Archive December 2009

00:00 01.01.10 6

Dec31

Ini merupakan entry pertama untuk tahun 2010. :)

Semoga kita sentiasa ingat untuk sedarkan diri sendiri bahawa kita boleh jadi orang yang lebih baik daripada “kita yang beberapa minit yang lalu”.

Sekarang jam menunjukkan 00:02 01.01.10.

Ada sesiapa nikah pada 01.01.10? 1 Januari 2010? Anyone?

Tags:

2 Minutes to 2010 0

Dec31

Aku harap sempat buat entry kemuncak ni.

Tags:

Baby Born 31.12.09 2

Dec31
Kak Zainah yang tengan duduk, tudung labuh, comel tu.

Kak Zainah yang tengan duduk, tudung labuh, comel tu.

Alhamdulillah. Kak Zainah selamat melahirkan baby girl pada pukul 1.30 pagi tadi, iaitu bersamaan 31.12.2009. Baru 2,3 hari lepas aku call dia, tanya perkembangan dia. Aku siap cakap dengan dia, “Ntah-ntah anak akak lahir 31.12.2009 tak? Ohok. Nanti kena ajar anak express sebabnya, orang lain dah setahun atau beberapa bulan lebih tua dari anak akak, anak akak umur setahun muda ke belakang. ohok”

Dia adalah kawan aku yang paling penyabar. Saat aku dilanda masalah, saat aku tiada kawan dan mahu berteman, dia sentiasa ada dan tak pernah rasa jemu beri nasihat walau aku ni sangat degil. Love her so much.

ikoko: Ni je gambar yang aku jumpa. Tu pun sebab letak kat flickr. Ni gambar masa jamuan berbuka puasa bersama pelajar-pelajar Pendidikan Sekolah Rendah. Dah lama jugaklah gambar ni. 2 tahun lepas kalau tak silap aku. Bersamaan tahun 2006. Ke 2007 ek? Masa ni aku semester 3 rasanya. Ntah ah. Lupa dah.

Tags:

Remember Me by Sophie Kinsella 13

Dec30

Aku ada order online novel yang ditulis Sophie Kinsella melalui MPHONLINE. Bayar guna Maybank2u. Semua ni gara-gara terpengaruh dengan Chika dan Fath. Konon-konon nak improve English lah gituh.

Aku tak sangka novel ni aku terima awal. Lepas dua hari order, terus dapat. Pantas sungguh MPHONLINE. Adik aku cakap, dulu dia kena tunggu sampai 2 minggu untuk buku yang dia pesan.

MPHONLINE

Parcel from MPHOnline. Tak sabar nak bukak!

Remember Me by Sophie Kinsella

Remember Me by Sophie Kinsella

430 pages

430 pages.

Di bawah adalah serba sedikit sinopsis novel ni.

When twenty-eight-year-old Lexi Smart wakes up in a London hospital, she’s in for a big surprise. Her teeth are perfect. Her body is toned. Her handbag is Vuitton. Having survived a car-in a Mercedes no less-Lexi has lost big chuck of her memory, three years to be exact, and she’s abount to find out just how much things have changed.

ikoko: Bila aku dah habis baca buku ni nanti aku bagitau best ke tak. Ohoks.

Tags:

Free Windows 7 Image Resizer Powertoy 0

Dec30
Free Image Resizer Powertoys for Windows 7

Free Image Resizer Powertoys for Windows 7

Kadang-kadang, nak resize pictures sikit punya leceh. Aku dah lama guna benda ni. Right-click je pada gambar, terus je boleh kecilkan gambar. Jadi memudahkan kerja aku untuk mengecilkan gambar. Image resizer ni juga boleh kecilkan gambar sekali banyak. Hoh. Best kan?

Dulu aku guna Image Resizer Powertoy untuk windows xp. Tapi sekarang dah tak compatible dengan Windows7 yang aku tengah guna ni.

So, aku jumpalah Windows 7 Image Resizer Powertoy di mana fungsinya sama juga image resizer yang aku pernah guna sebelum ni.

