Sedap Macam Mana? 6

I love you.
Lagu jenis macam mana yang korang suka? Ada orang ikut trend. Ada orang dia suka lagu yang sama berulang-ulang kali dengar pun tak jemu. Ada orang lagu apa pun dia layan.
Lain orang berbeza citarasa. Kalau aku, aku lebih suka lagu-lagu yang pernah abang-abang dan kakak-kakak aku layan dulu. 70′s. 80′s. 90′s. Kebanyakan lagu yang aku suka juga adalah lagu yang sedap pada rentaknya. Jarang sangat aku membelek liriknya. Cuma bila aku tengah angau dan layan sedih je akan melayan lirik-lirik lagu.
Ingat lagi pada lagu Eternal Flames by The Bangles, Linger by The Cranberries, banyak lagi yang aku tak dapat senaraikan kat sini. Bila layan lagu-lagu diorang, ohooiii.. sangat mahsyuk~!
Kalau ditanya lagu-lagu sekarang, aku lebih suka lagu yang… hm… sedap rentaknya (macam yang aku cakap tadi), dan jarang-jarang keluar di radio. Saje suka. Terasa lagu-lagu ni unik dan misteri. Rasa macam sangat special untuk diri kita sendiri. Macam aku cakap awal tadi, kadang-kadang takde apa-apa sebab pun aku suka lagu tu melainkan rentaknya.
Sekarang, aku sedang melayan Masih Cinta by Kotak. Nak dengar? Silakan. Klik sini.
Ahaa.. Macam yang dalam gambar ni. Tu gambar aku dengan suami. Suami aku ni pula jenis suka lagu-lagu jiwang karat super power. Ohooii. Yang tangkap leleh, tangkap nangis~ hamek ko. Memang aku dengan dia sangat contra. Aku memang banned lagu-lagu tangkap leleh. Ahahahaha. Keunggulan cinta~~ Dari sinar mata~~ yang bergeloraaaaaahhhhgeli~! Sampai setiap kali dalam kereta, memang suami aku mengalah. Dia akan dengar yang lagu kitorang sama-sama suka je. Biasanya red.fm, dengan mix.fm. Tapi kadang-kadang dia merayu-rayu jugak kat aku untuk dengar lagu-lagu tangkap nangis dia tu. Bila keluar je meleleh-leleh lagu tu dari speaker, terus buat aku tertidur la kan punya mendayu-dayu. Ahahahaha. Ada satu ketika, sampai suami aku sendiri terikut sama ngantuk dan lalok. Last-last, dengar red.fm dengan mix.fm juga. Ahahaha.
Saya menang!
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Tags: Emotion




aku kalau suka lagu tu leh looping sehari suntuk sampai lebam lemau. bila bosan,dah..tutup. benci pulak. haha
ahaha.. ni ko memang layak dah beli ipod ni..
ohh.. ipod.. saya mahu ipod please~~ T_T nangesh. cepat ahh keje..
Salam ziarah. Blog anda sgt menarik. Jemputlah dtg ke blog saya pula. Jom kita saling jadi follower? Buat MOU, OK? Thanks.
Zuki (zukidin.blogspot.com)
macam mana sir tahu pasal blog saya?
huhu..lagu rock2 kapak ar best..tak mcm lagu2 skg, ntah apa2 je..lebih kpd berckp je..
ahaha.. ok ah tu.. ye ah ye ah… tapi taknak yang lagu sedih2 k.. lagu2 amy search banyak yang best2..