Article written

  • on 24.03.2010
  • at 07:30 AM
  • by ikoko

Alya & Budi Wedding 0

Congratulations for both. :)

Ikatan nikah dah pun dibuat pada 15March2010 yang lalu. Tapi aku tak dapat hadiri. Sangat menyesal. Tapi takpe, 27Mac2010 & 28Mac2010 ni hari besar diorang. So, bleh la nak bergedik ke, bertolong-tolongan ke, -bergesel-gesel mesra-mesra dengan saudara-mara ke kan.

Sangat-sangat tunggu majlis minggu ni. Entah kenapa. Macam happy sangat-sangat. Sebab last kitorang sama-sama bergedik masa wedding aku yang lepas, tapi aku just berjalan berapa tapak je kat rumah tu. Dah namanya pengantin kan? Takkan nak berlari sana-sini. Kah!

Ok, wahai sepupuku yang paling aku rapat sejak kecil. Kitorang close sejak zaman sekolah rendah lagi. Zaman tadika pun sangat-sangat rapat. Giler ah tetiba nak sebak. Dah janji dengan dia nak jumpa before dia nikah, on 13Mac2010 (Friday), tapi aku tak sempat sangat. Banyak perkara nak diuruskan hari tersebut.

Takpe… Khamis ni ada. Khamis ni mau berjimba dan buat stairs decoration. Lain-lain aku tak pandai sangat, stairs decoration pun ni, baru nak search kat google sana. Hantaran semua, diorang dah settle awal-awal, sebab nikah on 15March2010, kan. Jadi takleh dah nak menyibuk hal-hal hantaran. Uhuuhuhu. Adalah sempat snap dua, tiga hantaran yang Alya bagi untuk Budi.

Walauuuwehhh.. Aku taip nama diorang pun dah rasa nak nangis.

Ok please. Off record. Mau nangislah…

ikoko: Busy benorr minggu ni. Harini banyak perkara nak settle dari pagi hingga ke malam. Esok dah turun rumah ibu. OMG. Esok dah Khamis ke???!!! Pergh nak kena cepat ni cari bahan. Jumaat takde agenda, tapi maybe pergi rumah ibu. Untuk persiapan kat rumah ibu. Mungkin pergi sendiri, mungkin juga pergi dengan husband, tunggu dia balik kerja. Macam tak berapa syok kalau pergi sorang-sorang. Mesti orang tanya mana husband???!!! Otak kau husband takde. So buat apa kawen???!!! (Ahahahah. Sengal, mana ada saudara aku kejam sangat macam tu. Hahahah. Idiot giler aku ni buat lawak bodo). Oklah, adiosz my friends.

Budi and Alya

Budi and Alya 27March

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags:

subscribe to comments RSS

There are no comments for this post

Please, feel free to post your own comment

* these are required fields

Bless is powered by WordPress and FREEmium Theme.
developed by Dariusz Siedlecki and brought to you by FreebiesDock.com