Walaubagaimanapun, dia punya kualiti gambar berkurang kalau guna image resizer ni. Tapi ia boleh menjimatkan masa kita untuk resize gambar. :)

Tags:

Spaghetti Bolognese 2

Dec28
Spaghetti Bolognese

Spaghetti Bolognese - Gambar dari google.

Haritu aku dah janji untuk bagitau macam mana nak buat Spaghetti Bolognese. Aku ingat-ingat lupa. So siang tadi hentam je buat. Uhuk. Alhamdulillah jadi. Ok. Ni resepinya.

Bahan-bahan
Spaghetti (terpulang nak guna spaghetti jenis apa, selalu aku guna brand San Remo)

1 biji Bawang Besar (dipotong dadu)
4 biji tomato (dipotong dadu)
1 botol / tin tomato puree PREGGO
2 biji lada benggala / capsicum (dipotong dadu)
1 mangkuk daging lembu atau ayam (dicincang halus dan disangai terlebih dahulu untuk jimatkan masa memasak)
Beberapa Kepingan keju (selalu aku guna jenis CRAFT dan terpulang pada korang nak letak banyak mana pun)
1/2 buttercup
1 sudu minyak jagung / sayuran / olive oil
2 atau 3 sudu gula (ikut citarasa sendiri, tapi pastikan gula lebih dari garam)
Garam (1 camca kecil pun dah cukup, kalau tawar juga)

Cara-cara
1. Didihkan air dan masukkan spaghetti, letak satu sudu butter. Pastikan air betul-betul didih, baru masukkan spaghetti.
2. Untuk kuah pula, cairkan butter dan tambahkan minyak sedikit ke dalam periuk.
3. Masukkan bawang dan garam sedikit. Tunggu hingga naik bau.
4. Masukkan tomato, dan beberapa sudu gula (ikut suka, aku selalu letak 3,4 sudu gula. haha. biar sedap sikit). Jangan sampai tomato layu, terus masukkan tomato puree PREGGO.
5. Masukkan air ke dalam botol/tin preggo yang telah kosong tadi, dan goncang-goncang. Masukkan air tersebut ke dalam periuk.
6. Bila dah mendidih, masukkan daging.
7. Bila nampak daging dah empuk, baru masukkan capsicum (lada benggala).
8. Last sekali, baru masukkan cheese. Letak la berapa banyak pun dan kacau.
9. Testlah, kalau kurang garam, masukkan garam sikit lagi, kalau takut masin, masukkan garam ke dalam air panas. Then letak sikit-sikit air garam tu, sambil rasa bagi sedap. Kalau macam tak yakin termasin ke apa, pepandailah tambah air ke apa ke, kalau adjust terlampau banyak sangat, jangan lupa tambah tomato. :) Jadi baru rasa dia macam mesra sikit.

ikoko: Oklah, tu je lah kot. Nanti aku upload gambar. Tadi tak sempat nak ambil gambar. Sushi next time aku letak ye resepinya. :) Macam dah ingat dah macam mana nak buat sushi. Kesian husband aku macam demam ni. Haih. K lah. Tata.

ikoko 2: Ejaan sudah diperbetulkan daripada Speghatti Bolognies ke ejaan yang betul, iaitu Spaghetti Bolognese (sumber : Wikipedia)

Tags: ,

Siapa "Witheld"? 13

Dec17

Fuh. Nasib baik aku tak angkat telefon tadi. Tetiba je orang yang bernama “Witheld” call aku tadi. Aku pelik sebab dalam list phonebook aku, tiada nama “Witheld”.

Baru sekejap tadi ni aku search kat google, sebab nak tahu, siapakah gerangan “Witheld” yang call nombor celcom aku. Rupanya “Witheld” ni adalah pihak yang bakal menipu orang yang mengangkat panggilannya. Aku dapat tahu ni daripada “Jangan Tertipu Ganjaran Celcom RM10k“. Alhamdulillah.

