Puding Karamel Tak Manis Tak Tawar 14

Puding Karamel first time buat dengan air tangan sendiri (kononnya).
Tak lama dulu, aku ada buat entry resepi untuk puding karamel ni. Tu pun sebab aku dapat resepi tu dari blog cikdaunyangdahjadipuanjugasudahmenjadimama. Sekarang baru aku teringin nak buat sendiri. Tapi tak sepenuhnya sendirilah, masih dibantu mak serta Kak Yun.
First time buat, jadi hubby juga ada tolong sikit-sikit. Dialah yang mengeluarkan puding karamel ni ke atas pinggan dengan hati-hatinya (tapi tertumpah jugak. haha). Thanks la Dear Sayang. Ni juga merupakan bahan nak buat gempak kepada hubby sempena Ulangbulan Perkahwinan kitorang. Alhamdulillah dah 7 bulan kami bersama.
Dengan orang lain, mungkin aku tak rasa seronok dan happy macam ni. Thanks to be my husband, dear.

Setelah dibelah dan dimakan terlebih dahulu. Hoho.
Ok. Mengenai resepi puding karamel ni, aku memang mematuhi hampir 100% resepi cikdaun tu. Cuma ada la aku tambah sikit. Part buat karamel (gula hangus tu), aku buat lebih sikit sebab loyang aku lebar, jadi macam tak cukup sukatan gula yang ditetapkan. Part buat pudingnya pula, aku tambah lagi setengah sudu kecil vanilla essence (bermakna aku letak 1 1/2 sudu kecil).
Rasanya? Menurut mereka-mereka yang makan puding karamel tersebut, ia tak berapa manis, dan juga tak berapa tawar. Just nice ah gituh. So lepas ni boleh buat lagi ah.
ikoko: Ahaha.. Tetiba je kan nak berderet entry untuk pembuka 2010 ni.
Pembuka maal hijrah taknak buat plak. Haish.
Related posts:
- Suri Rumah Tegar Termasuk hari ini, genap sebulan aku relax-goyang-kaki. Jadi suri rumah...
- Free Windows 7 Image Resizer Powertoy Kadang-kadang, nak resize pictures sikit punya leceh. Aku dah lama...
- Streamyx Seadanya Alhamdulillah. Tengahari tadi pihak streamyx ada datang rumah dan semuanya...
- Spaghetti Bolognese Haritu aku dah janji untuk bagitau macam mana nak buat...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.






terasa dilubuk hatiku yg paling dalam… tak buat kot entry maal hijrah..
huhu.. takpe ah.. kita sambut maal-hijrah kan dengan bacaan yaasin..
alahai..bestnya..nak jugak belajar masak desserts..even tho i’m not a fan of puding karamel, like this entry!
laaa.. tak suka ke puding karamel ni.. haish. sedap ah.. nape tak suka?
sedap seh..buat ar lg byk2..besar punya!!!
orait sayang.. nanti ina ambil masa buat yang paling besar gabak punya okeh, sampai kena pakai periuk orang kahwin. ahahah
suker…sukerrrr sangat!!!
dulu zaman duk maktab, beli susu, telur dll, bg kat member suh buatkan…then kitorg pun berkenduri karamel…besttttt
uhuhuh.. tu la.. rasa cam nak buat lagi je.. tapi ntah bila la sempat kan..
dear!!!! buat la lagi!!! tak puas nk makan ar!!!!
harini ingat nak buat lagi.. tapi cam tak sempat je.. lain lah kalau orang tu nak tunggu kan.. ahahaaaaa
Eh seperti musim pula si isteri-isteri membuat dessert. Hehehe…
tu ler.. cam musim plak kan.. tapi puding karamel kita tak bape nak jadi ah.. macam lubang2 tuh.. terlebih pukul telurnye.. ahaha.. mak bantai cukup2.. takpe2.. next time nak buat slow… kalau mak nak tolong, cakap kacau slow2 ajer telur tu..
SEDAPNYAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA
Mintak makcik kat area rumah buat ah totin.. uhuk