Barangan Buatan Air Tangan Malaysia 6
Negara kita sedang mengaktifkan semula kempen membeli barangan buatan Malaysia. Berikut merupakan tarikh-tarikh penting kempen tersebut:-
4 APRIL 1984 – Kempen Membeli Barangan Buatan Malaysia dilancarkan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir (Perdana Menteri pada masa itu). Ini adalah atas pelbagai tujuan, termasuklah membantu menjana sektor ekonomi industri tempatan tidak kira yang berat ataupun yang kecil.
14 JULAI 1998 – Krisis ekonomi melanda negara, dan pada tahun tersebut juga, dilancarkan kempen bernama Kempen Ekspo Cintailah Malaysia. Sebanyak 400 buah gerai barangan tempatan dipamerkan untuk tatapan orang ramai dan dalam masa yang sama menarik minat orang ramai membeli barangan buatan tempatan.
16 JANUARI 2009 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengaktifkan semula Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia.
Namun, antara kita perasan ataupun tidak, bila ekonomi stabil, mulalah kita berbelanja ikut suka. Barangan import didahulukan. Perkara ini menjadi-jadi apabila harga minyak telah diturunkan. Antara sebab-sebab yang dikenalpasti mengapa perkara ini berlaku :-
1) Tidak yakin dengan kualiti Barangan Buatan Malaysia, tapi apa salahnya jika kita mencuba? Mungkin ia sesuai dengan citarasa kita. Belum cuba, belum tau, kan?
2) Harga hampir serupa dengan barangan import yang lebih tinggi kualitinya. Ni no komen.
Tapi, kalau bukan kita yang memberi sokongan kepada penjualan barangan buatan Malaysia, siapa lagi? Syarikat yang berkenaan juga tidak dapat meningkatkan kualiti barangan mereka sekiranya mereka tidak dapat apa-apa maklum balas dari pihak pengguna.
3) Sudah biasa dan seperti tidak dapat berpisah dengan barangan import. Ni juga no komen sebenarnya. Contohnya, bagi wanita atau remaja khususnya, mereka mungkin sudah selesa dan sesuai menggunakan barangan pencuci muka ataupun kosmetik yang diimport. Mereka mungkin tidak berani menukar jenama lain atas alasan tidak sesuai dengan kulit muka. Mungkin juga ada di antara mereka sudah mencuba pelbagai jenis pencuci muka buatan Malaysia, tetapi semuanya tidak sesuai dengan kulit mereka. Saya menyokong dengan pendapat ini.

ikoko: Tapi, nape aku sangat ketagih untuk makan Spicy Chicken McDeluxe ni? Daripada balik haritu. Mungkin sebab dah berkurun lama tak makan McDonald’s Burger. Pastu dengan shushi king nya, dengan Nando’s nya, Big Apple Donut and Coffee. Aih. Craving. Oh ye, semua ni tak dapat lawan Nasi Soto dekat Bus Stand Lama Batu Pahat, juga tak boleh lawan Ikan Siakan 3 Rasa di Gazebo, jalan nak ke UTHM tu. Juga tak boleh lawan nasi lemak mamak AL-AZHAR dekat PARIT RAJA, juga tak boleh lawan laksa yang betul-betul depan traffic light UTHM tu. Aih. Craving lagi. Mari tidur, sebelum aku pi dapur dan cari makanan.
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Tags: Barangan Buatan Malaysia, Prihatin




hey hey hey.. saya tak pernah notice plak tempat2 makan yg awak bagitau tu.. sedap ehh? ouh ouh! laksa tu saya tau.. tapi bukan specialty kedai tu mee bandung ke? perghh..
hah??? ada mee bandung ek??? tatau pun.. hish.. takpe2.. nanti tanya.. rasa laksa je kat situ.. yg saya maksudkan ni betul2 dengan ngan traffic light, di kawasan tanah lapang.. gerainya kecil je.. beratapkan zink besi.. pastu rumah owner tu kat situ.. ada la dalam 10 meter dari rumahnya..
ada tanah lapang ek kat situ? bukan crowded dengan rumah-rumah kedai versi lama? ngan koperasi kerepek.. bila kedai ni bukak? saya dah setahun meninggalkan parit raja.. huhu
Bukan.. ni betul-betul depan KUITTHO (UTHM) ..
kat pintu masuk kuittho tu kan ada traffic light, kat situ la tempatnya..
try la nanti..
ouhhh! yang skali dengan cendol tu ek?
ha ah.. cendol madu tuh.. huhu