Jan28

Fullscreen capture 28-Jan-10 100238 AM using Picasa Software
Selama-lama ni, aku tak tahu pun yang Picasa pun ada features “tag name” yang lebih kurang macam facebook tu. Hoho. Harini baru perasan. Eh, korang wajib download Picasa ni sebab ia adalah software yang memudahkan hidup korang pada zaman sekarang ni dalam menguruskan gambar-gambar yang ada transfer ke komputer korang.
Tags:
Emotion
Jan28

Sepit Rambut yang Tiada Perasaan
Kadang-kadang, ada orang tidak menghiraukan langsung perasaan orang lain apabila bercakap, atau melakukan sesuatu sehingga orang lain tersentuh perasaan macam hati kena toreh dengan pisau. Manusia ni memang macam-macam jenis. Agak kasarlah, gitu!
Apa puncanya? Nak salahkan mak bapak pun tak boleh, sebab selama mana kita hidup di bawah jagaan mak bapak kita, paling koman pun sampai umur kita 17 tahun, atau 18 tahun. Tu pun kalau kita tak masuk asrama. Mungkin juga disebabkan pergaulan kita, dengan siapa kita bergaul dan cara kita membawa diri kita.
Perlukah aku senaraikan apa yang ada perasaan, dan apa pula benda yang tiada perasaan? Memang kita tak boleh puaskan semua hati manusia dalam dunia ni, tapi adalah wajar kita jaga hati manusia selagi kita boleh.
Mungkin juga disebabkan kita sebenarnya tidak sedar langsung yang kita dah guriskan hati orang lain, ataupun kita sedar tapi macam tak sedar!
Haih.. jangan lupa, manusia ni adakalanya, mereka sangat sensitif. Terlampau sensitif. Kadangkala mereka memang okeh-orait aje.
So, watch your mouth!
ikoko: Sambil mengingatkan diri sendiri.

Barang Maujud yang Tiada Perasaan
Tags:
Emotion
Jan26

Sambal Udang Petai
Hari-hari tengok kaca tv sampai nak pecah tv, hari-hari online walau internet hanya berkelajuan 384kbps tapi rasa enjoy sangat, hari-hari fikir apa masakan yang best untuk suami walau pada akhirnya; suami yang bagi pendapat untuk masak apa :)) , hari-hari hanya menyapu je kerja serta basuh baju (ni tak payah cerita pun semua orang buat. hoho. Ah! Nak cerita juga! ), hari-hari pun nak tulis apa yang dilakukan di twitter (pada masa yang sama update status facebook secara auto).
Ahaa! Kan dah melalut sampai semua pun nak cerita, kan? (Ini namanya ayat pengulangan seolah-olah menekankan maksud ayat tersebut). Alerhai. Sebelum aku buat entry ni tadi, berderet-deret tajuk rancangan tv dalam otak untuk dikongsi dengan semua. Hm… Buat masa ni, ada beberapa jenis golongan penonton yang aku dapat kenalpasti. Peminat rancangan tv realiti (reality tv show), rancangan dokumentari, talk show (perbincangan ilmiah), rancangan kartun dan anime, drama baik yang bersiri mahupun stand alone (eh, boleh ke pakai istilah ni?), game show, music dan segala macam lagi. Kalau korang, korang suka rancangan yang macam mana dan apa tajuk rancangan tu?
continue reading »
Tags:
Emotion,
Prihatin
Jan13

Boleh dapatkannya di MPH, Popular, etc.
Gaya cerita dan bahasanya bersahaja. Macam kau tengah baca diari orang lain. Ohohoho. Mudah difahami. Tapi aku belum beli lagi. Ni adalah antara satu di antara wishlist aku. Eh, nak buat category wishlist lah kat blog ni. hihi.
*Gambar diambil dari wikipedia Diary of a Wimpy Kid
Setakat ni, yang aku tahulah, kan, buku ni ada dijual di kedai buku MPH, dan juga Popular Books Store. Sesiapa yang nak beli online, boleh beli di MPHOnline dengan harga RM29.90. Agak mahal, tapi puas hati.
Ada banyak lagi version diary wimpy kids ni. Aku tak ingat, serta malas nak senaraikan. Huhu. Kamu semua boleh search di google, ok?
Tags:
Wishlist
Jan13
Haish. Tiba-tiba je mati idea. Macam kosong tetiba je otak ni. Tadi macam banyak sangat nak taip.
Sebenarnya, hubby aku tak berapa sihat sejak dua menjak ni. Minggu lepas blood pressure dia naik mendadak. Ahad lepas pula hubby mengadu sakit kepala lagi. Sampai dia tak sedar dia tertidur. Katanya pengsan masa tu. Badan dia tak panas, tapi bila aku letak towel lembap atas dahi, boleh jadi panas pula kain lembap tu. Jadi malam dia gagahkan diri juga drive pergi Klinik Nur (berdekatan bus stand Batu Pahat).
continue reading »
Tags:
Emotion
Jan13
Semalam aku dan hubby celebrate Ulangbulan Perkahwinan kitorang (Ulangbulan : Ulangtahun) sempena tujuh bulan bersama. Tetiba je aku terasa nak celebrate.
Sekadar makan-makan di FOOD MORE, BP Mall (berdekatan dengan PizzaHut). Kami beli makanan promotion sempena Cristmas. So agak murahlah walau takdelah murah sangat pun.

