Pejam Celik Lagi 2 hari 4
Pejam celik, pejam celik tinggal lagi dua hari untuk prepare apa yang patut. Hah? Untuk wedding ke? Bukan lor. Untuk final exam.
Semester ni adalah semester terakhir untuk pulun habis-habisan kat atas kertas exam. Macam cepat sangat je dah semester 7. Sem depan dah praktikum.
Orang lain mesti tengah sibuk menelaah nota untuk exam. Esok ni aku kena submit borang nikah kat Pejabat Agama. Bila submit, kena interview skali. Hoh?!! Memang apa yang akan ditanya tu perkara yang mudah-mudah, contoh: Bacaan Al-Fatihah, Rukun Islam, Rukun Iman, Doa Qunut, Bacaan Tahiyat Awal, Tahiyat Akhir. Tapi, kita confirm ke bacaan kita setiap hari, pada setiap waktu solat kita tu, betul?
Hoho. Mari kita semak balik.
Oh ye, ni tunang aku bagi email. Dia attach skali nota untuk dibaca. Kalau sesiapa nak, boleh la download untuk dijadikan panduan.
ikoko: Mana satu nak kena tumpukan ni malam ni? Nota untuk jawab interview kat pejabat kadhi esok, atau nota untuk final exam khamis ni? Gulp!!! Good luck untuk semua!!! Semoga semester ni kita semua sama-sama dapat Dean List. Sama-sama dapat anugerah dekan. Kalau orang lain dah pernah dapat dekan, kita pun sure nak dapat dekan jugak kan? Semoga Allah bagi peluang pada kita semua semester ni, untuk dapat DL. Amiiin!!!
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Tags: Emotion, exam, nota panduan
gud luck…..moga dipermudahkan segala urusan
thanks kak jie.. terima kasih sangat2
hehe..
belasah ja cik ina, semua tu kan dah tau sejak dulu lagi.
pasni leh blog pasal prosedur nak nikah ni, ambik borang kat mana, nak kena tunggu berapa lama nak approve. klu bleh.
moga dipermudahkan.
eh.. apsal saya tak terbaca komen awak ni..
thanks anasxz sebab bagi idea..
nanti saya tulis kat sini..
asyik kering idea je nak tulis apa. aish.