Article written

  • on 18.03.2009
  • at 12:13 AM
  • by ikoko

Mudah 7

Mar18

Ingat lagi saat tu. Dalam sela masa menunggu masuk waktu kelas berikutnya, kami pergi ke surau.

Aku ingat lagi masa tu. Dia ambil wudhu’, dan terus menyarungkan telekungnya. Duduk di atas sejadah, lalu berteleku di situ. Aku memerhatinya sejak dari tadi.

Dia datang kepadaku. Dia kata, dia rasa tenang sangat, bila ingat padaNya. Pada Allah. Semua masalah pun rasa macam ringan.

Aku tenung mata dia.

Rasa macam nak nangis pula. (Rasa nak nangis sebab, tersentuh. Dengan doa yang sungguh-sungguh, manusia jadi tenang, jadi dekat padaNya. Mungkin ini rahsianya. Mindanya mudah menangkap, mentafsir, memahami. Dengan doa yang sungguh-sungguh, manusia jadi tahu dan faham apa yang dia nak dalam hidup, apa yang dia jawab dalam peperiksaan, apa yang patut dia lakukan dari waktu ke waktu yang lain).

… Mak selalu pesan pada aku, baca Surah Insyiraah selalu, semoga segala kerja kita dipermudahkanNya.

Dia yang tadi, kawanku; selalu juga pesan begitu. Insya-Allah, semua masalah kita akan selesai.

ikoko:Semua orang berkelayakan untuk mendapat A bagi semua subjek. Siapa kita untuk menuding jari, berrkata pada dia, dia atau dia, atau kita sendiri, bahawa dia atau kita tak boleh dapat A. Apa salahnya kita sama-sama dapat A? Tak sukakah kita bila kawan kita dapat A? End.

Related posts:

  1. Freedom Writers Baru sahaja menonton cerita Freedom Writers. Komen aku? Not bad!...
  2. Suri Rumah Tegar Termasuk hari ini, genap sebulan aku relax-goyang-kaki. Jadi suri rumah...
  3. 00:00 01.01.10 Ini merupakan entry pertama untuk tahun 2010. Semoga kita sentiasa...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

subscribe to comments RSS

There are 7 comments for this post

  1. Ayie says:

    Looks like something/someone bothering you…

  2. paklah says:

    kita melihat ke arah yg berbeza… namun.. dengan naluri yang sama… mencari dan mengerti.. apakah erti segalanya yg dihadapan indera. apakah erti kehidupan yang sebenar… siapakah kita.. kemana arah tuju kita…. dan di situ kita akan temui segala galanya. di daerah yang paling seni. antara kita dan cahaya kita. dari Dia dan nur kekasihnya. …pasti, kita kenali siapa Dia, kemana arah kita, dan kenapa kita di sini.
    siapa kita, tidak sepenting apa yang mampu kita lakukan… dunia dan ukhrawi , bila kita temui titik temunya, kita akan tersenyum, biar bersama B, C, D atau repeat subject sekalipun.. bersama atau bersama .
    teruskan …
    -paklah

    • ikoko says:

      Pernah terjumpa, dua tiga orang kawan yang repeat. Rasa bangga dengan mereka. Kalau aku di tempat mereka, mesti aku dah tak mampu nak tanggung. Jadi meroyan agaknya.

      Ada seorang kawan, sama batch, masuk UiTM sama-sama, cuma course berlainan. Bila final semester diploma, dia tak lulus satu subject.

      Repeat.

      Dan sekarang, dia lebih berjaya dari aku sendiri, sedang belajar Master di sini. Sedangkan aku, masih bertatih buat degree. :) Hebat dia. Aku sangat bangga dengan dia.

      Apa pun, kita kat mana pun, kejayaan kita macammana pun, lebih baik kita bertanding dengan diri sendiri. Supaya kita lebih beryukur.

  3. paklah says:

    betul tu ikoko…
    pergi sekolah… balik sekolah… pakai uniform sekolah… baca buku teks yang sama… etc… semuanya sistem ciptaan manusia… memenuhi keperluan manusia sendiri. tiada salahnya..
    asas pembentukan tamadun manusia sejagat.
    namun, disebalik semua sistem ini, kita terleka untuk menelusuri hikmah pembelajaran itu sendiri.
    manusia secara dasarnya adalah khalifah yg dikurniakan pancaindera untuk mentadbir bumi.
    belajar dari alam untuk alam.. azalinya kita belajar menggunakan pancaindera spt tangan kaki mulut hidung mata,etc untuk satu tujuan..
    …mendidik hati dan minda kita.
    untuk apa?
    …untuk menjadi khalifah yg ditugaskan mentadbir bumi.
    ..jua menjadi hamba_Nya.
    -paklah

  4. wie says:

    chaiyok ina… learn from the best!

Please, feel free to post your own comment

* these are required fields

CommentLuv Enabled

Bless is powered by WordPress and FREEmium Theme.
developed by Dariusz Siedlecki and brought to you by FreebiesDock.com