Article written

  • on 13.02.2010
  • at 09:00 AM
  • by ikoko

Parasitic Twin 4

Feb13

Kalau aku tak tengok Discovery Channel malam tadi, mesti aku tak tahu akan kewujudan Kembar Parasit (Parasitic Twin). Subhanallah. Rasa kesian sangat-sangat. Sedih pun ada. Tiba-tiba macam rasa takut pula nak pregnant. Ada je kan alasan taknak pregnant dulu. Erk… Aiyak. Nauzubillahiminzalik. Besar betul dugaan keluarga tersebut. Di bawah ni antara contoh-contoh parasitic twins. Malam tadi tengok ada dua, tiga kes juga. Kes kedua dan ketiga aku tiada gambar. Kes pertama je ada gambar.

Tak pasti betul ke tak gambar yang ni, tapi lebih kurang macam ni rupanya.

Tak pasti betul ke tak gambar yang ni, tapi lebih kurang macam ni rupanya.

Untuk kes yang pertama ni, doktor menasihatkan parents kepada baby ni, agar buat pembedahan untuk memisahkan baby ni dengan kembar parasitnya sebelum dia menjangkau umur 6 bulan. Ini adalah supaya baby ni tak sedar akan kewujudan kembar parasit dia tu. :) Ini untuk psikologinya lah kot. :) Oh ye, gambar di atas ni diambil dari http://www.mindfully.org/Health/2003/Russian-Parasite-Nikita1sep03.htm

Kes yang kedua pula, kembar siam melekat, dan dah dibedah. Bila dibedah dan dipisahkan, banyak saraf yang terganggu. Antara mereka, ada yang tak berapa dengar telinga sebelahnya, dan kedua-dua mereka juling serta mereka ada kesukaran untuk berjalan. Lewat juga diorang boleh berjalan. Tapi alhamdulillah, bila dilatih, boleh juga berjalan. :) Mak diorang sampai rasa risau sangat kalau mereka disakiti oleh orang lain, sebab orang lain tak tahu apa yang mereka lalui sepanjang hidup. Adeh. Tak ada gambar pula.

Untuk kes ketiga pula, kembar siam ni bersambung badan, sad to say, macam cerita kartun cats and dogs. :( Sedih sangat. Masing-masing ada 2 tangan, tapi mereka berkongsi kaki, di mana 2 kaki berfungsi untuk berjalan, dan ada satu lagi kaki yang tak berfungsi rasanya. Tumbuhnya agak pelik. Sekarang umur mereka sudah menjangkau 40 tahun (semasa dibuat pergambaran). Mereka buat keputusan untuk tidak berpisah sebab mereka berpendapat yang memang kehidupan mereka ditakdirkan bersama macam tu. Kakaknya lebih tegas dari adiknya, dan mereka berkongsi hati serta saluran kumbahan.

Ini gambar kes-kes lain yang aku search kat google images.

Gambar ni taktau dari mana, tapi search je kat google.

Gambar ni taktau dari mana, tapi search je kat google.

Tengok belakangnya

Tengok belakangnya.

Ni dari Girl to Have Removed from Her Back.

2 Faces Girl

2 Faces Girl

Ni pula gambar dari 2 Faced Baby Born in India. Klik pada tajuk entry kat sebelah ni, ada movie dan satu lagi gambar dia yang lain.

ikoko: Ya Allah, sempurnakanlah keturunan kami. Amiiin. Sesungguhnya Engkau tahu mana yang paling baik untuk hamba-hambaMu.

Related posts:

  1. Sensitiviti Perasaan Kadang-kadang, ada orang tidak menghiraukan langsung perasaan orang lain apabila...
  2. Puding Karamel Tak Manis Tak Tawar Tak lama dulu, aku ada buat entry resepi untuk puding...
  3. Baby Born 31.12.09 Alhamdulillah. Kak Zainah selamat melahirkan baby girl pada pukul 1.30...
  4. Streamyx Seadanya Alhamdulillah. Tengahari tadi pihak streamyx ada datang rumah dan semuanya...
  5. Sedap Macam Mana? Lagu jenis macam mana yang korang suka? Ada orang ikut...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

subscribe to comments RSS

There are 4 comments for this post

  1. anasxz says:

    subhanallah..
    tak dapat nak tengok lama2.. takut..
    hurm..

    la haula wala quwwata illa billah
    tiada daya dan tiada kekuatan melainkan pada Allah taala.

  2. DaHLia says:

    subhanallah…

    semuanya Kuasa Allah yang Maha Pencipta..

Please, feel free to post your own comment

* these are required fields

CommentLuv Enabled

Bless is powered by WordPress and FREEmium Theme.
developed by Dariusz Siedlecki and brought to you by FreebiesDock.com