So, sesiapa di luar sana yang ada terima panggilan dari “Witheld”, janganlah angkat. Sebab anda akan ditipu oleh “Witheld” tersebut dengan mengatakan yang Celcom ada memberi ganjaran kepada anda RM10k dan dia akan meminta user id serta password. Lol! Kalau menang, dan dia nak transfer duit, minta je lah nombor account. Tak ke tak logic sampai nak mintak user id dan password???!!! So jangan cepat tertipu ok.

ikoko: Tetiba teringat aku pernah kena tipu dekat depan Carrefour. Pergh. Aku sikit punya nerd, boleh percaya dan bagi duit sikit. Balik rumah, dah rasa tak sedap hati. Search nama company berkenaan, memang betul, company penipu!!! Dah takde pun signboard company tu dekat bangunan yang aku pegi tu.

Tags:

Tudung Oneng, Shawl dan Biasa 4

Dec17

Bila bersiap-siap, aku mesti tanya hubby, ok ke tak make up, tudung ok tak? Baju ni sesuai tak dengan seluar ni. Ahaha… Semua pun mau tanya.

Bila tiba part tudung, aku pernah la sekali-sekala teringin kan nak pakai shawl (tudung selendang) sebab tengok orang lain pakai cute dan nampak macam modern sikit. Tapi, tau tak apa hubby cakap? Nampak pipi tembam, muka penyek. Ahahaha… Terus masa tu jugak aku akan betulkan tudung, dan terus lipat, jadikan macam tudung biasa. Dalam kereta la aku biasa buat.

Ok. Aku ada gaks teringin nak pakai tudung yang ada oneng tu… alerhai tudung arianni bagai tu lah. Dia pun tak bape suka aku pakai tudung tu. Macam orang dah berumur dia cakap. Adoi la kan… Memang nampak gayanya memang kena pakai tudung biasa ajer lah lepas ni. :)

Kesimpulannya yang boleh aku buat, siapa yang bahu tak jatuh dan bahu tak lebar, sesuai lah pakai tudung Arianni dan Tudung Oneng. (Huhu. Kekadang aku degil gaks, main pakai je asal boleh. :) )

ikoko: Macam malas pulak nak letak gambar. Hm.

Tags:

Zombieland said, "Nut Up or Shut Up!" 5

Dec12

[kml_flashembed movie="http://www.youtube.com/v/QavDD6MKAL4" width="425" height="350" wmode="transparent" /]

Uhuks. Aku baru je tengok cerita ni dengan Mr.Hubby tadi. Aku tak banyak buat research sebelum tengok cerita ni. Kalau sebelum-sebelum ni, memang aku cari dulu trailer dari Youtube, menilai secara kasar, dan lepas tu baru buat keputusan sama ada nak tengok atau tak satu-satu cerita tu.

Rating yang aku boleh buat untuk cerita Zombieland ni, 5/5 ahh.. Ahahah. Sebab cerita ni memang berjaya buat aku gelak panjang-panjang sampai orang keliling dah berhenti gelak pun aku still gelak panjang-panjang sampai Mr. Hubby senggol-senggol lengan aku agar stop laughing like a freak. “Oh, ok.” Tapi lepas tu, yang lain-lain sambung gelak lagi dengan lawak yang tak putus-putus dalam satu-satu masa. Ok. Hembus nafas, tarik nafas balik.

Pelakon dalam cerita ni takdelah terkenal pun, cuma nampak macam muka nerd;Jesse Eisenberg, lepas tu ada yang sangat cun melecun lebih kurang macam Zooey Deschanel iaitu Emma Stone, ada juga yang cute; Abigail Breslin, ada juga yang ganas superb; Woody Harrelson! Eh, korang tengok ar sendiri cerita ni kat wayang. Two thumbs up ahh untuk diorang! Sebab dah mensasarkan penilaian aku yang pada tahap awalnya memang tak menjangkakan pun cerita ni best.

So, Lets Nut Up or Shut Up!

Tags:

Bless is powered by WordPress and FREEmium Theme.
developed by Dariusz Siedlecki and brought to you by FreebiesDock.com