Humor Dalam Diri Cikgu 6

Masuk sahaja dewan kuliah, seorang pensyarah jalan mundar-mandir di hadapan pelajar. Tangan diseluk ke dalam poket. Tidak lama kemudian, dia mengambil mikrofon sambil tersengih. Kami menjangka mesti ada sesuatu yang seronok yang ingin disampaikan. Pensyarah itu mulakan kuliahnya dengan set induksi yang membawa respon hilai tawa dari kami.
Bila dapat menarik perhatian pelajar, diri dia yakin untuk mengajar dan diri pelajar juga yakin untuk menerima pelajaran dengan minda yang dalam paras “sedar”.
Ramai pensyarah menasihatkan, agar diri seorang cikgu itu ada humor walaupun sedikit. Siapa pun akan setuju dengan perkara ini. Aku? Aku risau jika tak dapat capai tahap “humor” itu. Bagaimana kalau aku mendidik tanpa diselitkan adegan gelak ketawa? Atau perlukah aku buat lawak sarkas di hadapan kelas?
Aku teringat seorang cikgu. Dia cikgu Add Math ku. Kami menuntut dengannya tidak lama. Ada dalam beberapa bulan. Dia seorang guru yang baik. Sentiasa inginkan pelajarnya faham dengan apa yang diajar. Ciri-ciri seorang bapa ada dalam dirinya. Ada sahaja cara atau tips yang diberi untuk membuatkan kami lebih faham dengan subjek Matematik Tambahan tersebut. Humor? Hampir tiada. Tapi dia selalu berwajah ceria dan sering tersenyum. Aku yakin pelajar-pelajar lain juga selesa berguru dengannya.
Bila teringat yang aku akan mengajar untuk ROS 2; 16Jun2008 nanti, aku jadi kalut dan seram sejuk. Cikgu jenis bagaimanakah aku? Adakah murid-muridku akan faham dengan apa yang aku ajar? Atau aku terketar-ketar sampai ditertawakan? Nauzubillah.. Aku benar-benar risau. Harap aku ada kekuatan bila di hadapan mereka. Tahap yakin diriku masih nipis.
Aku mungkin tidak mampu untuk menjadi seorang cikgu yang penuh dengan telatah yang mencuit hati seperti yang semua murid harapkan. Tetapi, alangkah bagus kalau aku dapat menjadi seperti cikguku itu.
Selamat hari guru, cikgu. Maaf atas keterlewatan ucapan.
*Credits to Keoshi for the Danpa Icon. You can download the icon at http://www.keoshi.com/weblog/danpa-icon-pack or just click this button;

share your files at box.net
Depan umah je. Masih terfikir-fikir nak ajar apa kalau disuruh untuk mengajar Bahasa Melayu Sastera.. dan nak buat apa untuk Pendidikan Seni Visual. Ingat nak pi awal la ke sekolah tu. Nak tengok-tengok, daftar ke apa ke. Kasut bertutup tak beli lagi ni. Yang ada semua tak selesa dan sakit kalau nak jalan laju-laju.




Ngeh. Apa pun. Bleh tahan lawak ar citer ni.
