Buang Entri Lama 8
Baru tadi ni aku check email. Biasa la, wordpress kalau tak dapat Spam comment, memang tak sah. Bila baca-baca tajuk entri, macam tak pernah dengar je. Aku baca la semula entri tu, sebab, ye lah.. kalau dah entri tahun 2005, siapa pun tak akan ingat, kan?
Ada plak terselit kisah dongeng-cinta-bangang aku dulu tu kan. Jadi, sekarang ni, aku rasa macam .. segala-galanya pasal yang lepas-lepas, aku nak delete la. Buat apa lah kan nak simpan kenangan pahit, tu kan. Kalau kenangan manis takpe juga.
Kenangan manis, kalau kita ingat semula, kita akan rasa happy. Tapi bila kenangan pahit, rasa macam … warf warf warf~~~!!!
Memang ada orang cakap, kisah lama jangan diingat. Zaman dulu-dulu, aku terasa macam aku tak benci, macam taknak adakan rasa benci tu, dulu aku rasa aku sedih bagai nak gila, tapi sekarang, aku rasa totally benci sangat-sangat. Rasa nak delete semua entri-entri lama secara drastik. Rasa macam nak mulakan dengan entri fresh je. Nak buang ke gaung je entri-entri lama. Eh, apsal ek aku tulis pasal dia kat blog ni dulu. Menyesal. Aku patut buat blog ni happy, bukan bersedih. Membazir masa aku je la kan bertahun-tahun. Hm.. sebab ni lah agaknya, aku tak berapa suka cerita hal cintan-cintot ni dalam blog.
Eh, dah la. Lantak pi. Ahahahah .. :)) Takde faedah pun ingat perkara-perkara lama tu. Buat aku rasa tak best je. Lebih baik fikir, esok pagi nak pakai baju apa, gosok baju, dan petang esok nak bertolak ke KL pukul berapa. Uhuhuu.. Rindu dengan Aduka, Iskandar.
How happy you are in your life is not due to chance or luck but to your attitude towards what happens to you.
By Stephanie Osfield in CLEO (Malaysia), Januari 2009.
Can say goodbye to all my old entries?
ikoko: Feel the joy in everything we do. Stop thinking about how fat you are, how boring you are, coz’ maybe what you think is totally wrong. Maybe they totally not assume you like that. Try to clear your mind of thinking of bad thing about you in a day. You will feel the joy. Bacalah Al-Quran.
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Tags: Emotion, old entry, wordpress
hey… jgn la buang entri lama… biar je kat situ… tu kan part of idop kita… lantak biaq dia kat situ… huhuhu
buang je..if u keep thinking the past, u will forget what in front of u..so..enjoy life onwards and set a border to the past..
Ina, saya cadangkan jangan di buang entri lama-lama. Itu bukti perjalanan hidup kita ni tak selalunya sama mcm yang kita nak. Mesti ada asam garam.
Memanglah kenanga pahit takyah di simpan… tapi melalui kenangan pahitlah kita boleh belajar untuk masa depan… come on my friend… that is your life histories…
So… please jgn di buang… biarkan jerk seperti adanya… itu sejarah… ;)
“CINTA dan KEBENCIAN memang sebuah perasaan yang seiringan.. Kerana Cinta Anak adam saling Benci lalu berbunuhan (kisah Habbil & Quabil)… jadi dimana ada cinta, disitu ada kebencian…” :)>-
aku pindah rumah ke http://yonky.japancrew.info
eh salah, ke http://yonky.web.id
takyah buang. sejarah tuhs.
sejarah mengajar kita menjadi lebih dewasa (aku rase ni macam lirik lagu) :d
Ikoko, wat cam aku. simpan entry lame kat subdomain lain. Haha.:d
takyah delete la cik ikoko…past is a benchmark for us to move forward..yeay