Banyak-banyak Syukur Alhamdulillah 4
Pertama sekali, aku nak ucap terima kasih yang tidak terhingga buat hubby yang faham dengan kesibukan aku sejak akhir-akhir ni. Terima kasih mama sebab lahirkan hubby yang sangat berperikemanusiaan, baik dan rajin.
Kedua, terima kasih yang sangat kepada Encik Amanz, yang secara tidak langsungnya dah banyak membantu aku dalam blognya. Walau bantuannya bukan secara langsung, ataupun man-to-man-help, tapi entrinya yang bertajuk “Tingkatkan Kawalan Keselematan Pada Blog” sangat banyak menolong aku sewaktu membina semula blog ini.
Ketiga, terima kasih kepada kawan aku, Faridatul Amna Ahmad Naim serta keluarganya sebab dah berjaya buat aku gembira yang sangat-sangat di tempat mereka. Sepanjang minggu ni iaitu dari hari Isnin hingga Rabu, aku banyak habiskan masa di Manjung, Perak. Semoga Amna lebih tabah hadapi semua ujian yang Allah bagi. Amna kuat orangnya, aku yakin dia boleh lalui semuanya ini.
Keempat, terima kasih yang sangat pada Allah yang banyak lancarkan perjalanan hidup aku. TanpaMu ya Allah, tanpa keredhaanMu, semua ini tak akan berjalan lancar. Setiap yang berlaku, banyak hikmah dan nikmat yang aku rasai. Betapa pekanya Kau dengan semua hambaMu.

Aku diberi tugasan untuk menconteng muka mereka sebelum mereka memulakan persembahan. Make-up tak berapa pekat, jadi kena berlatih untuk memekatnya selepas ini.
Kelima, jubah dah berjaya aku ambil pagi Isnin yang lalu. Kak Ila dan aku merupakan orang terawal beratur di depan kaunter pendaftaran untuk urusan pengambilan jubah di Blok C, UPSI, Tg. Malim, Perak. Dalam pukul 3.00petang, kami dah pun berjaya menyelesaikan semua. Betul kata suami aku, urusan pengambilan jubah ni, bukan setakat 30minit sahaja, dia kata masa dia dulu, hampir 2jam dia menguruskan hal pengambilan jubah. Kali ini, giliran aku pula. Aku bukan setakat 2jam, malam berjam-jam. Ehekz. Dari pukul 8.00pagi hingga ke pukul 3.00petang. Aneh tak aneh. Aku tetap tabik dengan pengurusan pengambilan jubah yang dibuat itu. Mereka berjaya selesaikan satu-satu perkara yang mendatang kepada mereka dengan jayanya. Aku cukup puji dengan pengurusan mereka.
ikoko: Setiap apa yang berlaku, kita kena percaya, Allah sudah pun aturkan hidup kita dengan susunan yang sangat cantik. Jangan pertikaikan apa yang berlaku, sebab Allah tu Maha Adil dan Maha Pengasih. Semuanya ada hikmah dan nikmat yang Allah buatkan untuk kita. Antara kita sedar dan berfikir ataupun tidak bagi setiap apa yang kita dapat pada setiap hari. Aku suka untuk kongsikan semua ini pada pembaca, sebab ini tulisan aku yang akan kekal sampai ke generasi-generasi akan datang. Walau umur aku tidak tahu sampai bila, domain dan hosting ini aku tetap mahu ia disambung. Eh, korang dah buat ke wasiat blog? Wasiat jika kita tiada? Blog ni ke mana?
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Tags: Emotion




selamat kembali menulis. dah restore sumer artikel yerk? Hoho~
sudah.. huhu.. haritu dengan sepantas kilat buat backup. huhuhu.. alhamdulillah..
ingat! jangan bagitau orang laen pasal version berapa wordpress yang kak pakai.. setiap version ader security holes
hah ye ke.. adoi la… ok ok.. thanks frantz.. sangat lupa dengan pesanan ni..