Congratulations for both.
Ikatan nikah dah pun dibuat pada 15March2010 yang lalu. Tapi aku tak dapat hadiri. Sangat menyesal. Tapi takpe, 27Mac2010 & 28Mac2010 ni hari besar diorang. So, bleh la nak bergedik ke, bertolong-tolongan ke, -bergesel-gesel mesra-mesra dengan saudara-mara ke kan.
continue reading »
Tags:
Emotion
Mar20
Alhamdulillah, pada pagi rabu yang lalu, iaitu pada 17Mac2010, Sesi 3, aku dianugerahkan sekalung ijazah. Setelah empat tahun bertungkus-lumus mengharungi pelbagai dugaan dan rintangan. Adalah dalam sekali dua dapat keputusan yang sangat memberansangkan. Alhamdulillah. Itu sudah cukup bermakna buatku.
continue reading »
Tags:
Prihatin
Mar10
Pertama sekali, aku nak ucap terima kasih yang tidak terhingga buat hubby yang faham dengan kesibukan aku sejak akhir-akhir ni. Terima kasih mama sebab lahirkan hubby yang sangat berperikemanusiaan, baik dan rajin.
Kedua, terima kasih yang sangat kepada Encik Amanz, yang secara tidak langsungnya dah banyak membantu aku dalam blognya. Walau bantuannya bukan secara langsung, ataupun man-to-man-help, tapi entrinya yang bertajuk “Tingkatkan Kawalan Keselematan Pada Blog” sangat banyak menolong aku sewaktu membina semula blog ini.
Ketiga, terima kasih kepada kawan aku, Faridatul Amna Ahmad Naim serta keluarganya sebab dah berjaya buat aku gembira yang sangat-sangat di tempat mereka. Sepanjang minggu ni iaitu dari hari Isnin hingga Rabu, aku banyak habiskan masa di Manjung, Perak. Semoga Amna lebih tabah hadapi semua ujian yang Allah bagi. Amna kuat orangnya, aku yakin dia boleh lalui semuanya ini.
Keempat, terima kasih yang sangat pada Allah yang banyak lancarkan perjalanan hidup aku. TanpaMu ya Allah, tanpa keredhaanMu, semua ini tak akan berjalan lancar. Setiap yang berlaku, banyak hikmah dan nikmat yang aku rasai. Betapa pekanya Kau dengan semua hambaMu.
continue reading »
Tags:
Emotion