Article written

  • on 13.01.2010
  • at 04:13 PM
  • by ikoko

Sipi-sipi Kena High Blood Pressure serta Membeli-belah Diari 2010 4

Jan13

Haish. Tiba-tiba je mati idea. Macam kosong tetiba je otak ni. Tadi macam banyak sangat nak taip.

Sebenarnya, hubby aku tak berapa sihat sejak dua menjak ni. Minggu lepas blood pressure dia naik mendadak. Ahad lepas pula hubby mengadu sakit kepala lagi. Sampai dia tak sedar dia tertidur. Katanya pengsan masa tu. Badan dia tak panas, tapi bila aku letak towel lembap atas dahi, boleh jadi panas pula kain lembap tu. Jadi malam dia gagahkan diri juga drive pergi Klinik Nur (berdekatan bus stand Batu Pahat).

Adeih. Rasa bersalah sangat dengan hubby sebab aku tak pandai bawak manual, auto je pandai. Dah pernah belajar, tapi macam kecut perut bila naik bukit. Terus macam phobia dan tak jadi belajar. Maaf sangat ye sayang sebab biar abang drive ke klinik, sedangkan abang tengah sakit.

Doktor Klinik Nur buat beberapa pemeriksaan. Bila tengok tekanan darah suami, memang dah borderline untuk dapat Hypertension. Adeh. Aku risau tapi muka aku macam takde so-od je masa tu (straight face a.k.a muka takde perasaan).

Jadi Isnin malam, lepas hubby balik dari kerja, dalam pukul 7.00 malam, lepas dinner, paksa hubby turun Kluang, dan terus jumpa mama dan abah. Mama hubby seorang jururawat. Jadi pepehal memang aku rujuk mama dulu. Semalam jumpa doktor di Kem Mahkota Kluang, check darah, blood pressure, ECG. Tengok ok pula, tekanan darah ok. Alerhai. Hubby rindu mama dia ke sebenarnya. Ohohoho. Sampai demam-demam tu. Kesian sangat!

Doktor menasihatkan hubby agar pergi gym. Aku dah berapa kali sarankan, tapi disebabkan kerja hubby yang memang superb memenatkan mental dan fizikal, maka banyak kali jugalah ia jadi alasan hubby takmau pergi gym. Haihs. Degil tau! Masa tengah discuss dengan doktor, mama ada sekali.

Ada seorang aunty Chinese, kawan mama pergi pada hubby untuk tanya keadaan dia. Aunty tu cakap, “Eh, kamu ni, pergi gym loh… Kalau stress kerja, masa gym boleh release tension maaa~” Uhuk. Barulah hubby lembut hati untuk pergi gym. Aku tau dia akan pergi gym lepas ni, sebab hubby kalau dia tak setuju satu-satu perkara tu, memang masa tu juga dia akan menjawab dengan jawapan yang logik sambil menegakkan benang yang basah, uhuk. Tapi kali ni dia diam dan angguk, jadi ada harapanlah lepas ni untuk dia pergi gym. Yeay!!! Sangat suka dengan perkembangan ni. :)

Oh ye, tengah sakit-sakit pun, pagi tadi hubby pergi juga tempat dia kerja, walau dapat MC dua hari. Ada nak uruskan sesuatu yang penting di tempat kerja katanya harini. Dalam dua tiga jam juga dia pergi tempat kerja tadi. Jadi dia drop aku di BP Mall, dan aku apa lagi, pergi Kedai Buku Popular ah!

Bila pergi kedai buku, rasanya seperti heaven! Bagilah lima jam pun aku sanggup, untuk berangan-rangan dulu, pilih-pilih dulu. Kalau aku pergi kedai baju pun tak selama tempoh aku pergi kedai buku. Walau kedai buku tu kecil mana pun. Kedai buku memang sangat heaven untuk aku. Kalaupun aku bukan datang untuk membeli buku, walau hanya untuk beli pen atau lain-lain keperluan alatulis, memang berjam-jam juga makan masa. Tadi aku pergi borong diari. Huhu.

Mula-mula macam nak beli satu je yang kecil panjang dan boleh muat beg tangan aku, tapi bila tengok yang jenis Mukminin, rasa macam bagus juga sebab terbaca dalam tu, ada info tentang labu adalah pokok kegemaran Rasulullah. Aku dahlah suka makan labu, kan! Jadi aku beli je mana-mana yang aku rasa best.

Ahahaha. Dah tak jadi nak beli mana yang penting sahaja. Uhukz! Then, masa mencari-cari benda lain, ternampak pula Diary 2010 cute sangat-sangat, warna-warni comel banyak gambar smart dan comel dalam tu. Aku nak beli, tapi rasa macam rugi sebab diary kecil molek tu macam akan menyusahkan aku untuk tulis dalam kotak-kotak kecil. Jadi untuk memuaskan hati, aku just beli dia punya buku nota je. At least dapat juga aku menatap grafik yang comel-comel tu. Setiap helaian, grafik comel yang berbeza dan hampir setiap helaian ada English Quote :)

Notebook Comel

Inilah notebook comel yang buat aku tergoda tu. Banyak choice. Walau tergoda dengan Diary 2010 dia, aku rasa macam membazir beli, jadi beli je buku nota untuk sedapkan hati kan. Haha! Janji cute!

Rupa isi buku tu yang dikatakan sangat comel.

Ini rupa dalam note book tersebut. Macam buku autograph zaman kecil-kecil dulu lah.

Kedai Buku Popular

Reader Digest January 2010 with free personal plan books, cute note book, and the cheap sketch book (RM1.99 for 5 booklet)

Rasa macam agak sengal, sebab aku sangatlah kalah dengan hal-hal memilih buku dan alatulis. Hampir semua kemahuan jadi keperluan, you know, wants = needs, ahaha!

Aku tak jadi beli diary kecil, aku hanya beli magazine Readers Digest yang ada free mini diary yang sebiji macam yang aku nak beli tu. Huhu. Agak jimat juga, sebab sambil baca sambil dapat free gift kan. Huhu.

ikoko: Love sangat pada hubby. :) More than words… Oh ye, lupa plak kan nak bagitau. Aku tetiba teruja nak beli mini diary 2010 tu sebab terbaca entry “Mengapa Perlu Ada Diari 2010” di Cantikceria.com. Boleh tahan juga web ni, banyak info berguna, dah lebih kurang macam blogzine (magazine).

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags:

subscribe to comments RSS

There are 4 comments for this post

  1. wie says:

    sapo xsayang laki ina oi… tapi org lelaki mmg degil n pala batu… yg kita suruh yg baik2 tu la yg tamau dibwatnya dengan berbagai alasan yg takleh diterima akal…. hadapi la ia sampai bila2 ye…. experience neyh… ngoh hoh hoh :)

  2. ikoko says:

    ahaha.. kes enci khairi plak, ohoho.. pandai sungguh dia buat saya bengang.. ohohohoho… sampai merah padam muka saya dibuatnya.. ish geram.. ohoho

  3. shah says:

    saya tak bersalah :-S

Please, feel free to post your own comment

* these are required fields

Bless is powered by WordPress and FREEmium Theme.
developed by Dariusz Siedlecki and brought to you by FreebiesDock.com