Article written

  • on 20.03.2010
  • at 09:02 AM
  • by ikoko

Sidang Pertama, Istiadat Konvokesyen UPSI ke-12 0

Mar20

Alhamdulillah, pada pagi rabu yang lalu, iaitu pada 17Mac2010, Sesi 3, aku dianugerahkan sekalung ijazah. Setelah empat tahun bertungkus-lumus mengharungi pelbagai dugaan dan rintangan. Adalah dalam sekali dua dapat keputusan yang sangat memberansangkan. Alhamdulillah. Itu sudah cukup bermakna buatku.

Setelah aku ditunangkan pada 5April2008, bermacam-macam kemudahan yang aku dapat. Terima kasih yang sangat Ya Allah, kerana sudah permudahkan segala-galanya. TanpaMu Ya Allah, mungkin aku sudah lama berhenti berharap dalam hidup ini.

Wahai hubby yang dulunya tunanganku, terima kasih tidak terhingga atas segala kesabaran yang kau berikan. Hanya Allah yang membalasnya dengan perkara yang setimpal dengan kesabaranmu. Aku sebagai isterimu kini, bersyukur dengan apa yang telah ada di hadapan mataku.

Semoga rezeki kita melimpah-ruah dari semasa ke semasa.

Syukur yang sangat padaMu Ya Allah, kerana Engkau telah mengurniakan aku seorang suami yang sangat penyabar, baik dan rajin. Tiada keluh dari bibirnya, tiada pengucapan menyesal dari bibirnya, dan tiada perkataan menusuk jiwa darinya.

Wahai suami, bertahanlah dengan apa jua rintangan yang kita sedang atau bakal lalui. Di sebalik semuanya ini, ada sesuatu yang sangat bermakna yang telah Allah janjikan buat kita. Sekarang, kita perlu sabar dengan setiap ujian dan dugaan yang Allah beri, sebab satu persatu yang Dia uji, ada manfaat daripadanya.

ikoko: Penat tak hilang lagi, lima hari di tempat orang. Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu…

Live Broadcasting by Ustream

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags:

subscribe to comments RSS

There are no comments for this post

Please, feel free to post your own comment

* these are required fields

Bless is powered by WordPress and FREEmium Theme.
developed by Dariusz Siedlecki and brought to you by FreebiesDock.com