Archive September 2009

Pasta Carbonara 2

Sep28
Pasta Carbonara

Pasta Carbonara - Gambar dari Google.

Bahan-bahan
1 buku mentega buttercup
4 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 tin campbell mushroom soup classic
1 kotak kecil susu segar low fat / full cream
Cheese KRAFT / lain-lain jenis pun boleh
Sedikit dada ayam / isi ayam (dicincang halus)
Lada hitam kisar

Spaghetti
Optional – spiral / fettuccine

Cara-cara
Ambil separuh mentega buttercup bersama sedikit minyak, letak dalam periuk dan panaskan.
Agak-agak dah cair dan bau naik, campakkan bawang putih yang sudah dicincang halus. Bila sudah berubah jadi macam warna kuning-kuning, masukkan breast / isi ayam yang sudah dicincang halus. Angkat daging ayam beserta dengan bawang putih yang dah masak tu dan masukkan ke dalam mangkuk lain.

Tutup api dapur. Masukkan Campbell mushroom soup classic ke dalam periuk tadi. Masukkan 1 tin air (mengikut sukatan tin Campbell Mushroom Soup Classic) ke dalam periuk tadi. Buka api dapur dan kacau sehingga ia benar-benar hancur dan tidak berketul-ketul. Masukkan 3 atau 5 helai cheese KRAFT dan kacau. Pastikan cheese cair dan sebati dengan soup. Lepas tu, masukkan separuh atau 1 kotak susu segar low fat/ full cream. Kacau. Masukkan secubit garam dan 1 sudu gula. Garam tak perlu banyak sebab kita dah ada cheese dan mushroom soup tu pun sebenarnya dah masin.

Last sekali, masukkan isi ayam & bawang putih yang dah masak tadi ke dalam soup. Bila sudah benar-benar sebati, masukkan lada hitam kisar ke dalam soup mengikut citarasa masing-masing. Kalau taknak letak pun takpe. Terpulang. Kalau masa nak makan nanti baru letak pun ok.

Penyediaan Spaghetti Fettuccine / Spiral
Didihkan air di dalam periuk. Bila sudah mendidih, masukkan satu sudu mentega buttercup. Pastu, masukkan Spaghetti Fettuccine / Spiral dan pastikan ia benar-benar lembut. Angkat dan tapis.

Tadaa. Dah boleh makan. Cara penyediaan, letak Spaghetti dulu, pastu curah je lah soup tu atas spaghetti. :)

ikoko: Lepas korang dah tau buat Pasta Carbonara ni, sure korang dah malas nak makan pasta carbonara ni kat luar. Mahal wei. RM17 satu pinggan. Ni bape ringgit je, dah bleh dapat bape pinggan. Siap 8 orang boleh makan tambah-tambah lagi. Oh ye, thanks untuk Kak Lily untuk resepi yang superb ni. Lepas ni nak letak pulak resepi Spaghetti Bolognies & Sushi. :) So takde alasan untuk makan luar. Eh. Ada siapa-siapa yang tau macam mana nak masak Tomyam Pottek tak?

Tags: ,

Dam Dam Dum Bunyi Mercun Bising 2

Sep15

Dulu aku suka lagi melayan mercun semua. Tapi sekarang, dengar je bunyi-bunyi bising, sakit telinga pulak. Ngeri pun ada. Huhu. Jangan bebudak ni baling depan kereta sudah ler kan.

Lagi dua, tiga hari je kita dah nak sambut raya. Langsir rumah aku tak basuh-basuh lagi. Ahahahah.. Nasib la. Jumaat ni balik Batu Pahat, terus basuh semua. Konon nak pasang langsir yang guna ring tu. Tapi taktau la sempat ke tak.

Agak-agak tak sempat, beraya kat rumah mak je nanti. Rumah mak je hias cantik-cantik. Pastu rumah aku? Kita guna dasar tutup pintu ajer lah kan. Buat macam rumah takde orang. Ahahaha… Banyak cantik ko Ina kan.

Selamat hari raya semua. Maaf zahir batin. Maafkan je lah ek barang-barang silap yang lepas tu. :) Kira jernih la ek semua. :) Terima kasih~!

Tags:

Bless is powered by WordPress and FREEmium Theme.
developed by Dariusz Siedlecki and brought to you by FreebiesDock.com