16 Perkara 15

Dah lama aku tak kena tag. Ni pun baru perasan aku kena tag. Apsal la aku terbaca tag ni. Aih. Ok, kali ni, Mr.Fahmishah menge”tag”. Di bawah ni adalah antara syarat-syarat yang perlu dipatuhi:-
1. Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara paling rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh ataupun hala tuju hidup anda.
2. Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.
3. Sila tanda manusia yang telah menanda anda di peringkat awal.
4. Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.
Jom mula’kan.
- Aku boleh menjadi seorang yang pegun, freeze. Terkedu dan boleh buat straight face. Otak blank.
- Tak pernah kena jahit, tapi kena gam. Ingatkan kena gam takde parut, skali tu ada parut gaks. Dah macam bentuk bapak lipan.
- Cita-cita pertama, mau menjadi doktor, kedua, mau menjadi jururawat, ketiga, mau menjadi arkitek islam yang terkemuka di seantero dunia, keempat, berangan mau jadi profesor, profesor madya pun jadi lah, kelima mau menjadi cikgu.. er.. suka mengajar actually, tapi tak terfikir untuk menjadi cikgu, sebab .. macam susah je..
gulp. - Sejak dari kecil, sentiasa hidup dalam dunia sendiri. Er, encik tunang tau itu. Aku pun tak tau macam mana dia bleh perasan. Tu pasal agaknya aku sukar nak bersosial.
- Seorang yang senang nak tidur. Bak kata akak aku yang pada masa itu menasihati anaknya yang berumur 3 tahun, “Akiem, Aisyah, tidurlah. Cuba tengok macam Aunty Ina tu, senang je tidur”. Ahahaha :)) Sabar banyaklah kan. Sejak aku clash, memang aku kuat tidur. Sekarang aku tahap pemulihan sebab sudah ada Encik Tunang. Terima kasih encik Tunang sebab hadir dalam hidup saya.
Paling saya suka bila dekat je diri dengan Allah, rasa tenang tak terkata. So, dah kenapa nak ingat barang yang lepas, kan? - Saya tatau apa itu camera Tamrac. Fahmishah tau. Ohoho. Yang pastinya, saya tak pernah menjual barang kepunyaan saya untuk mendapatkan sesuatu yang saya inginkan. Adik saya selalu membantu saya. Dia sangat pemurah.
Sayang adik. - Aku pernah nekad dengan diri sendiri untuk tidak beli apa-apa selagi aku tak kurus. Pernah la bertahan selama 3 tahun. Last-last, aku beli jugak. Ahahaha. Ye lah.. seluar dah rabak la bro. Pastu pakai seluar yang sama setiap kali keluar.. Adeih.. Bukan malu, cuma terkadang tak sesuai dengan event. Bila pakai jeans, nampak lebih muda. Sebab ukuran badan saya ni dah macam mak orang, jadi SANGAT INGIN MENAFIKAN HAL INI sebab saya masih belum ada anak. Trying hard to decrease my weight. Yakin aku akan kurus balik suatu hari nanti. Apa pun, tak kisah la badan kita macam mana pun, takkan la badan besar, kita tak boleh nak berfesyen, kita tak boleh nak memakai pakaian yang kemas, dan trendy, kan?
Saya bukan menafikan pemakaian baju kurung itu bagus, cuma saya ni ada masalah memilih corak baju kurung. Adalah lebih baik saya beli je T-Shirt lengan panjang yang plain, atau blouse yang plain dan bercorak moden. - Pernah lempang jiran. Lelaki. Waktu tu saya berumur 7 tahun atau 6 tahun kalau tak silap. Dia berumur tua setahun dari saya, atau sebaya, atau muda setahun dari saya. Lupa sungguh. Punca? Sebab dia buat muka annoying dan mencabar saya dengan bermain “tak kawan-tak kawan”. Permainan yang paling saya benci di waktu kecil. Contohnya begini, saya ada jiran. Dua beradik. Saya dan adik juga, dua orang jumlahnya. Jadi, kadang-kadang, adik saya kawan dengan dia, dan saya kawan dengan adik dia, dan kami konon-konon perang mulut atau perang apa pun lah yang menunjukkan protes sikap politik tersebut… Tapi dua tiga hari lepas, saya tiba-tiba teringin untuk berjumpa dengannya. Di mana dia sekarang? Sebab nak sangat minta maaf kerana melempangnya di waktu kecil sehingga dia menangis. T__T.
- Masakan kegemaran, seafood. Siput sedut, ketam, udang, sotong. Semualah. Favourite daging, tapi sekarang kena avoid. Ayam pun sedang kurangkan, tapi buat biasa-biasa je. Sekarang sedang ingin biasakan diri memilih lauk ikan sebagai menu makanan.
- Tidak pandai bawa motorsikal. Tapi sangat suka cycling mountain bike.
- Suka ikan keli, ikan patin, ikan siakap, ikan bawal, ikan nabi, dan sangat ingin makan belut. er.. orang kata belut tu sedap. Tul ek?
