Jul11

Baru je dapat parcel dari W.P Labuan. Lisa bagi. Terima kasih banyak-banyak Lisa.
Dia post 10 Julai 2008. 11 Julai dah sampai. Sangat cepat. Sangat suka. Aku rasa sayang nak makan. Aku sejukkan dulu kat peti ais. Terima kasih banyak-banyak Lisa.

Lisa ni ada jual Contact Lens comel-comel. Bila korang pakai CL tu, maka korang akan dapati mata korang akan jadi macam mata awek-awek korea (yang hitamnya lebih besar). Banyak lagi contact lens yang korang bleh pilih sendiri kat http://secreteyes.org

Tags:
Emotion
Jul3
Create your own Happy-O-Meter at http://www.nuffnang.com.my.
Tags:
Emotion,
Tagged
Jul3
Aku tak pasti lagi sama ada nak bertolak pagi-pagi 6hb Julai tu daripada rumah akak aku, atau 5hb Julai dah tidur kat rumah sewa. Taktau sape yang balik awal lagi. Dua orang housemate aku sampai 6hb malam kalau tak silap. Yang lain-lain aku tak tanya lagi. Ni pun baru je dapat tau yang kitorang bebudak Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia kena daftar 6hb Julai. Adeh. 1hb Julai baru diorang letak pemberitahuan ni. Tu pun kat web FSKPM. Hm.
PENDAFTARAN PELAJAR LAMA BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANAMUDA UNTUK PENGAJIAN SEMESTER 1 SESI 2008/2009 FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
Adalah dimaklumkan bahawa pendaftaran pelajar lama bagi Program Ijazah Sarjanamuda untuk pengajian Semester 1 Sesi 2008/2009 akan diadakan seperti maklumat berikut :-
Tarikh : 6 Julai 2008 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Perpustakaan Lama
*Credits to http://fskpm.upsi.edu.my/
Tags:
Emotion
Jul2

Yeh. Baru je semak Jadual kat portal. Aku free hari Jumaat. Yesh~!!
Subjek untuk semester 1, 2008/2009 ada 5.
BRM3013 - TATABAHASA BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
BRM3023 - PENINGKATAN KEMAHIRAN BERBAHASA GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
KPN2043 - PENGUJIAN, PENGUKURAN & PENILAIAN PENDIDIKAN
SRS2013 - PENGAJARAN PENDIDIKAN SENI TAHAP I
SSP2233 - TEORI-TEORI PENDIDIKAN SENI
Tags:
Emotion
Jul2

Sambut Birthday mak kat Secret Recipe Nilai 1 (agaknya). Mula-mula mak aku yang perasan kucing ni dok tido atas kerusi, bahagian depan Secret Recipe. Aku snap dari dalam. Macam segan la kan nak ambik gambar keluar dari pintu sebab masa tu kitorang tengah tunggu makanan sampai.

Tak lama lepas tu, kucing tu beralih, tidur kat penjuru di kawasan yang sama juga. Bila kitorang dah selesai makan, tengok kucing tu dengan selambanya masih tidur lagi, tapi kali ni kat atas kerusi berhampiran. Ahaha.. Mesti Pekerja + Supervisor Secret Recipe kat situ suka sangat dengan kucing sampai tak sampai hati nak kejutkan kucing tu bangun.

Tags:
Emotion