Perlukah Diet di Hari Raya 6

Un Gato by Faboarts
Risau. Berat badannya bertambah lagi. Tak mungkin penimbang berat tu menipu. Kerap pulang ke kampung mungkin. Tapi itu bukan alasan yang munasabah. Selalu beli makanan untuk berbuka mungkin. Waktu tu nafsu untuk membeli juadah berbuka meluap-luap. Kerana itu mungkin. Kenapa dia susah sangat untuk memasak di bulan puasa? Malaskah? Tidak. Bukan itu. Cuma takut makanan termasin. Takut hilang mood di kala berbuka. Mungkin itu sebabnya. Maka naiklah badannya.
Nak dijadikan cerita. Dua hari sebelum raya, si dia kononnya insaf. Sebelum buka, dia memasak. Orang lain makan soto yang dibuat ibunya. Tapi dia sibuk buat sayur goreng. Tempe bilis goreng pedas jadi lauk sampingan.
Risau. Dia benar-benar risau. Macam mana pula waktu raya nanti? Esok dah raya ni. Gagang telefon diambil, nombor telefon ibu didail.
“Assalamualaikum. Mak, kat mana tu? Nanti lalu kedai orang jual sayur tak? Belikan sayur bayam dengan labu.” Cadangnya nak buat masak air. Biar apa pun orang nak kata. Dia ingin tegar dengan keputusannya untuk berdiet di Hari Raya nanti walau macam tak munasabah.
“Boleh je. Tapi, mak rasa,kan. Takyah la diet raya ni. Hari raya ni, kita tak elok diet. Kita kan nak meraikan Hari Raya. Tak baik diet. Kalau kakak, kan. Hidangkan makanan untuk tetamu, pastu tetamu tu cakap dia tak makan itu, tak makan ini. Tetamu tu cakap dia diet. Apa perasaan kakak? Dua hari ni takyah la diet ye kakak. Hormat orang lain.” Ibunya tak marah. Cuma menasihati.
“Ok lah, mak.” Nadanya perlahan. Ada benar kata ibunya. Naik kuliah nanti pun, dia masih ada peluang diet dengan sungguh-sungguh dan berdisiplin.
ikoko: Makanlah. Tak baik kecilkan hati orang. Memang tuan rumah amat digalakkan hormat tetamu. Tapi, jangan lupa, kita sebagai tetamu juga perlu hormati tuan rumah. Kesian pada tuan rumah. Kalau aku pun, mesti aku macam nak nangis bila apa yang dihidangkan, tak dimakan. Rasa macam nak buang je makanan tu. Buat apa tuan rumah masak kalau tetamu tak makan? Jagalah perasaan orang, k. Nak diet, dietlah bila tak bertandang ke rumah orang. Tuan rumah juga patut makan bersama tetamu. Bila kita terima tetamu, tak perlulah kita diet. Biar tetamu tu rasa “diterima kehadirannya”.
Related posts:
- Dam Dam Dum Bunyi Mercun Bising Dulu aku suka lagi melayan mercun semua. Tapi sekarang, dengar...
- Suri Rumah Tegar Termasuk hari ini, genap sebulan aku relax-goyang-kaki. Jadi suri rumah...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.






erm..tak payah lah diet..pesan pada ‘si dia’, tak elok diet time raya ni..cuma perlu jaga kuantiti dan jenis makanan yg diambil..’si dia’ perlu hati2 agar jgn byk minum air manis dan kalo bleh, elakkan makan benda2 berlemak dgn byk..insyaAllah..bleh punya..saya yakin ‘si dia’ ingin nikmati beraya bersama keluarga kali ni sbb tahun depan mungkin segalanya akan berubah..
aku selalu berpesa pada cik puan aku..nak diet,xperlu…yang perlu adalah..makan berpada-pada..Jangan ikut nafsu..jangat ikut selera.Makan cuma melepaskan rasa lapar sahaja
yeah..nice advise from xmindfreakx..mmg kita tak perlu diet hanya hati2 bila makan..so, apa mcm cik adik ikoko?
Betul tu.. Tak baik…
DIetlah lepas ni dengan puasa 6…
erm… takkan la makan 2 hari sudah naik badan.. mana ada la. makan saja.
nnt puasa 6 diet lah. itu sebenarnya diet.. dapat pahala lak.
skang takyah la diet lagi kalau diri tu nak beraya umah org. kalau nak lepak di rumah, boleh la nak diet.
selamat menjamu selera..huh..
time raya pun nak diet? apa barang. time ni la nak balas dendam..