Rancangan Kegemaran dan My-TAG Online Profile 1

Sambal Udang Petai
Hari-hari tengok kaca tv sampai nak pecah tv, hari-hari online walau internet hanya berkelajuan 384kbps tapi rasa enjoy sangat, hari-hari fikir apa masakan yang best untuk suami walau pada akhirnya; suami yang bagi pendapat untuk masak apa :)) , hari-hari hanya menyapu je kerja serta basuh baju (ni tak payah cerita pun semua orang buat. hoho. Ah! Nak cerita juga! ), hari-hari pun nak tulis apa yang dilakukan di twitter (pada masa yang sama update status facebook secara auto).
Ahaa! Kan dah melalut sampai semua pun nak cerita, kan? (Ini namanya ayat pengulangan seolah-olah menekankan maksud ayat tersebut). Alerhai. Sebelum aku buat entry ni tadi, berderet-deret tajuk rancangan tv dalam otak untuk dikongsi dengan semua. Hm… Buat masa ni, ada beberapa jenis golongan penonton yang aku dapat kenalpasti. Peminat rancangan tv realiti (reality tv show), rancangan dokumentari, talk show (perbincangan ilmiah), rancangan kartun dan anime, drama baik yang bersiri mahupun stand alone (eh, boleh ke pakai istilah ni?), game show, music dan segala macam lagi. Kalau korang, korang suka rancangan yang macam mana dan apa tajuk rancangan tu?

Astro
Kalau dulu zaman budak-budak nak ke remaja nak ke dewasa, aku lebih suka cerita-cerita yang tak perlukan sangat pemikiran yang kritis bila menontonnya. Pada masa tu, otak aku tak berapa nak suka untuk tonton rancangan-rancangan yang serious dan mungkin akan menakutkan aku. Dulu aku lebih suka cerita anime Jepun yang ditayangkan di AXN (zaman tu anime ditayangkan di AXN, Astro) dan juga kartun, drama melayu semua aku layan baik yang bersiri ataupun tidak. Movie orang putih, aku layan juga, tapi lebih suka yang jenis fairy tales, yang tak membebankan otak aku sangat. Music Video sudah tentu!
Zaman sekarang yang tak berapa nak dewasa, aku suka melayan cerita-cerita sitcom macam The Nanny, Everybody Loves Raymond, dan sudah mula suka menonton cerita-cerita yang perlukan otak berjalan lancar seperti SCI : Miami, SCI : NY, So You Think You Can Dance, Bio. – Obsessed, Cleanaholic, Dirty Job, American Next Stop Model (suka tengok makeup diorang), Bintang Kecil (suka tengok Dayana je. Terpaku dengan Bintang Kecil sejak tengok Dayana buat persembahan), Asian Food Channel – AFC (membuatkan aku lapar setiap masa. Haha!!!) tak makan pun rasa macam makan, tak makan pun badan maintain comel gebu gitu haha! (statement ni agak auta ye! mana mungkin tak makan boleh gemuk, mestilah disebabkan makan badan jadi gemuk! Ini pemikiran kebanyakan oranglah! Walau aku cakap aku tak makan banyak, diorang mesti tak percaya! Agaknya, harus-tak-makan-langsung-sampai-membuatkan-diri-kurus-melidi-sampai-or ang-tutup-mulut-DAN-MULUT-TAK-LAZER-BILA-JUMPA-AKU! Aaaaaa, kan-aku-dah-start-saiko!), Model me, The Biggest Loser (tapi sekarang aku dah stop tengok sebab ia akan mensaikokan diri aku. uhuk! Perasaan mensaikokan diri adalah sangat-tak-best-dan-menyeksa-diri-serta-orang-sekeliling-so-better-ela kkan-je-untuk-kebaikan-bersama), Parking Wars, dan Sweet 16, Teens Cribs (suka tengok design rumah diorang), dan itu jelah kot yang terlintas kat kepala aku sekarang.

Perisian Sistem Profil Psikologi Berasaskan Web
Ok, cukup pasal saiko-mensaiko. Isu seterusnya pula, eh… ni bukan isu. Hoho. Nak perkenalkan satu link ni, di mana kita boleh check profil psikologi diri kita secara online dan boleh dapat tau result terus lepas je kita jawab semua soalan kaji selidik yang disertakan. Agak menarik sebab ia akan senaraikan Skor Trait kita; iaitu
- Kritikdiri
- Integriti
- Jatidiri
- Intelektual
- Asertif
- Analitikal
- Prihatin
- Pencapaian
Dan juga dua lagi faktor mengenai diri kita, iaitu sifat keterbukaan dan juga kepimpinan. Dalam keputusan yang akan korang dapat, korang akan tahu berapa peratus yang korang dapat untuk 10 faktor ni. Kesemua keputusan ini, akan dikategorikan sebagai Skor Tinggi, Sederhana dan juga Rendah.
Nak mencuba? Pergi ke laman web My-TAG Online Profile. Ia merupakan Perisian Sistem Pakar Profil Psikologi Berasaskan Web. Register dengan mudah dan jawab beberapa soalan yang diajukan.
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Tags: Emotion, Prihatin




ina… sistem macam tu la yg aku develop masa final projek degree dulu… cuma aku bwat versi english je… xsempat nak wat dwibahasa… aku guna holland j n howard garner punya teori… sayangnya masa tu tak pandai lagi nak sewa hosting… klu tak terus je upload bley pakai sampai skang… huhuhu