Mengisahkan Silvertongue yang mempunyai kelebihan yang luarbiasa. Apabila buku cerita dibacanya, secara tiba-tiba watak dalam cerita tu akan keluar dan salah seorang yang ada di sekelilingnya akan masuk pula ke dalam buku tersebut.
Tanpa pengetahuan sesiapa, rupa-rupanya, anaknya juga mempunyai kuasa yang serupa. Bakat silvertounge itu diwarisi oleh anaknya.
ikoko: Bilalah dapat tengok cerita Bedtime Stories. Cerita tu tak ditayangkan di BigCinemas BP Mall. Malam ni kena ukur baju. Assignment pun baru baca cover dan page pertama. Satu ulasan pun tak buat lagi. Kalau groupmate aku tau ni mati la. Harap-harap dapat siapkan sebelum balik pukul 3.00pm esok. Powerpoint untuk My & Rizal pun tak siap lagi ni. Next time nak siapkan powerpoint lebih awal, lebih baik.
Parit Haji Khasan Jegol. Mencarinya membuatkan aku tersilap jalan. Boleh pula aku masuk jalan Parit Botak. Dah kenapa lah kan? Tu jalan nak ke Benut. Aih aku ni. Konon-konon masa tu hafal map, yakin je masuk jalan ke Parit Botak tu. Uhuhuhu. Ntah kenapa dalam map kat kepala aku, ada nama Parit Botak. Aihshh.. Jadi, terpaksa menghubungi Ayie a.k.a Slax.
Konon-konon faham apa yang diberitahu oleh Slax. Cari sekolah dan masjid. Dah jumpa, tapi macam dah menyimpang jauh je. Ahahha.. :)) Salah jalan lagi. Kali ni tersasar ke depan. Aku dan tunang boleh pula terus masuk jalan ke Segamat sana tu. ahaha :)) …
Lama masa yang kami ambil untuk ke destinasi sebenar. Pukul 2.30pm baru sampai ke destinasi sebenar. Nasib baik kelas belum mula lagi. Kelas dimulakan pada pukul 3.00pm. Cikgu Shazli mengajar tentang cara untuk mengambil gambar portrait, dan banyak lagi teknik-teknik yang lain. Orang lain semua guna DSLR. Huhu. Aku pula hanya bawa camera adik, Canon A570 IS. Ohokz. Encik Ayie, Achmal, dan Cikgu Shazli juga ada betulkan setting camera tu agar boleh di”detect” oleh Set Lighting yang dibawa oleh Cikgu Shazli. Terima kasih banyak-banyak. Antara yang hadir pada hari tersebut En. Shazli, Yana Harmila, Aku & Tunang, Farol Razi, Epul, Azhar Saad, Zairulmiza, Nursyidatulakmal, Safril, Zack, Mohd Shahir Sharom, Mohd Azam, Mohd Razali, Cikgu Awal, Are Team, dan Jai.
Jadi, inilah hasilnya. :p. Tak berapa mahir lagi la. Angle pun tak berapa ok. Patut semuanya vertical, bukan horizontal. Ish.
Idea ini ditulis oleh Mr.Slax a.k.a Mohd Razali pada 20 Januari 2009. Masih fresh lagi idea ni. Ia dianjurkan oleh pihak http://www.ayerhitam.com. Sedikit info mengenai sesi pengajaran dan pembelajaran fotografi tersebut ialah seperti berikut:-
Topik: Teknik Asas Fotografi : Potret
Lokasi: Rumah Antik, Kampung Parit Khasan, Ayer Hitam, Johor.
Tarikh: 26 Januari 2009
Masa: 3.00 petang
Kepada sesiapa yang berminat, bolehlah menghubungi Mr. Slax sendiri melalui emailnya iaitu hi@mohdrazali.com ataupun talian telefon bimbitnya 012 – 733 3960.
Saya difahamkan, bagi sesiapa yang lebih arif dan profesional dalam bidang ini, anda dialu-alukan menyumbang idea dan tunjuk ajar pada hari tersebut.
(iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema`afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.
Baru tadi ni aku check email. Biasa la, wordpress kalau tak dapat Spam comment, memang tak sah. Bila baca-baca tajuk entri, macam tak pernah dengar je. Aku baca la semula entri tu, sebab, ye lah.. kalau dah entri tahun 2005, siapa pun tak akan ingat, kan?