Zombieland said, "Nut Up or Shut Up!" 5
[kml_flashembed movie="http://www.youtube.com/v/QavDD6MKAL4" width="425" height="350" wmode="transparent" /]
Uhuks. Aku baru je tengok cerita ni dengan Mr.Hubby tadi. Aku tak banyak buat research sebelum tengok cerita ni. Kalau sebelum-sebelum ni, memang aku cari dulu trailer dari Youtube, menilai secara kasar, dan lepas tu baru buat keputusan sama ada nak tengok atau tak satu-satu cerita tu.
Rating yang aku boleh buat untuk cerita Zombieland ni, 5/5 ahh.. Ahahah. Sebab cerita ni memang berjaya buat aku gelak panjang-panjang sampai orang keliling dah berhenti gelak pun aku still gelak panjang-panjang sampai Mr. Hubby senggol-senggol lengan aku agar stop laughing like a freak. “Oh, ok.” Tapi lepas tu, yang lain-lain sambung gelak lagi dengan lawak yang tak putus-putus dalam satu-satu masa. Ok. Hembus nafas, tarik nafas balik.
Pelakon dalam cerita ni takdelah terkenal pun, cuma nampak macam muka nerd;Jesse Eisenberg, lepas tu ada yang sangat cun melecun lebih kurang macam Zooey Deschanel iaitu Emma Stone, ada juga yang cute; Abigail Breslin, ada juga yang ganas superb; Woody Harrelson! Eh, korang tengok ar sendiri cerita ni kat wayang. Two thumbs up ahh untuk diorang! Sebab dah mensasarkan penilaian aku yang pada tahap awalnya memang tak menjangkakan pun cerita ni best.
So, Lets Nut Up or Shut Up!
Related posts:
- Freedom Writers Baru sahaja menonton cerita Freedom Writers. Komen aku? Not bad!...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.






Aku da tengok cite ni. Haha. Lawak gile, tapi cun gile effect dier kan. Suke btol aku.
Ahahha.. paling tak tahan yang dia pi rumah agam Bob Murray… yang Bob Murray mati pastu tarik nafas sikit punya panjang. Wahkahkah. Pastu yang dia tolak Bob Murray siap ada buat tembak2 lagik. ahahaha.. slot ni yg aku gelak tanpa henti. ohok hok hok
haha tau tape. Aku tgk kat rumah je. Tu pun da gelak guling2.
lawak tu bleh tahan ar..walaupun hanya ada 5 watak utama, tp mostly mmg layan gelak ar..
Zombieland ni, tengok kat rumah Dr. kami masa beliau buat makan2 kat umah.. Agak best. Tapi geli. Tapi tak sempat tengok ending sebab time tu dah mula makan dan kami yang undergrad ni duduk kat tepi yang tak nampak TV. Haha.