Archive November 2009

Kembali addicted to blog 3

Nov25
Sudah pukul berapa ni?

Sudah pukul berapa ni?

Kalau ada yang perasan, aku merungut-rungut nak masuk tidur pagi tadi. Sejak pukul 3.43 pagi lagi aku dah merungut. Sebenarnya, yang sebenarnyalahkan, aku masih belum tidur lagi dari tadi. Ohohoho. Sekian, aku rasa macam aku harus tidur sekarang. Ok. Selamat tidur. Pukul 8.30 pagi, kejutkan aku. Sekarang pukul 7.18 pagi.

Nampak gayanyalahkan, aku dah mula ketagih berblogging semula macam dulu-dulu. Uhuksz. Sangat suka maah~! Bukan apa, blog aku yang lagi satu tu, crash, lepas tu tumpang data entry kat blog yang lagi satu, pastu repair /path blog yang crash tu, lepas tu import ke /path tu semula lepas dah selesaikan problem tu, lepas tu pegi delete segala entry yang ditumpang ke blog lagi satu tu, delete categories yang tiba-tiba ada, macam kena hack pun ada jugak. Haish. Korang yang belum upgrade blog tu, baik cepat-cepat upgrade ke 2.8.6 (waktu aku buat entry ni, wordpress 2.8.6 adalah the latest)

Selamat tidur semua. Bagi yang takde kerja tu, alangkah baiknya teman aku tidur berjemaah sama-sama. Jeleszkan orang yang ada kerja. Miahahahahahhahahah!!!

ikoko: Gelak sambil mata kuyu. Ngantuk~! Mari tidur!

Tags:

Congrates Sob 4

Nov25

22November2009 yang lalu, Sob ada menjemput aku ke hari persandingannya. Tapi aku tak dapat attend. Apa pun, congrates untuk Sob. Semoga bahagia untuk selama-lamanya. :) Sampai keseluruh keturunan Sob bahagia. Amiiin. Aku hanya berpeluang tengok di facebooknya sahaja (Facebook | Nur Sobrina Abd Rahman) . Dia sangat-sangat cantik dan ayu di kedua-dua event (nikah dan bersanding). Tahniah lagi sekali Sob. :)

Tags:

3 Helpful Links for Dieting 0

Nov25
Brocolli

Brocolli

I am the person who are obsess to read and try to follow any tips that I read. Maybe these three links will be helpful for you too. :) Keep on smiling and be positive.

The 10 Golden Rules of Dieting

Top 5 ‘Bad’ Foods — and Healthy Foods Substitutes

12 Ways to Fit Exercise in Your Life

Thanks to eDiets.com. Sometimes I feel cruel to my body and life by paying a lots of money and forcing myself to follow the program even though I am not affordable to buy it. So it’s time to change. Read and try any tips to drop out my fat until I got the best tips that I can adapt into it. Insya-Allah. May Allah bless our effort. Yes, of course saying is easy than done, but why not we keep on trying. Coz’ it’s not a sin,lah~!

Tags:

Mantan Bumper dan Ros Merah 4

Nov24
Mantan Bumper a.k.a Gigi Sumbeng Babyblack

Mantan Bumper a.k.a Gigi Sumbeng Babyblack

Alkisah. Macam ni rupa BabyBlack bila kena hentam haritu. Tayar dah botak. Haih. Alhamdulillah, ada rezeki lebih Encik Husband, jadi dia dah pun tukar tayar dengan sport rim sekali. Murah katanya kalau angkat rim sekali.

Skirt / Gigi sumbeng dia pun dah dapat tukar. Kebetulan pergi kedai baiki kereta tu, ada pula orang jual bumper original jenis kereta Encik Husband, so beli ah. Kalau nak baiki, lagi mahal, dengan cat lagi kan. Ni satu hari semua siap. Sangat syiok~!!! Encik Husband sengih je dari haritu. Hati senang kaedahnya. Siap nak tidur ngan kereta lagi. Macam ada Chenta baru plak kan. Haha!

Sekuntum Mawar Merah

Sekuntum Mawar Merah

Thanks Encik Suami untuk sekuntum mawar merah ni. Saya suka~! :)

Tags:

Google Friend Connect 0

Nov22

Baru sahaja add widget daripada gadget google. Namanya “Google Friend Connect”.

Google Friend Connect

Google Friend Connect

Terletak di bawah hujung sebelah kanan dalam blog ni. :) Gadget ni dah lama wujud, cuma sekarang aku baru pakai. Dulu pernah pakai sekali, pastu tak sesuai dengan themes yang aku pernah guna dulu, so bila aku pakai themes yang silih berganti, aku terlupa nak letak goolgle friend connect ni. Pemutusnya, sekarang baru teringin semula nak letak.

Itu pun ilham dari M1NAM1 a.k.a mimi-zu-zu.

ikoko: Thanks for the lovely button that you make for my blog and you put it at your sidebar, cik M1NAM1. :)

Tags:

Streamyx Seadanya 10

Nov8
Gambar diambil dari Streamyx.com

Gambar diambil dari Streamyx.com

Alhamdulillah. Tengahari tadi pihak streamyx ada datang rumah dan semuanya okey katanya. So lepas pasang je dah boleh terus guna. Kiranya aku dah tak jadi nak merajuklah dengan streamyx dan tm. Ahahaha. Dua minggu juga tunggu, mujur tak sebulan ke dua bulan. :) Syukur sangatlah ni.

Haritu ingatkan nak teruskan guna Celcom 3G Broadband, tapi kawasan rumah yang aku duduki sekarang ni belum ada full coverage untuk Celcom 3G. Ada pun satu bar, dua bar, kadang-kadang takde langsung. Duduk tepi satu tingkap rumah aku tu, baru dapat connection. Ahaha.. Memang sedih sangat masa tu. Rasa macam menggigil takde internet. Bila pergi rumah mak, rasa macam lepas gian. Jakun pun ada. Macam tak pernah jumpa internet.

Tapi alhamdulillah, bermula dari tengahari tadi, aku dah dapat online macam zaman dulu-dulu. Celcom 3G terpaksa aku stop dulu. So sekarang, boleh guna streamyx dengan jayanya. Aku ambil package paling rendah, Streamyx Combo RM60 dengan kemudahan wireless dan unlimited usage (384kbps). :) Kira okey lah kan. Daripada bayar RM68, tapi coverage tak ok, baik bayar RM60 tiap-tiap bulan, dan connection internet sentiasa okey. Cuma tiada kemudahan mobile la macam Celcom 3G Broadband. Buat masa ni pun, aku belum ditakdirkan untuk travel lagi. Harap cukuplah travel. Harap Batu Pahat tempat kerja, hidup dengan suami, ibu, atuk, dan membesarkan anak-anak. Ahahahaha. Apakah banyak sangat aku fikir ni kan.

Nak pakai W1 Max, jauh sekali, kat sini memang takde langsung coverage W1 Max. (Agaknyalah). Ada check juga coverage kat www.p1.com.my , masih belum meluas lagi rasanya coverage diorang, plus pada aku, ia agak mahal. Tapi okehlah kot bagi kawasan mereka yang “okey” coverage w1 maxnya, jadi, kita pakailah Streamyx seadanya dulu okeh?

Goodbye Celcom 3G Broadband, Hi Streamyx :D

Tags:

Bless is powered by WordPress and FREEmium Theme.
developed by Dariusz Siedlecki and brought to you by FreebiesDock.com