Diet Ketika Puasa 1

Makin puasa, makin berat badan bertambah. Perkara ni amat biasa berlaku bagi kebanyakan dari kita. Mungkin juga ia mustahil bagi sesetengah pihak yang jarang lapar.
Mak aku cakap, puasa adalah ubat segala penyakit. Penyakit luaran, mahupun dalaman. Senang cakap, untuk zahir dan batin kita. Ada juga orang memilih berpuasa sebagai jalan diet mereka.
Tapi, tu lah yang pelik, kadang-kadang, bila berpuasa, makin bertambah pula berat badan. Puncanya? Mungkin semasa berbuka, kita makan berlebihan. Dan ada pula yang buat slot-slot makan selepas waktu berbuka. Contoh, dah makan waktu berbuka, ada pula yang masih pergi ke dapur pada pukul 9malam. Lebih hebat jika sebelum tidur pun dia bantai makan. Dah kenapa pulak kan? Mestila sebab lapar.
Tapi, sebenarnya, mungkin dia tak lapar, cuma rasa “patut makan” sebab esok dah takleh makan(merancang untuk berpuasa esoknya). Atau mungkin juga dia rasa teringin nak makan. Huhu. Jadi, bila dah makan sebelum tidur, makanan yang tak digunakan dalam badan tu, jadi lemak. Jadi, bertambahla berat badan.
Ada juga pendapat dan hasil kajian, apa jenis makanan pun yang diambil selepas pukul 10.00malam akan menjadi lemak sebab badan kita dah tak aktif masa tu.
Tapi ada juga yang mengatakan, kalau kita makan malam, pastikan kita tak tidur 3 jam selepas kita makan tu. So, ni yang aku tak tidur lagi, sebab tunggu pukul 2.30pm. Sambil-sambil siapkan assignment. Siang nanti dah nak kena kumpul untuk kumpulan.
Hish.. Apalah aku ni macam lari tajuk. Okeh, okeh. Macam ni.
Cuma nak cadangkan dan kita boleh praktikkan sama-sama.
- Bila kita berpuasa, waktu sahur (pukul 4.30pagi atau pukul 5.00pagi), makanlah yang berat-berat. Sebelum tidur tu, masaklah apa-apa kejap atau beli apa-apa yang takde menggunakan minyak (bakar atau rebus dan tak berlemak). Pastu nanti sahur tinggal panaskan jer. Takpun, petik je ulam kat luar rumah tu. Makan je dengan nasi dan kicap. Habis cerita. Ni bukan kes bersamu, tapi, kata nak diet, kan? Ok lah tu. Banyak makan sayur kan bagus. (Lama dah aku tak petik Ulam Raja kat luar tu
takpe, esok boleh petik :D. Busy la). Kenapa kena makan berat? Sebab kita perlukan tenaga untuk jalankan kehidupan kita pada siangnya, tenaga dapat dari makanan khususnya nasi. Tapi, nasi tu, janganlah makan over sangat. Makan ala kadar je. - Waktu berbuka pula, janganlah makan berat-berat. Nabi Muhammad pun berbuka dengan kurma je, baginda dah kenyang. Contoh terbaik, makan kurma sudahlah. Tapi kalau takde kurma, cukuplah makan sesuatu atas tujuan mengisi perut untuk keperluan kita.
- Setiap kali sahur dan berbuka, niat dalam hati, agar apa yang kita makan tu, mengenyangkan kita walau ia dalam kuantiti yang sedikit.
Lain-lain info, boleh la baca di laman web Gabungan Persatuan Pengguna-pengguna di http://www.fomca.org.my/bmalay/tips.php?id=13&ppid=154 dan juga di Puasa Ramadhan Banyak Diteliti Ilmuwan dari web http://hidayatullah.com.
ikoko: Hambek ko~!! Aku baru je makan kuey tiow goreng tadi, sebab teringin sangat. Dengan minyaknya. Adeih. Langgar rulez lagi. Isk. Takpe, esok masih ada. (Tadi konon-konon nak tahan, berbuka makan IKO biscuit yang free sugar-takde lemak tu. Ye lah, ada kelas, mana sempat nak makan apa-apa. Balik kelas, terus teringin nak makan kuey tiow goreng!! Hah. Memang macam agak goyah sikit la diet harini.) Tapi tadi, memang aku rasa macam nak muntah. Perut takleh terima. Ni penangan IKO ke apa ni. Dulu aku kutuk-kutuk biskut IKO tu, sekarang ni, rasa macam minat sangat-sangat pula dengan biskut IKO. Uhukz.
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Tags: Diet, Diet, puasa, puasa diet




memang betul puasa memang bagus untuk kesihatan.masa puasa tulah nak kena kawal serba-serbi baru ada kesan dia..