Secangkir Bliss 5
Aku kini sedang ditemani oleh sebuah kipas meja, dan secangkir Bliss perasa strawberry. Cakap pasal perkataan “perasa”, aku teringat dulu pensyarah aku ada terangkan, apa perbezaan “berperisa” dan “perasa”. Aku taknak terangkan lebih-lebih, cukup dengan contoh ayat di bawah ni:-
Asam pedas masakan ibu sangat berperisa. (Asam pedas masakan ibu sangat sedap.)
Saya suka makan aiskrim perasa durian. (Saya suka makan aiskrim durian.)
Ok, faham tak? Kalau tak faham lagi, sila rujuk Kamus Dewan.
Sebenarnya, tengah risau ni. Esok ada dua subjek nak kena ajar. Dua-dua 1 jam. Tapi aku belum mula buat Rancangan Pengajaran Harian lagi ni. Wargh! (Tapi boleh pula update blog. Haish.) Sekarang dah pukul 12.00 tengah malam. Mau pukul 2.00am jugak aku tidur hari ni.
Minggu ni masuk minggu ke dua aku buat praktikum. Masih pada tahap ingin mengenali murid-murid, dan aku juga sedang memikirkan cara mengajar bagaimana yang paling sesuai untuk mereka. Aku ditugaskan mengajar Tahun 3, 4 dan 5. Tahun 3 untuk mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, Tahun 4 dan 5 pula untuk subjek Bahasa Malaysia.
Apa pun, aku harap aku boleh bersabar dan terus bersabar dengan apa jua perkara yang akan aku lalui di sekolah. Kadang-kadang rasa tak sabar nak habiskan praktikum. Tapi ni baru 2 minggu ni. T_T, so there are 12 weeks more to go. T_T okey, nangis kejap.
ikoko: Doakan aku berjaya menjalani praktikum dengan tenangnya.
Related posts:
- Tapak Kaki Budak 9 Tahun “Buah Naga boleh membesar seperti tapak kaki budak umur 9...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
semoga semuanya selamat ~
=)
cikgu…. owh…..sungguh berperisa penerangan itu..:p
Assalamualaikum..cikgu ina; bestnya ngajar skolah rendah..huhu..ceria2 slalu k
hi azlina, ni fatiha ingat lagi tak? hehe good luck on praktikum..time ni la kite baru terase mencabarnye kerjaya cikgu ni..nway for PSV, budak2 ske aktivity yg fun,if out of idea, kat internet byk…wah cikgu BM..apape pon ajar sekolah rendah a bit fun compare tu sekolah menengah huhu..lucky u!
Salam, lama tak singgah kat sini, sampai orang tu dah bertukar status pun tatau… huhuhu… selamat ngajar cikgu… hehehe…