Secangkir Bliss 5
Aku kini sedang ditemani oleh sebuah kipas meja, dan secangkir Bliss perasa strawberry. Cakap pasal perkataan “perasa”, aku teringat dulu pensyarah aku ada terangkan, apa perbezaan “berperisa” dan “perasa”. Aku taknak terangkan lebih-lebih, cukup dengan contoh ayat di bawah ni:-
Asam pedas masakan ibu sangat berperisa. (Asam pedas masakan ibu sangat sedap.)
Saya suka makan aiskrim perasa durian. (Saya suka makan aiskrim durian.)
Ok, faham tak? Kalau tak faham lagi, sila rujuk Kamus Dewan. ;)
Sebenarnya, tengah risau ni. Esok ada dua subjek nak kena ajar. Dua-dua 1 jam. Tapi aku belum mula buat Rancangan Pengajaran Harian lagi ni. Wargh! (Tapi boleh pula update blog. Haish.) Sekarang dah pukul 12.00 tengah malam. Mau pukul 2.00am jugak aku tidur hari ni.
Minggu ni masuk minggu ke dua aku buat praktikum. Masih pada tahap ingin mengenali murid-murid, dan aku juga sedang memikirkan cara mengajar bagaimana yang paling sesuai untuk mereka. Aku ditugaskan mengajar Tahun 3, 4 dan 5. Tahun 3 untuk mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, Tahun 4 dan 5 pula untuk subjek Bahasa Malaysia.
Apa pun, aku harap aku boleh bersabar dan terus bersabar dengan apa jua perkara yang akan aku lalui di sekolah. Kadang-kadang rasa tak sabar nak habiskan praktikum. Tapi ni baru 2 minggu ni. T_T, so there are 12 weeks more to go. T_T okey, nangis kejap.
ikoko: Doakan aku berjaya menjalani praktikum dengan tenangnya.
Tags: Emotion
Tapi, ni tadi tiba-tiba aku serabut sebab terfikir rancangan mengajar untuk minggu depan tak ready satu apa pun. And then belum post lagi kunci untuk Nana, dan belum pun ambilkan lagi nametag. Aiyooo mak aih… Takpe-takpe.





