Suri Rumah Tegar 5

Abah dan mama (ibu mertua) - Wedding mama on Raya ke-3 - Pekan, Pahang. May Allah bless you two my lovely mom and dad.

Aku dan mama (ibu mertua) - Raya 09 - Pekan, Pahang.

Aku, mama dan husband aku - Raya 09 - Pekan, Pahang.
Termasuk hari ini, genap sebulan aku relax-goyang-kaki. Jadi suri rumah tegar. Nak jadi guru sandaran atau guru ganti pun dah akhir tahun ni, jadi tunggu tahun depan je la kalau nak apply untuk jadi guru sandaran atau guru ganti.
Life memang 100% berubah. Commitment dengan dunia baru. Haih. Ni semua orang tau. Cuma cara masing-masing hadapi dunia baru tu sahaja yang berbeza. Aku macam nilah, masih nak sesuaikan diri dengan dunia baru ni. Senang nak berubah, tapi susah nak istiqomah, berterusan buat perkara yang sepatutnya kita buat sebagai suri rumah. Haih. Kan dah keluar ayat kompleks aku.
Ramai juga yang tanya, dah start keje ke? Dah pregnant ke? Haih. Kalau saya dah pregnant, orang yang penting-penting dalam hidup aku, mesti dah lama tahu dah. Kalau aku senyap-senyap tu, faham-faham je lah ok. T_T Semua tu kan kuasa Allah. Mana yang dikurniakan cahaya mata cepat-cepat tu, tu memang dah rezeki dia. Mana yang belum lagi ada cahaya mata tu, mestilah ada hikmahnya tu, kenapa Allah tak bagi cepat-cepat. Cuma sedar dengan tak je. Semua tu kan kuasa Allah.
Untuk apply kerja tu, memang dah ada hati pun. Tapi yang pastinya, aku akan cari kerja, lepas je aku dah cekap bawa kereta manual husband aku. Ahahahha.
) Serious la kakak, abang. Aku dah tak pandai dah bawak kereta manual. Sebabnya, lepas je aku dapat lesen tahun 2002 dulu, aku terus bawak kereta auto. Kereta-kereta yang aku drive, semuanya kereta comel-comel. Bila terdesak je baru macam yakin nak bawa kereta cam besar daripada kancil, dan kenari. Memang aku gelabah punya kalau bawa kereta selain daripada dua jenis kereta tu. Haritu je bernasib baik, merasa bawa Avanza cikgu sekolah masa aku praktikum dulu. Bawa Avanza feeling macam kereta Kenari sebab lebih kurang je rasa macam bawa Kenari.
Alamatnya memang macam tahun depan je nak apply kerja agar duit mahsyuuuuk sikit.
Yelah, tak best la membebankan suami kan.
Biarlah dia settlekan hal lain-lain. Apakah ko nak bagi laki ko tersedak-sedu-terduduk sebab mengenangkan tabiat suka bershopping ntah apa-apa ko? Kesian ok kat suami.
Jadi, secara baiknya, marilah kita sama-sama mencari duit, untuk shopping secara bebasnya. Ahahah…
) Ok. Takyah gelak.
Oh, pasal resepi sushi dengan spaghetti bolognies yang aku janjikan dulu? Nantilah aku tulis, k. Serious memang aku tak ingat. Sebab jarang buat. Dulu pernah buat sekali dua je. Sushi buat sekali je. Tu pun belum superb lagi rasanya. Tak kemas macam akak aku buat. Haih. Cepatlah kak lily balik. Kak Lily merupakan tok guru aku untuk makanan-makanan macam ni. Sekarang ni tok guru tengah sambung study. Agak jauh juga. Jadi tunggu dia bercuti la baru nak menghafal semula resepi makanan tu k.
Oklah. Dah pukul 2 pagi pun ni. Connection 3G waktu malam-malam macam ni boleh okeh-orait pulak kan. Huu. Tu yang rasa nak update blog tetiba meluap. Oklah. Sampai sini je k. Pasal posting ke apa ke good news, nanti aku khabarkan ye.
Related posts:
- Mantan Bumper dan Ros Merah Alkisah. Macam ni rupa BabyBlack bila kena hentam haritu. Tayar...
- Jemputan ke Majlis Perkahwinan Klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar....
- Puding Karamel Tak Manis Tak Tawar Tak lama dulu, aku ada buat entry resepi untuk puding...
- Practicum at Malacca Nana, Mona, Kak Nur and me will stay together...
- Tagged Selamat Hari Ibu Tag ni dibuat oleh Encik Paan, dengar macam menarik, jadi...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Hi Ina… sori nak iklan sket bleh hehe
Dapatkan kad kahwin hard cover untuk jemputan para VIP dengan harga serendah RM2 sekeping! Layari http://www.walimatulurus.net sekarang untuk keterangan lebih lanjut! Agent diperlukan
Hah… meh sini bayar sewa tapak iklan.. ahahaha.
hahaha..
weh ikoko..
ape cer?
sihat ke?
behnye jadi surirumah tegar..
takyah bgn g keje..
huargghhh… (ngantuk)
hoho.. sekarang boleh ar suri rumah tegar.. kang kalau dah start mengajor, dah takde dah title suri rumah tegar.. ntah apa yang tegar nanti tatau ar..
eh.. orang tu nanti bakal jadi ibu tegar aa.. ahahah.. best ah bujal lepas ni, dah ada member.. huhu
hoh?