Article written

  • on 28.12.2008
  • at 04:19 PM
  • by ikoko

Jumaat Free Lagi 10

Dec28

Time Table Sem 2, Sesi 2008/2009

Alhamdulillah. Aku baru sahaja semak Kelas untuk semester depan. Sekali lagi Jumaat aku free. Yeah~! Suka sangat! Yelah, daripada hari Isnin free, lebih baik hari Jumaat free. Yeay!

Kenapa? Sebab selalunya, Jumaat memang deria-deria untuk rajin membuat tugasan agak tipis. Tambahan, ramai yang akan ambil keputusan untuk balik ke kampung pada hari Jumaat petang atas sebab-sebab tertentu. Jadi macam mana nak buat tugasan, kan?

Kalau free hari Isnin, huu..  :?  kebanyakan rakan dalam kelas, memang jarang yang free hari Isnin. Jadi, mesti hari Isnin ni mungkin dijadualkan untuk buat tugasan, atau ada pertemuan dengan ahli-ahli kumpulan  untuk tugasan tersebut.

Jadi, sekarang ni, aku rasa syukur sangat, sebab semester depan, sekali lagi aku free hari Jumaat. :) Mudah sikit nak siapkan apa yang patut. Hari Khamis pula aku ada kelas pagi je. Jadi petang dah free. :)

Eh, tahniah ya dengan keputusan peperiksaan yang korang semua dapat. Jangan bergembira sangat takut nanti kita ambil sambil lewa pula pelajaran untuk semester-semester akan datang. Tu mujur Allah nak bagi keputusan baik macam tu. Kalau Allah taknak bagi, kita tak dapat juga, kan?

Juga jangan bersedih sangat sebab mungkin itu adalah keputusan yang paling baik untuk korang bersesuaian dengan apa yang korang buat semester lepas. Atau mungkin juga kejayaan yang kita nak tu, kita belum dapat sebab kita lambat-lambatkan perintah-Nya mungkin. :) Atau kita ada buat dosa-dosa yang lain. Dosa-dosa besar, mahupun dosa-dosa kecil yang kita tak sedar atau buat-buat tak sedar.

ikoko: Salam Awal Muharram. Beberapa jam lagi bulan Muharram akan menjelma. Sebelum Maghrib nanti, jangan lupa baca baca Doa Akhir Tahun, dan selepas Maghrib pula, jangan lupa baca Doa Akhir Tahun. Semoga tahun depan lebih baik daripada tahun ni. :)

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , ,

subscribe to comments RSS

There are 10 comments for this post

  1. shah says:

    huhu..harap2 ia memudahkan utk awak buat persiapan tanpa rasa tertekan k..hehe..kalo khamis dh free, maknanya awk mesti akan balik kampung hari khamis tengah hari la ye?..kuikuikui..

  2. anasxz says:

    free jumaat. boleh la pi solat jumaat.
    sabtu ahad cuti kan?
    3 hari la cuti..
    byknya cuti..

    best klu di universiti aku dapat jadual camni. tp, apakan daya, kena terima saja la.. :)

  3. aman says:

    hoho..kalo aku jumaat takde kelas gak, boleh balik umah every week..haha..

    salam maal hijrah gak.. :D

  4. Razali says:

    Seronoknya. Boleh balek Batu Pahat selalu. Tapi hari isnin sangat la pack Ina.

Please, feel free to post your own comment

* these are required fields

Bless is powered by WordPress and FREEmium Theme.
developed by Dariusz Siedlecki and brought to you by FreebiesDock.com