says:

    aiyak.. sorry semua, lambat reply comment.

    [quote comment="24507"]aku setuju dengan amanz, kita sibuk mencari kawan tapi diri sendiri tiada maju.haha

    blogging menjadikan diri kita berinformasi[/quote]
    yosh.. memang benar.. :) sekarang, ada sahaja blog ilmiah yang berguna untuk semua.

    [quote comment="24504"]aku rasa berblog lebih berfaedah berbanding ngan bermyspace.. :P[/quote]
    tul tul.. :) lebih bebas. eh.. citer pasal myspace, dah lama aku tak jenguk myspace..

    [quote comment="24500"]Aku rasa diorang takde blog. Tu pasal diorang pandang rendah. Klau diorang ada blog, diorang diam je..[/quote]
    thanks atas komen yang pendek tapi padat. :) salam kenalan titan.. :)

    [quote comment="24493"]aku tak setuju..blog adalah suara kita…mana mampu kita bercakap dalam khalayak ramai dengan keyakinan melainkan melalui tulisan…ingat kita dahulu merdeka dengan hasil tulisan yang membina…[/quote]
    erk.. kau tak setuju pada isi yang mana satu ye adib?

    [quote comment="24492"]huhu..terima kasih kerana menyedarkan saya :D[/quote]
    sama-sama syamsul :)

    [quote comment="24491"]saya sokong ngn pendapat cik ikoko..kita kene melihat sesuatu itu dari sudut yg positif..barulah nampak segala peluang yang terbuka luas..nikmati kehidupan ini..[/quote]
    …tetiba je nak makan aiskrim cornetto sandae.. ngee.. hint**

    [quote comment="24490"]salam… mempromosi apa saja yang positif dan berkongsi maklumat[/quote]
    salam juara~~!!

    [quote comment="24489"]Hidup blogger.

    Hanya orang yang tak berilmu sahaja yang memandang rendah pada blogger.

    Dan mereka ini golongan yang tak faham apa itu blog dan tidak mahu memahaminya malah ada golongan mereka ini yang blogphobia :([/quote]
    takpe lah.. terima je lah.. :) dah malas nak fikir sebenarnya, tapi tertulis pulak entry pasal ni lagi.. :D

    [quote comment="24488"]realitinye dalam apa2 bidang pun pasti ada pihak akan dicemuh termasuk la dunia blogging.. ada blog akan kene cemuh dan sebab 1 blog blogger lain pun kene cemuh..

    tapi kualiti blog sekarang kene maintain.. insyallah tak lama lagi blog akan dipandang tinggi :)[/quote]
    ..bukan nak dipandang tinggi.. tapi ini minat kita.. ada orang kutuk minat kita.. tak ke rasa geram.. bukan utk dipandang tinggi.. cukuplah sekadar tidak mengutuk.

    [quote comment="24487"]hye..
    erm saintis2 zaman dulu pon ramai dicemuh gila semasa nk mencipta alat2 mereka..tetapi disebabkn kegilaan mereka itula sekarang adanya ciptaan spt lampu,kereta malahan kebulan dah manusia. jd jgn tkt dgn mrk krn ak percaya dgn ramalan billgates psal 10 thn akan dtg.[/quote]
    :) terima kasih nUUr sebab hidupkan semangat saya..

    [quote comment="24484"]owh, penulis dia saudara mystic… owner pergh.com[/quote]
    aku pun taktahu tentang tu. pernah menjenguk pergh.com, thanks wizurai..

    [quote comment="24483"]Waloaupun ramai yang jadi bloggers, setakat manalah kehebatannya ya… Saya lihat ramai yang hangat2 taik ayam… Selepas 2 3 bulan berblog… Nan ado entrinya lagi….

    p/s Comment bix nih pelik sikit lahhh cik ikoko[/quote]
    ha ah.. agak pelik sikit.. ajax, tapi macam lambat sket.. tatau nape.. kih kih.. saya terasa la pulak.. mungkin mereka ada komitmen lain yang lebih memerlukan perhatian mereka.. :) kita ni pencinta blog, sibuk macam mana pun, tangan still gatal nak check blog, baca blog, etc. blog blog blog. aku beli majalah PC keluaran bulan ni pun disebabkan kat COVER ada perkataan BLOG.

    [quote comment="24482"]betul tu..
    blogging bukannya kerja yang x brguna@x berfaedah@ntah pape@buang mase….
    sape yang x suke blog tu sbenarnya tak kenal dgn blog ataupun x reti…[/quote]
    entahla.. kalau mereka di tempat kita, mungkin mereka dapat rasa, apa itu kemanisan berblog. :)

  16. gie says:

    haha….aku tak setuju dengan aman…aku dulu mula dengan myspace,koding2 sket2,baru beralih ke blog..so,aku rase,myspace pun perlu jugak…tuk marketing..chewah…kekadang kita perlu mempromosikan blog kita,untuk mendapatkan pembaca…susah nak cari pembaca kalau kita terus je dari blog…percayalah…hurm..nway,teruskan berblog…demi kepuasan hati sendiri…

  17. Cikgu Azleen says:

    wah wah.. geram sungguh bunyinya.. Mungkin sesapa juga yang kata berblog itu kerje yang tidak berfaedah kerana dia kecewa.. Kecewa apabila percubaan blog untuk duitnya gagal.. :D
    Terpulang pada individu. Tapi setahu saya menulis adalah terapi terbaik untuk menstabilkan emosi..

  18. [...] pandangan sinis terhadap bloggers [...]

  19. abdfatah says:

    gua pun nak turunkan tandatangan sokongan jugak. apa faedahnya blog kalo tak ada blog…? camana tu…?

  20. arsenal malaysia says:

    aku blog sbb aku minat arsenal..

  21. mr.eims says:

    heheh.. nie patut letak kat tv nie..bg sumeorang tau..hurm..baru senang hati sket blogging tanpa dipandang serong oleh org2 yg xtau pepe

Please, feel free to post your own comment

* these are required fields

CommentLuv Enabled

Bless is powered by WordPress and FREEmium Theme.
developed by Dariusz Siedlecki and brought to you by FreebiesDock.com