Article written

  • on 11.01.2009
  • at 07:30 AM
  • by ikoko

Pemurah 5

Jan11
Bunga Cinta

Kita tak perlu menjadi seorang jutawan untuk bersifat .

Aku tersentuh sangat bila menonton satu drama sinetron Indonesia, seleksi Taubat beberapa minggu yang lepas.

Ceritanya lebih kurang begini. Ada seorang pemuda dibuang kerja tanpa sebab. Kata pihak atasan, untuk mengurangkan kos syarikat. Padahal, selepas dia disuruh berhenti kerja, dengan seronoknya Orang Atasan itu tergelak-gelak konon-konon puas mengenakan rakan sepejabatnya itu.

Pemuda yang diberhentikan kerja tadi, risau. Dalam keadaan gawat begitu, susah untuk cari pekerjaan makan gaji. Tiba di tepi jalan, dia ternampak seorang tua menjual Surat Khabar. Laku betul jualannya. Bila ditanya berapa yang dia dapat sebulan untuk jualan Surat Khabar ni, orang tua itu menjawab, cukuplah sekadar untuk meneruskan hidup. Hasil penjualannya juga agak lumayan sebenarnya. Orang tua itu juga menasihatkannya, tak kisah kerja apa pun kita buat, janji Halal.

Pemuda tadi meneruskan perjalanannya dalam keadaan yang kusut. Kebetulan dia terserempak dengan Pembekal Surat Khabar. Pembekal surat khabar itu berkata, pada awalnya, dia juga seorang penjual surat khabar tegar. Ke sana ke mari, sehinggalah dia menjadi pembekal surat khabar yang mampu membeli sebuah kendaraan bak Pajero bentuknya.

Pemuda tadi pulang ke rumah. Didapati ibunya sedang terlantar di katil sambil menahan sakit. Batuk kering mungkin. Aku pun tak pasti. Sedih benar keadaannya. Ini menunjukkan dia dianggap tulang belakang keluarganya.

Keesokan harinya, pemuda tadi terus menemui pembekal surat khabar. Dia ingin menjadi penjual surat khabar. Namun, seperti jatuh ditimpa tangga. Hari hujan lebat. Dia jatuh, dan orang di sekelilingnya menolongnya, dan ada pula yang mengambil kesempatan mencuri duit jualan surat khabarnya. Sedih bukan? Walau keadaannya begitu, dia tidak melupakan Allah. Malah dia selalu solat berjemaah di surau.

Dipendekkan cerita, pada suatu hari. Dalam keadaannya yang serba kekurangan, dia terpaksa menjual basikalnya walaupun ia adalah satu-satunya kenderaan untuk memudahkannya menjual surat khabar. Ini adalah kerana ingin membelikan adiknya juadah untuk malam tersebut. Sudah seharian adiknya kelaparan. Dia tidak pernah mengatakan “tidak ada” pada adiknya jika adiknya itu meminta untuk makan.

Pada hari yang sama, datang seorang makcik, iaitu jirannya. Makcik itu kelihatan sangat memerlukan wang untuk membawa anaknya yang sedang sakit ke klinik ataupun hospital berdekatan. Pemuda tadi tidak teragak-agak untuk memberi semua duit yang ada padanya kepada makcik tersebut walaupun dirinya memerlukan wang tersebut untuk modal penjualan surat khabarnya.

Adiknya yang seorang lagi berasa tidak munasabah dengan tindakan abangnya itu. Mereka sangat miskin sehingga terpaksa menjual basikal, tetapi abangnya masih ingin membantu orang lain. Namun, pemuda itu menerangkan secara lembut kepada adiknya, lebih kurang begini…

“Adik, jika kita tidak menolongnya, sudah pasti seluruh kehidupannya dia akan rasa bersalah jika anaknya itu meninggal dunia akibat tidak diberi apa-apa rawatan. Jadi, kita perlu membantunya kerana dia lebih memerlukan wang.”

Bahagian ni yang aku rasa sebak sangat. 6 tahun berikutnya, pemuda tadi sudahpun menjadi Tokei Kedai Buku dan Majalah di kampungnya. Ini semua berkat doa orang yang ditolongnya. Dia tidak mengharapkan balasan ringgit daripada orang tersebut.

Jadi, apa yang aku nak ketengahkan di sini, kita tak perlulah menjadi seorang yang kaya-raya untuk bersifat pemurah. Setiap perkara baik yang kita buat, pasti Allah balas dengan suatu kebaikan yang lain. Maka, rebutlah peluang membuat kebaikan, selagi kita bernyawa.

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: ,

subscribe to comments RSS

There are 5 comments for this post

  1. [...] Sila rujuk entri Pemurah. [...]

  2. hepan says:

    Waa macam menarik je cite ni..

  3. totinx says:

    panjangnye cite
    nak gi class da
    ta sempat nak baceee

  4. iEn says:

    wah sebak tui :(

  5. zara says:

    kisah ni menginsafkan saya dan membuka hati saya pada keadaan sekeliling….

Please, feel free to post your own comment

* these are required fields

Bless is powered by WordPress and FREEmium Theme.
developed by Dariusz Siedlecki and brought to you by FreebiesDock.com