- Konon-konon suka MU untuk pasukan bola sepak. Tapi syarat-syarat dalam permainan bola sepak, satu apa pun taktau. Oh. Suka Ryan Giggs 11. Sebab dia selalu menjaringkan gol dulu. Eh. Yeke? Tak kisah la. Ahahahha.
- Suka mengusik orang. Tapi lebih suka menjadi seorang yang pendiam. Sebab tak kena gaya, memang tak pandai nak sesuaikan diri dengan orang lain melainkan orang tu dah lama kenal. Aih.. ye ke. ntah. Kadang-kadang saya pun boleh jadi seorang yang sangat pendiam dengan orang yang dah lama kenal. Memang pendiam kot. Ahahha.. :)) Cakap pusing-pusinglah aku ni.
- Selalu turun naik semangat. Adakala.. memang terlantar dan malas ingin bangun dari katil. Rasa macam malas nak hidup. Padahal, bukan berat sangat pun masalah. Hm.
- Teringin membeli DSLR ..
Harap dapat sambar 1, suatu hari nanti.
Tak kisah la boleh buat duit atau tidak, janji teringin sangat nak ambil gambar yang cantik-cantik. Lepas tu, join buat pameran. (Ko ingat senang??? .. Jika dengan izin Allah, apa pun boleh jadi kenyataan.
) - Aku sangat pemurah dengan diri sendiri. Tapi bila dah takde duit, mula la merepek-meraban, minta belas kasihan tunang. Ahahaha. Apapun, jangan terlampau pemurah dengan diri sendiri, dan jangan pula terlampau kedekut dengan diri. Guna duit untuk perkara yang perlu. Bila ada duit lebih, baru beli benda yang memuaskan hati kita.
Dan 16 orang yang akan kena tag ialah;
1. Nashrex – saje suka tag ko. Dah lama tak tag ko. Ahahhaha.
2. Lila – buat k, rindu dengan tulisan kamu, Cikgu Lila.
3. Fath – apa pula 16 perkara tentang gadis designer comel sorang ni?
4. Rasso – Apa khabar?
5. Paan – Selamat bekerja. Tahniah. Terimalah tag ini. UHhuhu.
6. Kak Kujie – er.. kak kujie dah buat ke tag ni?
7. Silenteve – Aku tau ko busy, tapi, ah. saje nak tag ko. Ni dah double tag ni. Fahmi pun dah tag ko jugak ni.
8. Abah – er. kamu. lamanya mendiamkan diri? Adakah ingin hiatus selama setahun setengah?
9. Amanz – lama tak dengar berita
10. Cypherhackz – Welcome to DSLR club! (JELESZ NI)
11. Anasxz – ok. encik anasxz, saya tau anda rajin. sila buat tag ni.
12. Chot – Street Photographer.
Kali ni, takyah shoot gambar, tapi kena buat tag je. tak susah. hihihi
13. Lisa –
Hi lisa.. meh buat tag ni.
14. Megat – Bila mau update blog?
15. Mohd Razali – Penggiat ayerhitam.com, dan pelbagai lagi.
16. Achmal – Photographer yang rugged.
Bak kata Fahmi, “Jalankan tanggungjawab anda jika masa terluang dan Sekian.”
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Tags: 16 Perkara, ikoko, Tagged





at last, terjawab sudah tag
ahaha.. sorry la fahmi
haha! adakah konsep “im flabbier than my mum.. n she had 3 kids already.. TT____TT” boleh diaplikasikan disitu??..
eh btw! ikan nabi tu ikan apa?
oh.. takde takde.. jangan salah faham k.. T_T
tatau ek, mak saya kata tu ikan nabi.. lemak dan sedap, sebelah je.. sebelah lagi takde..
suka2 kata orang rajin..
suka malas lagi dari rajin..
okeh2.. no problem..
nak main, nak main..
tq..
er.. tak betul ek encik rajin?
okeh la. encik super rajin.
:))
Yang no 15 tu, cepat2 la beli DSLR. Nanti kita boleh buat photo outing sesama blogger. Ayuh!
tu la.. insya-Allah.. kang aku beli.
hohoho..ya ya ya..saya sdg memahami anda..hahaha..mmg btul pun, u live in ur own world tp yg penting kita kene happy always.
erm..hidup ini umpama roda..kejap di atas, kejap di bawah..dan hidup ini penuh dgn dugaan..apa yg perlu, berfikiran terbuka dan positif setiap masa..
“a journey will not start without a single step”
huhuhuh…
rajin super saiya tak mai lagi..
tunggu tunggu..
Hahaha. Kelakar gak jawapan2 akak… ^^ Nanti bila free saya jawab.
Ehhh ikan nabi tu apa?
erm.. terlupa lak nak jawab…
Salam~ tengkiu kerana tagged saya
Akan buat di masa lapang ^_^
dah jawab..
terima kasih,
sekian dimaklumkan.