Semuanya RM15.90 : Chicken Grill with Mashroom Cream, Ipoh White Coffee (Nescafe), Chicken Soup

White Coffee (brand Nescafe) - agaknye lah.
continue reading »
Tags:
Dygta,
Emotion
Jan1

Puding Karamel first time buat dengan air tangan sendiri (kononnya).
Tak lama dulu, aku ada buat entry resepi untuk puding karamel ni. Tu pun sebab aku dapat resepi tu dari blog cikdaunyangdahjadipuanjugasudahmenjadimama. Sekarang baru aku teringin nak buat sendiri. Tapi tak sepenuhnya sendirilah, masih dibantu mak serta Kak Yun.
First time buat, jadi hubby juga ada tolong sikit-sikit. Dialah yang mengeluarkan puding karamel ni ke atas pinggan dengan hati-hatinya (tapi tertumpah jugak. haha). Thanks la Dear Sayang. Ni juga merupakan bahan nak buat gempak kepada hubby sempena Ulangbulan Perkahwinan kitorang. Alhamdulillah dah 7 bulan kami bersama.
Dengan orang lain, mungkin aku tak rasa seronok dan happy macam ni. Thanks to be my husband, dear.

Setelah dibelah dan dimakan terlebih dahulu. Hoho.
Ok. Mengenai resepi puding karamel ni, aku memang mematuhi hampir 100% resepi cikdaun tu. Cuma ada la aku tambah sikit. Part buat karamel (gula hangus tu), aku buat lebih sikit sebab loyang aku lebar, jadi macam tak cukup sukatan gula yang ditetapkan. Part buat pudingnya pula, aku tambah lagi setengah sudu kecil vanilla essence (bermakna aku letak 1 1/2 sudu kecil).
Rasanya? Menurut mereka-mereka yang makan puding karamel tersebut, ia tak berapa manis, dan juga tak berapa tawar. Just nice ah gituh. So lepas ni boleh buat lagi ah.
ikoko: Ahaha.. Tetiba je kan nak berderet entry untuk pembuka 2010 ni.
Pembuka maal hijrah taknak buat plak. Haish.
Tags:
Emotion
Jan1
Buat tajuk dulu atau isi entry dulu? Kalau ikut kepada rasa excited aku, aku akan cipta tajuk dahulu sebelum memulakan apa-apa isi untuk sesebuah entry tu. Dah sedap cipta tajuk agaknya aku ni.
Tapi sebenarnya, adalah lebih baik kita buat isi entry dulu, baru buat tajuk. Lama dah aku tak amalkan penulisan sebegini.
Kadang-kadang, aku rasa macam nak main hentam je tulis tanpa berfikir perkataan apa atau ayat apa yang sesuai untuk ditulis selepas ayat yang baru je aku tulis tadi. Maksud aku, sentiasa menjaga tatasusila semasa menulis agar ayat nampak lebih teratur dan tak kacau bilau.
Kadang-kadang juga, bila aku terlampau fikirkan apa yang perlu ditulis untuk ayat atau perkataan berikutnya dalam satu-satu penulisan yang aku buat, aku jadi pendek akal untuk teruskan tulisan.
Sekali lagi, entry ni adalah entry untuk memuji penulis blog seperti Cypherhackz, Kak Kujie, dan Fahmishah (tiga nama blogger ni sahaja yang terlintas di otak fikiran semasa menulis perenggan ini, tiada langsung niat untuk membodek).
Cakap-cakap pasal blogger ni, ada satu web di mana ia mengumpulkan blogger seantero dunia (tapi kebanyakannya setakat ini adalah dari Malaysia). Tagline untuk web tersebut juga dicipta oleh seorang blogger yang juga ahli dalam web tersebut. Ah, tengok! Kan dah makin kompleks ayat yang aku buat. Dipendekkan cerita, web GengBlogger.com dijadikan sebagai pusat untuk para blogger dengan tagline Komuniti Blogger Anda (tagline ini dicipta oleh Encik AriffShah).

ikoko: Aku baru cipta tajuk untuk entry ni, dan tajuk tersebut takde kena mengena dengan isi sebenarnya. Daripada tadi asyik type, dan delete tajuk untuk entry ni, last-last aku letak tagline aku dengan husband. Haha!!!! Besaaar punyaaa~~!!! (terpengaruh iklan Maggie Perisa Laksa eh ke Laksam?)
Tags:
Emotion