Article written

  • on 01.01.2010
  • at 12:20 AM
  • by ikoko

Besar Punya! 0

Jan1

Buat tajuk dulu atau isi entry dulu? Kalau ikut kepada rasa excited aku, aku akan cipta tajuk dahulu sebelum memulakan apa-apa isi untuk sesebuah entry tu. Dah sedap cipta tajuk agaknya aku ni.

Tapi sebenarnya, adalah lebih baik kita buat isi entry dulu, baru buat tajuk. Lama dah aku tak amalkan penulisan sebegini.

Kadang-kadang, aku rasa macam nak main hentam je tulis tanpa berfikir perkataan apa atau ayat apa yang sesuai untuk ditulis selepas ayat yang baru je aku tulis tadi. Maksud aku, sentiasa menjaga tatasusila semasa menulis agar ayat nampak lebih teratur dan tak kacau bilau.

Kadang-kadang juga, bila aku terlampau fikirkan apa yang perlu ditulis untuk ayat atau perkataan berikutnya dalam satu-satu penulisan yang aku buat, aku jadi pendek akal untuk teruskan tulisan.

Sekali lagi, entry ni adalah entry untuk memuji penulis blog seperti Cypherhackz, Kak Kujie, dan Fahmishah (tiga nama blogger ni sahaja yang terlintas di otak fikiran semasa menulis perenggan ini, tiada langsung niat untuk membodek).

Cakap-cakap pasal blogger ni, ada satu web di mana ia mengumpulkan blogger seantero dunia (tapi kebanyakannya setakat ini adalah dari Malaysia). Tagline untuk web tersebut juga dicipta oleh seorang blogger yang juga ahli dalam web tersebut. Ah, tengok! Kan dah makin kompleks ayat yang aku buat. Dipendekkan cerita, web GengBlogger.com dijadikan sebagai pusat untuk para blogger dengan tagline Komuniti Blogger Anda (tagline ini dicipta oleh Encik AriffShah).

ikoko: Aku baru cipta tajuk untuk entry ni, dan tajuk tersebut takde kena mengena dengan isi sebenarnya. Daripada tadi asyik type, dan delete tajuk untuk entry ni, last-last aku letak tagline aku dengan husband. Haha!!!! Besaaar punyaaa~~!!! (terpengaruh iklan Maggie Perisa Laksa eh ke Laksam?)

Related posts:

  1. Jemputan ke Majlis Perkahwinan Klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar....
  2. Freedom Writers Baru sahaja menonton cerita Freedom Writers. Komen aku? Not bad!...
  3. Ucapan Terima Kasih Ucapan Terima Kasih, lebih berharga daripada wang ringgit. Ucapan Terima...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

subscribe to comments RSS

There are no comments for this post

Please, feel free to post your own comment

* these are required fields

Bless is powered by WordPress, Installed by Installatron. and FREEmium Theme.
developed by Dariusz Siedlecki and brought to you by FreebiesDock.com